Tahniah kerana anda membeli Eco Botol Berpenebat bagi memastikan
minuman anda kekal panas atau sejuk.
Sila baca dan ikuti arahan penggunaan dan penjagaan dengan teliti dan anda
akan dapat menggunakan Termos Terma anda selama bertahun-tahun.
alSDFGJMH
Komposisi:
a) Penutup Berpenebat
b) Gasket
c) Termos Terma
d) Lapik tidak licin
Penggunaan & penjagaan:
• Untuk hasil yang terbaik, anda disyorkan untuk mengisi produk ini dengan
air panas terlebih dahulu (tidak mendidih) untuk minuman panas atau
untuk menyejukkan terlebih dahulu dengan mengisi air sejuk untuk minu
-
man sejuk.
• Pastikan anda tidak mengisi cecair melebihi alur pada ulir skru. Tinggalkan
ruang yang mencukupi pada bahagian leher untuk penutup berpenebat.
Garis panduan pembersihan:
• Sentiasa pastikan anda mencuci produk baharu sebelum menggunakannya
buat kali pertama.
• Sentiasa bersihkan semua bahagian produk anda selepas setiap penggu
-
naan.
• Termos terma (c) ini tidak selamat untuk cucian menggunakan mesin pen
-
cuci pinggan mangkuk. Cucian tangan sahaja.
• Basuh termos terma ini dengan tangan menggunakan air suam dan sabun
pencuci pinggan mangkuk. Bilas dengan bersih. Tuskan dan keringkan
sepenuhnya sebelum menyimpan.
• Jangan rendam dalam air. Elakkan sentuhan berpanjangan dengan air men
-
didih semasa mencuci.
• Jangan gunakan span cucian yang kasar atau sabun cucian yang melelas
(termasuklah peluntur), kerana ini akan mencalarkan produk.
• Sentiasa simpan produk ini dalam keadaan terbuka apabila tidak digu
-
nakan.
• Untuk pembersihan yang menyeluruh, tanggalkan Gasket (b) daripada
Penutup Berpenebat (a). Letakkan semula gasket dengan segera di tempat
-
nya apabila kering supaya tidak hilang.
Garis panduan keselamatan:
• Jangan gunakan untuk menyimpan atau membawa minuman berkarbonat
dan jangan gunakan dalam peranti berkarbonat.
• Jangan kacau dengan kutleri atau alat logam.
• Jangan gunakan untuk menyimpan produk susu supaya kekal hangat
kerana kemungkinan pertumbuhan bakteria.
• Semasa membawa keluar, sila pastikan penutupnya bertutup dan produk
tegak.
• Produk ini hanya boleh digunakan oleh kanak-kanak di bawah pengawasan
orang dewasa terutamanya apabila produk tersebut mengandungi kand
-
ungan panas. Cecair panas boleh membakar atau melecurkan pengguna.
• Jauhkan dari haba langsung atau sumber haba.
• Jangan minum secara langsung dari kelalang kerana dinding di dalamnya
panas
Waranti:
Produk Tupperware® dihasilkan dengan begitu teliti daripada bahan berkualiti
tertinggi dan mendapat kelulusan untuk digunakan bersama makanan.
Eco Botol Berpenebat Tupperware dilindungi oleh waranti Tupperware bagi
apa-apa kerosakan bahan atau pengilangan yang berlaku apabila produk
digunakan mengikut arahan dan dengan penggunaan normal di rumah.
Waranti tidak termasuk kerosakan kepada produk akibat penggunaan yang cuai
atau salah guna produk (contohnya., pemanasan melampau, kesan kotoran
dan calar di bahagian luar dan dalam atau mengalami sebarang ketukan atau
jika ia telah jatuh, dan sebagainya.).
Waranti ini tidak melindungi sebarang kerosakan kepada cetakan hiasan pada
produk, jika ada.
Sila hubungi Konsultan Tupperware anda untuk urusan penggantian.
www.tupperwarebrands.com
Insulated Eco Bottle
MAL