Philips HD4675/00 Скачать руководство пользователя страница 3

BAHASA MELAYU

3

Pendahuluan

.

Tahniah kerana menjadi pemilik cerek Philips baru! Dalam arahan penggunaan ini,
anda boleh mendapatkan semua maklumat penting, supaya anda dapat menikmati
penggunaan cerek anda dengan sebaik-baiknya dan dengan seberapa lama yang
mungkin.

Perihalan umum

.

1) Suis hidup/mati kuasa (I/O) 
2) Lampu pandu
3) Tudung
4) Muncung
5) Penunjuk aras air
6) Tapak
7) Turas kerak

Penting

.

Baca arahan penggunaan ini dengan teliti sebelum menggunakan peralatan dan
simpankannya bagi rujukan masa depan.

Periksa sama ada voltan yang ditunjukkan pada dasar cerek sepadan dengan
voltan kuasa utama tempatan sebelum anda menyambungkan peralatan.

Gunakan cerek hanya dengan tapaknya yang asal.

Letakkan cerek dan tapaknya di atas permukaan yang kering, rata dan stabil
pada setiap masa.

Jauhkan kord, tapak dan peralatan daripada permukaan panas.

Jangan gunakan perkakas jika kord utama, plag, tapak atau peralatan itu sendiri
rosak.

Jika kord utama rosak, ia mesti hanya digantikan oleh Philips, pusat servis yang
disahkan oleh Philips, atau orang dengan kelayakan seumpamanya, untuk
mengelakkan bahaya.

Jangan tenggelamkan peralatan atau tapaknya ke dalam air atau cecair lain.

Cerek ini dimaksudkan hanya untuk mendidihkan air. Jangan gunakannya untuk
memanaskan sup atau cecair lain, mahupun makanan di dalam balang, botol
atau tin.

Air yang sedang mendidih boleh mengakibatkan lecur yang parah. Berhati-hati
semasa cerek mengandungi air panas.

Jangan sekali-kali isi cerek melebihi penunjuk paras maksimum. Jika cerek
terlebih diisi, air yang sedang mendidih mungkin terpancut keluar dari muncung
lalu menyebabkan kelecuran.

Jangan buka penutup semasa air sedang mendidih. Berhati-hati apabila
membuka penutup sejurus selepas air terdidih: stim yang keluar dari cerek
amat panas.

Elakkan daripada menyentuh jasad cerek, kerana ia menjadi amat panas semasa
digunakan. Angkat cerek dengan memegang tangkainya pada setiap masa.

Jauhkan peralatan dan kordnya daripada capaian kanak-kanak. Jangan biarkan
kord utama tergantung melepasi pinggir meja atau permukaan kerja. Kord yang
berlebihan boleh disimpan di dalam atau di keliling tapak peralatan.

Jangan sekali-kali isi cerek di bawah paras minumum supaya air di dalamnya
tidak terdidih sehingga kering.

HD4675 sahaja: cerek didihan pantas ini mempunyai kuasa 3100 watt dan
boleh mengambil sehingga 13 amp dari bekalan kuasa di rumah anda. Pastikan
sistem elektrik di rumah anda dan litar yang tersambung dengan cerek boleh
menampung aras penggunaan kuasa ini. Jangan biarkan terlalu banyak peralatan
mengambil kuasa dari litar yang sama apabila cerek sedang digunakan.

Sedikit pemeluwapan mungkin berlaku di tapak cerek. Ini normal dan tidak
bererti cerek mempunyai kecacatan.

Bergantung pada keliatan air di kawasan anda, bintik-bintik kecil mungkin
muncul pada unsur pemanas cerek apabila anda menggunakannya. Fenomena
ini adalah hasil penimbunan kerak pada unsur pemanas dan pada permukaan
dalam cerek selepas beberapa lama. Lebih liat air, lebih cepat kerak menimbun.
Kerak boleh berlaku dalam warna-warna yang berbeza. Walaupun kerak tidak
berbahaya, terlalu banyak kerak boleh menjejaskan prestasi cerek. Tanggalkan
kerak secara kerap dengan mengikuti arahan yang diberikan dalam bab
'Menanggalkan kerak'.

