![Philips HD4917 Скачать руководство пользователя страница 23](http://html.mh-extra.com/html/philips/hd4917/hd4917_manual_292809023.webp)
Jaminan dan servis
Jika anda memerlukan perkhidmatan atau maklumat atau jika anda mengalami masalah, sila lawati
tapak web Philips di
www.philips.com
atau hubungi Pusat Penjagaan pelanggan Philips di negara
anda (anda boleh mendapatkan nombor telefonnya di dalam risalah jaminan sedunia). Jika tiada Pusat
Penjagaan Pelanggan di negara anda, hubungi wakil pengedar Philips tempatan.
Menyelesaikan masalah
Jika periuk aruhan tidak berfungsi dengan betul atau jika mutu masakan tidak baik, rujuk jadual di
bawah. Jika anda tidak dapat menyelesaikan masalahnya, sila hubungi pusat servis Philips atau
Pusat Penjagaan Pelanggan di negara anda.
Masalah
Penyelesaian
Lampu kuasa hidup tidak
menyala.
Terdapat masalah sambungan. Periksa sama ada periuk aruhan
disambungkan dengan sesalur kuasa dan sama ada plag dimasukkan
dengan rapi ke dalam soket dinding
Lampu rosak. Bawa perkakas ke wakil penjual Philips anda atau ke
pusat servis yang diluluskan oleh Philips.
Apabila saya menekan
butang mod memasak,
lampu hidup bagi mod
yang dipilih tidak menyala.
Lampu rosak. Bawa perkakas ke wakil penjual Philips anda atau ke
pusat servis yang diluluskan oleh Philips.
Lampau Jam:Min tidak
menyala apabila saya
menetapkan masa
memasak.
Anda telah memilih mod memasak Hot pot. Anda hanya boleh
melaraskan masa memasak dalam mod Quick start (manual) dan
dalam mod memasak pratetap Stew, Sup/Bubur, Stim, Kacau goreng,
Rebus dan Keep warm.
Lampu rosak. Bawa perkakas ke wakil penjual Philips anda atau ke
pusat servis yang diluluskan oleh Philips.
Lampu pemasa tidak
menyala apabila saya
menetapkan pemasa.
Anda telah memilih mod Quick start (manual) atau
mod pratetap Hot pot, Kacau goreng, Rebus atau Keep warm. Anda
hanya boleh menggunakan pemasa dalam mod memasak Stew, Sup/
Bubur, Stim (lihat jadual tetapan ‘Lalai’ dan tetapan boleh laras’ dalam
bab ‘Menggunakan perkakas’).
Lampu rosak. Bawa perkakas ke wakil penjual Philips anda atau ke
pusat servis yang diluluskan oleh Philips.
Saya tidak boleh menukar
tetapan kuasa
sebelum saya
memilih mod Stew atau
mod Sup/Bubur.
Dalam mod Stew dan mod Sup/Bubur, perkakas terlebih dahulu
mendidihkan makanan dan kemudian beralih ke tahap kuasa yang
lebih rendah. Anda hanya boleh melaraskan tahap kuasa selepas
peringkat mendidih.
Perkakas mengeluarkan
bunyi bip secara
berterusan.
Anda telah meletakkan alat memasak yang tidak sesuai di atas plat
memasak atau anda telah mengalihkan alat memasak tersebut
daripada plat memasak semasa memasak. Letakkan alat memasak
yang sesuai di atas plat memasak.
BaHasa MElayu
23
Содержание HD4917
Страница 1: ...HD4917 ...
Страница 2: ...2 ...
Страница 3: ...3 HD4917 control panel 2 3 1 4 5 7 8 A B C F H E D 6 1 ...
Страница 4: ...4 ...
Страница 5: ...HD4917 English 6 Bahasa Melayu 16 ภาษาไทย 26 TiếngViệt 34 繁體中文 43 简体中文 51 ...
Страница 59: ...59 本产品符合国标GB 21456 2008 家用电磁灶能效限定值及能源效率等级 热效率 86 待机状态功率 W 2 能源效率等级 3 2009 07 14 简体中文 ...
Страница 60: ...60 Ten Year explanation zw w pdf 09 01 2008 09 36 23 ...
Страница 61: ...61 ...
Страница 62: ...62 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 ...
Страница 63: ...63 ...
Страница 64: ...4222 002 6921 7 ...