Langkah Berjaga-
jaga Keselamatan
Sila patuhi semua arahan
AMARAN
BAHAYA
Bahagian ini menerangkan langkah berjaga-jaga keselamatan yang mesti dipatuhi untuk mengelakkan kecederaan diri dan/atau
kerosakan harta benda.
Menunjukkan risiko kecederaan serius
atau kematian yang tinggi.
Menunjukkan risiko kecederaan serius
atau kematian.
■
Tahap bahaya dan kerosakan yang mungkin berlaku apabila peranti
digunakan secara salah dikelaskan dan ditunjukkan seperti di bawah .
■
Simbol berikut menunjukkan perkara
yang perlu anda perhatikan .
Menunjukkan risiko kecederaan atau
kerosakan harta benda.
Menunjukkan tindakan yang
dilarang.
Menunjukkan tindakan yang mesti
dilaksanakan.
AWAS
BAHAYA
AMARAN
Jangan salah kendalikan
●
Jangan gunakan selain daripada MC-SB53K
●
Jangan gunakan bateri atau penyesuai
selain daripada bateri litium ion
boleh dicas semula dan penyesuai
pengecasan yang tulen
(Arus lebih boleh menyebabkan kebocoran
bendalir, pemanasan lampau atau letupan)
●
Jangan buang bateri ke dalam api atau
dedahkan bateri kepada haba
●
Jangan cas, gunakan atau letakkan bateri di
tempat bersuhu tinggi, termasuk berhampiran
api atau dalam cuaca yang panas
(Bahaya kebocoran bendalir, pemanasan lampau,
penyalaan atau letupan)
●
Jangan tebuk dengan paku atau terkena
kejutan . Jangan tanggalkan atau ubah
●
Jangan dedahkan kepada air atau cecair lain
(Bahaya kebocoran bendalir, pemanasan lampau,
penyalaan atau kejutan elektrik)
●
Jangan akibatkan litar pintas dengan
membenarkan logam atau bahan lain
bersentuhan dengan terminal soket
●
Jangan angkut atau simpan bersama-sama
objek logam seperti rantai leher atau pin
rambut
(Litar pintas boleh menyebabkan kebocoran
bendalir, pemanasan lampau atau penyalaan)
Jangan salah kendalikan
●
Jangan pasang atau cabut palam penyesuai
pengecasan dengan tangan yang basah
(Bahaya kejutan elektrik)
●
Jangan rosakkan penyesuai pengecasan
(Jangan biarkan penyesuai pengecasan tersangkut pada
pemutar nozel lantai, dirosakkan, diubah suai, didekatkan
dengan alat pemanas, dibengkokkan, diputar atau
ditarik secara paksa, dan juga jangan letakkan benda
berat di atas penyesuai pengecasan atau menggunakan
penyesuai pengecasan dengan ia digabungkan, dll .)
(Kegagalan berbuat demikian boleh menyebabkan kejutan
elektrik atau penyalaan disebabkan litar pintas)
→
Untuk pembaikan, rujuk penjual anda.
●
Jangan bebankan saluran keluar atau peranti pendawaian
(Melebihi nilai terkadar disebabkan oleh terlalu banyak
palam yang disambungkan dan yang seumpamanya boleh
menyebabkan kebakaran yang disebabkan penjanaan haba)
●
Jangan gunakan penyesuai pengecasan untuk
mengecas bateri boleh dicas semula selain daripada
produk ini atau bateri yang tidak boleh dicas semula
(Berbuat demikian boleh menyebabkan kebocoran bateri,
penjanaan haba atau letupan disebabkan arus berlebihan)
●
Jangan gunakan penyesuai pengecasan yang rosak
(Berbuat demikian boleh menyebabkan kebakaran
disebabkan penjanaan haba atau penyalaan)
●
Jangan akibatkan litar pintas pada penyambung unit utama
atau palam penyesuai pengecasan dengan objek logam .
(Litar pintas boleh menyebabkan kebocoran bendalir,
pemanasan lampau atau penyalaan)
Gunakan penyesuai pengecasan dengan betul
●
Masukkan sepenuhnya ke dalam soket
(Kegagalan berbuat demikian boleh menyebabkan kejutan
elektrik atau kebakaran disebabkan penjanaan haba)
●
Palam mesti ditanggalkan daripada saluran keluar soket
sebelum membersihkan atau menyelenggara alat ini
(
Bahaya kejutan elektrik)
●
Bersihkan habuk menggunakan kain kering dengan kerap
(Habuk yang terkumpul boleh menyebabkan penebatan yang
lemah akibat kelembapan yang boleh mengakibatkan kebakaran)
■
Bateri (Bateri litium ion boleh dicas semula)
■
Unit utama dan aksesori
Jangan sentuh pemutar nozel lantai
(Terdapat risiko jari anda tersepit dan tercedera)
▶
Tumpukan perhatian terutamanya kepada kanak-kanak.
Jangan tanggalkan, baiki atau ubah suai
(Bahaya kejutan elektrik atau kebakaran)
Jangan sedut objek yang mudah
terbakar atau sedang terbakar
(Bahaya letupan atau kebakaran)
Rokok, toner pencetak, minyak tanah,
pencair dll.
Pemutar
(berus)
MA4
Содержание MC-SB53K
Страница 2: ...ENGLISH EN 正體 HK BAHASA MELAYU MA TIẾNG VIỆT VI ...
Страница 28: ...充電 HK8 將電源供應器的插頭完全 插入吸塵機充電插孔 充電 購買吸塵機時 電池並未充飽電 使用前請務必先充電 充電時間 約3 5小時 拔除插頭時 請確實握住插頭前端 勿拉扯電線 以免因斷線而導致故障 要求 ...
Страница 31: ...HK11 正 體 點亮 藍色 電力足夠 可以清掃 閃爍 藍色 電量低 請充電 P HK8 如果電量在運作期間耗盡 過度放電防止裝置會自動停止吸塵機 提醒 電量指示燈的燈號意義 顯示清掃時的剩餘電量 ...
Страница 83: ......