Perlindungan terhadap pendidihan kering

Cerek ini dilengkapi perlindungan terhadap pendidihan kering. Peranti ini akan
mematikan cerek secara automatik sekiranya ia dihidupkan dengan tidak sengaja
apabila tiada air atau tidak cukup air di dalam cerek. Suis hidup/mati akan kekal di
kedudukan 'hidup' dan lampu pandu, jika ada, akan kekal menyala. Setkan suis
hidup/mati pada 'O' dan biarkan cerek selama 10 minit sehingga sejuk. Kemudian
angkat cerek dari tapaknya untuk mengesetkan semula perlindungan terhadap
pendidihan kering (HD4675 dan HD4674 sahaja). Cerek sedia untuk digunakan sekali
lagi.

Sebelum kali pertama menggunakannya

.

Tanggalkan pelekat, jika ada, dari cerek atau tapaknya.

Letakkan tapak di atas permukan yang kering, stabil dan rata.

Laraskan panjang kord dengan melilitkannya di keliling gelendong pada tapak.
Susupkan kord melalui salah satu alur pada tapak (rajah 2).

Sebelum menggunakan cerek pada kali pertama:

1

Bilaskan cerek dengan air.

Jenis turas

HD4967

HD4974

Jenis(-jenis) cerek

HD4637

HD4675 dan HD4674

2

Isikan cerek dengan air paip sehingga paras maksimum dan biarkan ia mendidih
sebanyak satu kali (lihat 'Menggunakan Perkakas').

3

Tuangkan keluar air panas dan bilaskan cerek sekali lagi.

Menggunakan peralatan

.

1

Isikan cerek sama ada melalui muncungnya atau dengan membuka penutupnya
(rajah 3).

2

Tutupkan penutup.

Pastikan penutup ditutup rapat untuk mengelakkan cerek daripada mendidih kering.

3

Letakkan cerek di atas tapaknya, masukkan plag ke dalam soket dinding dan
setkan suis hidup/mati kuasa pada 'I' (rajah 4).

Cerek akan mula memanas.

Cerek dimatikan kuasa (kedudukan 'O') secara automatik apabila air mencapai
takat didih.

Anda boleh menghenti paksa proses pendidihan dengan mengesetkan suis
hidup/mati kuasa pada 'O'.

Membersihkan dan menanggalkan kerak

.

Cabutkan plag peralatan setiap kali sebelum membersihkannya.

Jangan gunakan apa-apa agen pembersih yang melelas, penyental, dsb. untuk 
membersihkan cerek.

Jangan tenggelamkan cerek atau tapaknya ke dalam air.

Membersihkan cerek

1

Bersihkan bahagian luar cerek dengan kain lembut yang dilembabkan dengan
air suam dan sedikit agen pencuci yang lembut.

Kerak tidak membahayakan kesihatan, tetapi ia mungkin menyebabkan minuman anda
terasa berserbuk. Turas kerak mencegah zarah-zarah kerak daripada memasuki
minuman anda. Bersihkan turas kerak dengan kerap.

2

Turas boleh dibersihkan:

dengan mengeluarkannya dari cerek dan memberuskannya dengan perlahan
menggunakan berus nilon yang lembut di bawah air mengalir, atau .. (rajah 5).

dengan membiarkannya di dalam cerek semasa menanggalkan kerak dari
seluruh perkakas, atau ...

di dalam mesin pencuci pinggan.

Menanggalkan kerak cerek

Penanggalan kerak dengan kerap boleh melanjutkan hayat guna cerek.

Dalam keadaan penggunaan biasa (sehingga 5 kali sehari), kekerapan penanggalan
kerak disyorkan seperti berikut:
-

Sekali setiap 3 bulan bagi kawasan berair lembut (sehingga 18 dH).

-

Sekali sebulan bagi kawasan berair liat (lebih daripada 18 dH).

1

Isikan cerek dengan air sehingga tiga suku paras maksimum dan didihkan air.

2

Selepas cerek dimatikan kuasa, tambahkan cuka putih (asid asetik 8%) sehingga
paras maksimum.

3

Biarkan larutan di dalam cerek semalaman.

4

Kosongkan cerek dan bilas bahagian dalamnya dengan sempurna.

5

Isikan cerek dengan air bersih dan didihkan air.

