
62
Bahasa Mela
yu
Pada Akhir Kitaran Cucian
Apabila kitaran cucian telah tamat, Mesin Basuh Pinggan Mangkuk akan berbunyi 8 kali
sebelum berhenti.
Padamkan Mesin Basuh Pinggan Mangkuk
Penunjuk Program akan dipadamkan selepas program tamat.
1. Padamkan Mesin Basuh Pinggan Mangkuk dengan menekan butang OFF/ON.
2. Tutup pili air.
3. Padamkan suis utama di dinding.
Buka pintu dengan berhati-hati
1. Pinggan mangkuk panas adalah mudah pecah. Oleh itu pinggan mangkuk harus
disejukkan dalam masa lebih kurang 15 minit sebelum dikeluarkan dari Mesin Basuh
Pinggan Mangkuk.
2. Buka sedikit pintu mesin basuh pinggan mangkuk dan tunggu lebih kurang 15 minit
sebelum mengeluarkan pinggan mangkuk. Pinggan mangkuk akan lebih sejuk dan
proses pengeringan menjadi lebih baik.
Mengeluarkan Pinggan Mangkuk
Mesin Basuh Pinggan Mangkuk biasanya basah di bahagian dalam. Kosongkan Bakul
Bawah terlebih dahulu diikuti dengan Bakul Atas. Ini akan mengelakkan titisan air jatuh
daripada Bakul Atas kepada pinggan mangkuk di Bakul Bawah.
AMARAN
Jangan buka pintu apabila mesin sedang dikendalikan kerana mungkin terpercik
air panas.
Tunggu lebih kurang 15 minit sebelum mengeluarkan pinggan mangkuk untuk
mengelakkan dari terpegang cucian panas dan mudah pecah.
Menggunakan Mesin Basuh Pinggan Mangkuk
Dishwasher_NP-6F1MLQ.indb 62
Dishwasher_NP-6F1MLQ.indb 62
7/19/2016 5:21:15 PM
7/19/2016 5:21:15 PM