M-23
A43185 SRS/SRSSC R248J O/M
PENJAGAAN DAN PEMBERSIHAN
Putuskan bekalan kuasa elektrik sebelum melakukan kerja-kerja pembersihan atau biarkan pintu
ketuhar terbuka untuk menjadikan ketuhar tidak aktif semasa membersihkannya.
MEMBERSIHKAN KETUHAR SECARA KERAP
- Pastikan ketuhar bersih dan buang apa-apa sisa
makanan, jika tidak permukaan boleh rosak. Ini boleh menjejaskan hayat perkakasan dan mungkin
menyebabkan situasi berbahaya.
Bahagian luar:
Bahagian luar boleh dibersihkan dengan sabun lembut dan air suam, dilap bersih dengan kain lembap.
Elak daripada menggunakan alat penggosok yang kasar. Pastikan lohong-lohong ventilasi dan plag
pembekal kuasa bebas habuk.
Pintu:
Lap pintu (termasuk kedua-dua bahagian tingkap pintu ketuhar dan permukaan penutup pintu) dan
bahagian-bahagian yang bersebelahan dengan kerap menggunakan kain yang lembap untuk
menanggalkan sebarang limpahan atau percikan. Jangan gunakan bahan-bahan pencuci lelas.
Panel Kawalan Dengan Sentuhan:
Lap panel dengan kain yang dilembapkan dengan sedikit air sahaja.
Jangan gosok atau gunakan sebarang pencuci bahan kimia. Elak daripada menggunakan air yang berlebihan.
Dinding dalaman:
Untuk membersihkan permukaan dalam, lapkan dengan kain lembut dan air suam. Selepas ketuhar
digunakan, lap penutup hala gelombang di dalam ketuhar dengan kain lembut yang lembap untuk
menanggalkan sebarang percikan makanan. Timbunan percikan akan menyebabkan asap atau terbakar.
Jangan keluarkan penutup hala gelombang. JANGAN GUNAKAN PEMBERSIH KETUHAR YANG
DIJUAL, PENGGOSOK ATAU PEMBERSIH KASAR DAN ALAS PENGGILAP UNTUK MEMBERSIHKAN
MANA-MANA BAHAGIAN KETUHAR GELOMBANG MIKRO. JANGAN SEMBURKAN CECAIR PEMBERSIH
KETUHAR SECARA LANGSUNG KE MANA-MANA BAHAGIAN KETUHAR ANDA.
Elak daripada menggunakan air yang berlebihan. Selepas membersihkan ketuhar, pastikan semua air
dilap kering dengan tuala lembut.
Piring putar/Roda penetap:
Bersihkan dengan air sabun yang halus dan keringkan secara menyeluruh.
PEMERIKSAAN SEBELUM PANGGILAN SERVIS.
Sila semak perkara-perkara yang berikut sebelum membuat panggilan servis:
1. Adakah paparan bercahaya?
YA _______ TIDAK _______
2. Apabila pintu dibuka, adakah lampu ketuhar menyala?
YA _______ TIDAK _______
3. Masukkan secawan air (anggaran 250ml) di dalam ukuran gelas ke dalam ketuhar dan tutup pintu
dengan baik-baik. Lampu ketuhar harus padam sekiranya pintu ketuhar ditutup dengan elok. Tekan
pad MASAK SEGERA/MULA sebanyak dua kali.
A. Adakah lampu ketuhar menyala?
YA _______ TIDAK _______
B. Adakah kipas penyejuk berfungsi?
YA _______ TIDAK _______
(Letakkan tangan anda di belakang lubang edaran udara).
C. Adakah piring putar berpusing?
YA _______ TIDAK _______
(Piring putar boleh berpusing mengikut arah jam dan lawan jam. Ini adalah biasa).
D. Adakah bunyi isyarat kedengaran dan penunjuk MASAK kelihatan
selepas dua minit?
YA _______ TIDAK _______
E. Adakah air di dalam ketuhar panas?
YA _______ TIDAK _______
Sekiranya “TIDAK” ialah jawapan kepada salah satu daripada soalan-soalan di atas, sila periksa soket
dan fius di dalam peti meter anda.
Sekiranya kedua-dua soket dan fius adalah berfungsi dengan elok, HUBUNGILAH PUSAT SERVIS ANDA
YANG TERDEKAT YANG DILULUSKAN OLEH SHARP.
PERHATIAN: 1. Sekiranya masa di atas paparan bergerak menurun dengan cepat, periksa Mod
Percubaan. (Sila rujuk kepada mukasurat M-22 untuk butiran lanjut).
2. Jika anda memasak makanan melebihi 20 minit dengan kuasa tinggi, kuasa ketuhar
akan mengurang secara automatik bagi mengelakkan melampaui panas.
SPESIFIKASI
Rujuk kepada label rating di belakang ketuhar.
1.21kW
800W*(Ujian Prosedur IEC)
2450 MHz (Kelas B/Kumpulan 2)**
460mm(L)x275mm(T)x360mm(P)
322mm(L)x212mm(T)x336mm(P)***
23 liter***
Sistem piring putar (dulang 295mm)
Anggaran 12kg
Voltan AC:
Kuasa AC Yang Diperlukan:
Kuasa Output :
Frekuensi Gelombang Mikro:
Ukuran Luar:
Ukuran Ruang Dalam:
Kapasiti Ketuhar:
Keseragaman Masakan:
Berat:
*
Ukuran ini adalah berdasarkan kepada ukuran piawai yang digunakan oleh “International
Electrotechnical Commision“ untuk mengukur kuasa.
** Ini adalah klasifikasi mengenai peralatan ISM (industri, sains dan perubatan) seperti mana diterangkan
dalam Standard Antarabangsa CISPR11.
*** Kapasiti dalaman dihitung dengan mengukur ketebalan, kedalaman dan ketinggian maksimum.
Kapasiti sebenar untuk isian makanan adalah kurang daripada itu.
SRS/SRSSC R248J,Malay,P17-22
04.11.1, 10:55 AM
23