6

Kosongkan cerek dan bilaskannya sekali lagi dengan air bersih.

Ulang tatacara ini jika masih terdapat kerak di dalam cerek.

Anda juga boleh menggunakan penanggal kerak yang bersesuaian. Jika demikian, ikuti
arahan yang diberikan dengan penanggal kerak.

Penggantian

.

Turas gantian bagi cerek anda boleh dibeli daripada wakil pengedar Philips anda atau
pusat servis Philips. Jadual di bawah menunjukkan turas yang sesuai dengan cerek
elektrik anda.

Jika cerek, tapak atau kord utama peralatan rosak, bawa tapak atau cerek ke pusat
servis yang disahkan oleh Philips untuk dibaiki atau untuk digantikan kord agar 
mengelakkan bahaya.

Jaminan & servis

.

Jika anda memerlukan maklumat atau menghadapi masalah, sila kunjungi laman web
Philips di 

www.philips.com

atau hubungi Pusat Layanan Pelanggan Philips di negara

anda (anda boleh mendapatkan nombor telefonnya di dalam risalah jaminan sedunia).
Jika tiada Pusat Layanan Pelanggan di negara anda, hubungi wakil pengedar Philips
tempatan atau Jabatan Servis Peralatan Domestik Philips dan Penjagaan Peribadi BV.

HD4675, HD4674, 4637

4222 001 96673

3/8

Содержание HD4675/00

Страница 1: ...www philips com HD4675 HD4674 HD4637 2 3 HD4675 HD4674 HD4637 4 5 ENGLISH 2 BAHASA MELAYU 3 BAHASA INDONESIA 4 5 6 7 TI NG VI T 8 ...

Страница 2: ... Then lift the kettle from its base to reset the boil dry protection HD4675 and HD4674 only The kettle is ready for use again Before first use Remove stickers if any from the base or kettle Place the base on a dry stable and flat surface Adjust the length of the cord by winding it round the reel in the base Pass the cord through one of the slots in the base fig 2 Before using the kettle for the fi...

Страница 3: ...tapaknya untuk mengesetkan semula perlindungan terhadap pendidihan kering HD4675 dan HD4674 sahaja Cerek sedia untuk digunakan sekali lagi Sebelum kali pertama menggunakannya Tanggalkan pelekat jika ada dari cerek atau tapaknya Letakkan tapak di atas permukan yang kering stabil dan rata Laraskan panjang kord dengan melilitkannya di keliling gelendong pada tapak Susupkan kord melalui salah satu alu...

Страница 4: ...dari alasnya untuk me reset perlindungan boil dry ini hanya tipe HD4675 dan HD 4674 saja Ketel siap digunakan kembali Sebelum digunakan pertama kali Lepaskan stiker jika ada dari bagian alas atau di ketel Taruh alas di permukaan yang kering stabil dan rata Atur panjang kabel dengan menggulungnya di sekeliling rel di alas Lewatkan kabel melalui salah satu lubang di alas gbr 2 Sebelum menggunakan ke...

Страница 5: ...5 1 2 3 1 2 3 1 2 1 2 3 4 5 6 HD4675 HD4674 4637 4222 001 96673 5 8 ...

Страница 6: ...6 1 2 3 1 2 3 1 2 3 4 5 6 7 8 HD4675 HD4674 4637 4222 001 96673 6 8 ...

Страница 7: ...7 O HD4675 HD4674 4637 4222 001 96673 7 8 ...

Страница 8: ...åy giÆ åm Ûun n c ÛÉ sän sÅng Ûô s d ng lÜi Tr c khi s d ng lçn Ûçu B c hót nhÉn dÄn nóu c ra kh i chÇn Ûó hay åm Ûun n c Ùãt chÇn Ûó trìn m t bò mãt kh rÄo vªng chác vÅ bàng phâng Ùiòu chünh chiòu dÅi dÇy Ûiõn bàng cÄch quån quanh cu n trong chÇn Ûó Lu n dÇy Ûiõn qua m t trong nhªng l Ø chÇn Ûó hùnh 2 Tr c khi s d ng åm Ûun n c lçn Ûçu tiìn 1 S c r a åm bàng n c Kiôu b l c Kiôu åm HD4967 Kiôu åm ...

Отзывы: