44
Keterangan perkakas
Mod pengendalian
Mod ekzos-udara:
Kipas penyari-hud menyari wap dapur
dan memindahkannya melalui penapis
gris ke dalam atmosfera.
Penapis gris menyerap zarah pepejal
dalam wap dapur.
Dapur dipastikan hampir bebas gris dan
bau.
Mod aliran-udara:
Penapis karbon yang diaktifkan mesti
dipasang untuk mod pengendalian ini
(lihat Penapis dan penyelenggaraan).
Penapis karbon yang diaktifkan boleh
dibeli sebagai aksesori pilihan
DARIPADA WAKIL PENJUAL ANDA.
Kipas penyari-hud menyari wap dapur
yang dibersihkan dalam penapis gris
dan penapis karbon yang diaktifkan dan
kemudian dipindahkan kembali ke
dalam dapur.
Penapis gris menyerap zarah gris
dalam wap dapur.
Jika hud penyari ditukar daripada mod
ekzos-udara kepada mod aliran-
udara,bukaan ekzos-udara mesti
ditutup bagi mencegah keadaan
berbahaya (lihat aksesori pilihan dalam
arahan penggunaan).
Keterangan perkakas
Nota Penting:
Arahan Penggunaan terpakai kepada
beberapa versi perkakas ini. Sewajarnya, anda
akan menemui keterangan ciri-ciri individu yang
tidak terpakai kepada perkakas khusus.
Hud penyari ini mematuhi semua peratuan
keselamatan yang berkaitan.
Baik pulih hendaklah dilakukan oleh juruteknik
berkelayakan sahaja.
Baik pulih yang tidak betul mendedahkan
pengguna pada risiko yang besar.
Sebelum menggunakan perkakas anda buat kali
pertama, sila baca Arahan Penggunaan ini dengan
teliti. Ia mengandungi maklumat penting yang
berkaitan dengan keselamatan diri anda dan juga
mengenai penggunaan dan penjagaan perkakas.
Sila simpan arahan pengendalian dan
pemasangan untuk pemilik yang berikutnya.
Lupuskan bahan-bahan pembungkusan
dengan sewajarnya(lihat arahan Pemasangan).
Hud penyari ini direka untuk kegunaan di
rumah sahaja.
Sebelum mana-mana kerja pembersihan atau
penyelenggaraan, putuskan sambungan hud dari
sesalur dengan mencabut palam atau mematikan
suid sesalur rumah.
Perkakas ini tidak dicadangkan untuk
penggunaan oleh kanak-kanak atau orang yang
mengalami kecacatan fizikal, masalah deria atau
fakulti mental, atau jika kekurangan dalam
pengalaman atau pengetahuan, kecuali mereka di
bawah pengawasan atau telah dilatih untuk
menggunakan perkakas tersebut oleh orang yang
bertanggungjawab terhadap keselamatan mereka.
Kanak-kanak perlu diawasi supaya mereka
tidak bermain dengan perkakas ini.
Jangan sekali-kali menggunakan hud tanpa
jeriji yang dipasang secara efektif.!
Hud TIDAK BOLEH SEKALI-KALI digunakan
sebagai permukaan sokongan kecuali ditunjukkan
secara khusus.
Premis mesti diudarakan dengan
secukupnya, apabila hud dapur digunakan bersama-
sama dengan alat pembakaran gas atau bahan api
lain.