B.
MELA
YU
M-4
•
Sentiasa kendalikan unit ini dalam
kedudukan menegak.
•
Apabila mengalihkan unit ini, gunakan
pemegang di kedua-dua sisinya.
Jangan alihkan unit ini semasa ia sedang beroperasi.
•
Jika unit ini di atas lantai yang mudah rosak,
permukaan yang tidak rata atau permaidani
yang tebal, angkat ia semasa mengalihkannya.
•
Apabila anda mengalihkan ia menggunakan
rodanya, gerakkan perlahan-lahan dalam
arah melintang.
•
Matikan unit dan keluarkan tangki air
sebelum mengalihkannya, berhati-hati agar
jari anda tidak tersepit.
•
Jangan kendalikan unit ini tanpa penapis, Tangki
Air, dan Dulang Pelembapnya terpasang rapi.
•
Jangan cuci atau guna semula penapis
HEPA dan penapis Penyahbau.
Berbuat demikian tidak akan meningkatkan
prestasi penapis dan juga boleh menyebabkan
kejutan elektrik atau kepincangan tugas.
•
Bersihkan bahagian luarnya dengan
kain lembut sahaja. Jangan gunakan
cecair yang mudah meruap dan bahan
pencuci. Permukaan unit boleh rosak atau
merekah dengan pencair cat Benzena
atau serbuk penggilap. Selain itu, ia boleh
mengakibatkan penderia pincang tugas.
•
Kekerapan penyelenggaraan pembuangan
kerak kapur bergantung pada kekerasan
atau ketaktulenan air yang anda gunakan;
semakin keras airnya semakin kerap anda
perlu membuang kerak kapurnya.
•
Pastikan unit utama jauh dari air.
•
Apabila mengisi semula Tangki Air, pastikan
tiada air yang bocor daripada Tangki Air.
•
Pastikan anda mengelap air yang terpercik
di bahagian luar Tangki Air.
•
Jangan gunakan air panas (40 ºC atau
lebih), bahan kimia, bahan beraroma,
air kotor atau bahan yang merosakkan.
Berbuat demikian boleh mengubah bentuk
unit atau menyebabkan ia pincang tugas.
•
Gunakan air bersih dari paip sahaja.
Menggunakan sumber air lain berisiko
yang menyebabkan terbentuknya kulapuk,
fungus atau bakteria.
•
Jangan biarkan Tangki Air bergoyang-
goyang dengan memegang pemegang.
•
Jangan tanggalkan Penapis Pelembap dari
rangka penapis kecuali ketika menggantikannya.
•
Berhati-hati agar air dari Dulang Pelembap
tidak tertumpah semasa menanggalkan
atau membersihkannya.
•
Jangan tanggalkan Pelampung.
Jika ia tertanggal, rujuk M-13.
•
Jangan gunakan bahan pencuci untuk
penyelenggaraan Dulang Pelembap dan
Penutup.
Jika tidak, ia akan menyebabkan bentuk
penutup rosak, warnanya menjadi kusam
dan terbentuknya rekahan (kebocoran air).
•
Jangan sental Panel Belakang dengan
kuat semasa menyelenggaranya.
GARIS PANDUAN PEMASANGAN
•
Elakkan lokasi di mana penderia terdedah
terus kepada angin.
Berbuat demikian boleh menyebabkan unit
pincang tugas.
•
Elakkan lokasi di mana perabot, fabrik atau
barang-barang lain bersentuhan dengan
unit dan mengganggu penyedutan dan
penghembusan udara.
•
Elakkan di lokasi di mana unit ini mungkin
terdedah kepada pemeluwapan atau
perubahan suhu yang mendadak. Suhu
bilik yang sesuai adalah antara 0 – 35 ºC.
•
Letakkan unit di atas permukaan yang rata
dan stabil dengan peredaran udara yang
mencukupi.
Apabila diletakkan di atas permaidani yang
tebal, unit ini mungkin akan bergetar sedikit.
Letakkan unit ini di atas permukaan yang
rata untuk mengelakkan kebocoran air dari
Tangki Air dan Dulang Pelembap.
•
Elakkan lokasi yang mengeluarkan asap
yang bergris atau berminyak.
Berbuat demikian boleh menyebabkan
bahagian luar unit merekah dan penderia
pincang tugas.
•
Keupayaan unit mengumpul habuk
berkesan apabila unit berada hampir 3 cm
dari dinding, sekitar dinding dan lantai yang
kotor. Sila letakkan unit jauh dari dinding.
Dinding yang berada betul-betul di
belakang salur keluar udara mungkin
akan menjadi kotor lama-kelamaan. Jika
menggunakan unit ini di lokasi yang
sama untuk tempoh yang lama, bersihkan
dinding yang bersebelahan dengannya dari
semasa ke semasa.
GARIS PANDUAN PENAPIS
•
Ikut arahan di dalam manual ini untuk
penjagaan dan penyelenggaraan penapis
yang betul.
(Ruj. M-11, M-12 dan M-13)
Содержание KC-G40E
Страница 17: ...ENGLISH ENGLISH MEMO ...
Страница 33: ...ENGLISH B MELAYU M 16 MEMO ...