![Arissto MMF-801 User Manual Download Page 47](http://html.mh-extra.com/html/arissto/mmf-801/mmf-801_user-manual_2970712047.webp)
LANGKAH
PERLINDUNGAN PENTING
BACA ARAHAN SEBELUM MENGGUNA
21. Perkakas ini hanya boleh digunakan bersama dengan unit aksesori yang dibekalkan.
22. Jangan menggunakan perkakas ini atas permukaan yang tidak rata.
23. Hanya gunakan selimut api untuk memadamkan api atas perkakas ini.
24.
Perkakas ini tidak direka untuk kegunaan perniagaan atau perindustrian;
ia hanya untuk kegunaan dalam rumah sahaja.
25. Jangan masukkan sebarang benda dan/atau jari ke dalam mulut perkakas ini.
26. Matikan perkakas ini sebelum membuangkannya, potongkan kabel
utama dan seterusnya membawa ke tapak pembuangan rasmi.
27. Perkakas ini berpalam terkutub (satu kaki palam adalah lebih luas dari
yang lain). Untuk mengurangkan risiko renjatan elektrik, palam ini mestilah
disambung ke soket terkutub sehala sahaja. Jika palam ini tidak dapat
disambungkan sepenuhnya, keluarkan palam tersebut. Jika masih tidak
boleh disambung lagi, sila menghubungi juruelektrik yang berkelayakan.
Jangan cuba mengubahsuai palam tersebut dengan apa-apa cara.
28. Jangan sentuh permukaan panas. Sila gunakan pemegang atau tombol.
29. Untuk mengelakkan kebakaran, renjatan elektrik dan kecederaan, jangan
rendam kabel, palam, tapak elektrik dengan kord dan pembuih dalam
air ataupun cecair lain.
30. Pengawasan ketat diperlukan bila perkakas digunakan atau dekat
dengan kanak-kanak.
31. Keluarkan palam dari soket apabila tidak digunakan atau sebelum
dibersihkan. Biarkannya sejuk sebelum memasang atau mengeluarkan
alat ganti, dan sebelum membersihkan perkakas ini.
32. Jangan gunakan sebarang perkakas jika kabel, palam atau perkakas
rosak, ataupun dirosak dalam sebarang keadaan. Memulangkan
perkakas ini ke pusat perkhidmatan yang sah terdekat untuk pemeriksaan,
pembaikan, atau penyelarasan.
33. Penggunaan aksesori yang tidak disyorkan oleh pengilang perkakas
mungkin akan menyebabkan kebakaran, renjatan elektrik atau
kecederaan kepada seseorang.
34. Jangan biarkan wayar tergantung di tepi meja atau kaunter, atau sentuh
dengan permukaan panas.
35. Jangan letak perkakas ini dekat dengan gas panas, pembakar elektrik
atau dalam ketuhar panas.
36. Selalu sambungkan palam ke perkakas dulu, baru sambungkan kabel ke
soket dinding. Apabila berhenti guna, matikan sebarang pengawal ke
‘Off’, seterusnya mengeluarkan palam dari soket dinding.
37. Jangan gunakan perkakas ini selain dari kegunaannya yang ditentukan.
38. Lecuran mungkin berlaku jika penutup dikeluarkan semasa memanas.
Malay
Summary of Contents for MMF-801
Page 1: ...USER MANUAL 用戶手冊 PANDUAN PENGGUNA ...
Page 8: ...KNOW YOUR FROTHER 10 Whisk 1 For Frothing Milk 11 Whisk 2 For Heating Milk 7 English ...
Page 21: ...了解打奶器 1 透明盖 3 硅胶圈 4 标记 各种不同功能 5 容器杯 内侧属不粘涂层 6 机身 塑料 7 打奶和加热 8 打奶 9 电源底座和电线 2 搅拌器支架 20 中文简体 ...
Page 22: ...了解打奶器 10 搅拌器 1 将牛奶发泡 11 搅拌器 2 加热牛奶 21 中文简体 ...
Page 35: ...了解打奶器 1 透明蓋 3 矽膠圈 4 標記 各種不同功能 5 容器杯 內側屬不黏塗層 6 機身 塑料 7 打奶和加熱 8 打奶 9 電源底座和電線 2 攪拌器支架 34 中文繁體 ...
Page 36: ...了解打奶器 10 攪拌器 1 將牛奶發泡 11 攪拌器 2 加熱牛奶 35 中文繁體 ...
Page 58: ...All Right Reserved 版权所有 翻印必究 版權所有 翻印必究 Segala Hak Terpelihara ...