
1
Keluarkan periuk dalam daripada jasad perkakas.
2
Tanggalkan tukup bolong stim daripada tudung dengan menariknya ke atas (Gamb. 14).
,
Untuk membuka tukup bolong stim, tarik kedua-dua bahagian dengan perlahan-
lahan (Gamb. 15).
,
Untuk memasang semula tukup bolong stim, jajarkan titik pada bahagian atas dan bawah dan
kemudian tolak kedua-dua bahagian sekali (‘klik’).
,
Untuk mengembalikan tukup bolong stim ke dalam lubang bolong pada tudung, masukkannya
ke dalam lubang dan tekannya ke bawah dengan kukuh (Gamb. 16).
3
Bersihkan periuk dalam, senduk nasi dan tukup bolong stim dengan span atau kain di dalam
air panas dengan sedikit cecair pencuci.
Jangan gunakan agen pembersih yang melelas, kain penyental atau alatan logam untuk
membersihkan periuk dalam kerana ini akan merosakkan salutan tidak lekat.
4
Gunakan hanya kain yang lembap untuk mengesat permukaan luar dan dalam jasad dan
tudung periuk pemasak nasi.
Jangan sekali-kali tenggelamkan jasad periuk pemasak nasi di dalam air, atau membilasnya di bawah
pili air. Kesat plat pemanas dengan kain kering.
alam sekitar
- Jangan buang perkakas ke dalam tong sampah rumah apabila sampai akhir hayatnya, tetapi
bawanya ke pusat pungutan rasmi untuk dikitar semula. Dengan melakukan
sedemikian anda akan membantu memelihara alam sekitar (Gamb. 17).
Jaminan dan servis
Jika anda memerlukan perkhidmatan atau maklumat atau jika anda mengalami masalah, sila lawati
tapak web Philips di
www.philips.com
atau hubungi Pusat Layanan pelanggan Philips di negara anda
(anda boleh mendapatkan nombor telefonnya di dalam risalah jaminan sedunia). Jika tiada Pusat
Layanan Pelanggan di negara anda, hubungi wakil pengedar Philips tempatan.
Menyelesaikan masalah
Jika periuk pemasak nasi tidak berfungsi dengan betul atau jika mutu masakan tidak baik, rujuk jadual
di bawah. Jika anda tidak dapat menyelesaikan masalahnya, sila hubungi Pusat Penjagaan Pelanggan
Philips di negara anda.
Masalah
Sebab
Penyelesaian
Lampu masak atau
lampu bubur tidak
menyala.
Terdapat masalah
sambungan.
Periksa sama ada periuk pemasak nasi bersambung
dengan sesalur dan sama ada plag dimasukkan
dengan rapi ke dalam soket dinding.
Lampu rosak.
Bawa perkakas ke penjual Philips anda atau pusat
servis yang disahkan oleh Philips.
Lampu simpan panas/
panas semula tidak
menyala apabila
proses memasak
selesai.
Lampu rosak.
Bawa perkakas ke penjual Philips anda atau pusat
servis yang disahkan oleh Philips.
BaHasa MElayu
18
Содержание HD4740
Страница 1: ...HD4740 ...
Страница 2: ...2 ...
Страница 3: ...3 1 ...
Страница 4: ...4 ...
Страница 5: ...HD4740 English 6 Bahasa Melayu 13 繁體中文 21 简体中文 27 ...
Страница 34: ...34 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 ...
Страница 35: ...35 ...
Страница 36: ...4222 001 9889 8 ...