![Omron HEM-7156T-A Скачать руководство пользователя страница 34](http://html1.mh-extra.com/html/omron/hem-7156t-a/hem-7156t-a_instruction-manual_741666034.webp)
33
1. Pengenalan
Terima kasih kerana membeli Pemantau Tekanan Darah Automatik OMRON.
Pemantau tekanan darah ini menggunakan kaedah mengukur tekanan darah
osilometrik. Ini bererti pemantau ini mengesan pergerakan darah melalui
arteri brakium dan menukar pergerakan ini kepada bacaan digital
1.1 Arahan Keselamatan
Manual arahan ini memberi anda maklumat penting tentang Pemantau
Tekanan Darah Automatik OMRON. Untuk memastikan bahawa pemantau ini
digunakan secara selamat dan betul, BACA dan FAHAMI kesemua arahan ini.
Jika anda tidak faham arahan ini atau ada apa-apa pertanyaan, hubungi
wakil OMRON tempatan anda sebelum cuba menggunakan pemantau
ini. Untuk mendapatkan maklumat khusus tentang tekanan darah anda,
sila rujuk kepada doktor anda.
1.2 Tujuan Penggunaan
Peranti ini adalah pemantau digital yang bertujuan untuk mengukur tekanan
darah dan kadar nadi pada populasi pesakit dewasa. Pemantau ini mengesan
penampilan degupan jantung yang tidak teratur semasa pengukuran dan
menunjukkan ini melalui simbol dengan hasil pengukuran. Ia terutamanya
direka untuk penggunaan isi rumah am.
1.3 Penerimaan dan Pemeriksaan
Keluarkan pemantau ini dari bungkusan dan periksa sama ada terdapat
kerosakan. Sekiranya pemantau ini rosak, JANGAN GUNAKAN dan rujuk
kepada wakil Omron tempatan anda.
2. Maklumat Keselamatan Penting
Baca Maklumat Keselamatan Penting dalam manual arahan ini sebelum
menggunakan pemantau ini. Ikuti manual arahan ini dengan teliti demi
keselamatan anda.
Simpan untuk rujukan masa depan. Untuk maklumat khusus mengenai
maklumat tekanan darah anda sendiri, RUJUK KEPADA DOKTOR ANDA.
• JANGAN guna pemantau ini pada bayi, kanak-kanak kecil, kanak-kanak
atau individu yang tidak dapat melahirkan perasaan mereka.
• JANGAN melaraskan ubat berdasarkan bacaan daripada pemantau tekanan
darah ini. Ambil ubat sebagaimana yang diarahkan oleh doktor anda.
HANYA doktor sahaja yang layak melakukan diagnosis dan merawat
tekanan darah tinggi.
• JANGAN guna pemantau ini pada lengan yang tercedera atau lengan yang
digunakan untuk menjalani rawatan perubatan.
• JANGAN guna kaf lengan ini pada lengan anda semasa terdapat drip
intravenus atau yang sedang menjalani transfusi darah.
• JANGAN guna pemantau ini di kawasan yang mengandungi peralatan
pembedahan frekuensi tinggi (HF), peralatan pengimejan resonans
magnetik (MRI), pengimbas tomografi berkomputer (CT). Ini boleh
mengakibatkan peranti ini beroperasi secara tidak betul dan/atau
mengakibatkan bacaan yang tidak tepat.
• JANGAN guna pemantau ini dalam persekitaran yang kaya oksigen atau
hampir dengan gas mudah terbakar.
• Rujuk doktor anda sebelum menggunakan pemantau ini jika anda
menghidap aritmia biasa seperti degupan pramatang atrium atau
ventrikular atau pemfibrilan atrium; sklerosis arteri; perfusi lemah; diabetes;
kehamilan; pra-eklampsia atau penyakit renal. HARAP MAKLUM bahawa
mana-mana masalah ini di samping pergerakan, geletar, atau gigil pesakit
boleh mempengaruhi bacaannya.
• JANGAN SEKALI-KALAI melakukan diagnosis atau merawat diri anda sendiri
berdasarkan bacaan anda. SENTIASA rujuk pada doktor anda.
• Untuk mengelak daripada tercekik, pastikan tiub udara dan kabel
penyesuai AC jauh daripada bayi, kanak-kanak kecil dan kanak-kanak.
• Produk ini mengandungi bahagian kecil yang boleh menyebabkan bahaya
tercekik jika ditelan oleh bayi, kanak-kanak kecil dan kanak-kanak.
Penghantaran Data
• Produk ini memancarkan frekuensi radio (RF) dalam jalur 2.4 GHz. JANGAN
guna produk ini di lokasi di mana RF dihadkan, seperti dalam kapal terbang
atau di hospital. Matikan ciri
Bluetooth
® dalam pemantau ini, keluarkan
bateri dan/atau cabut penyesuai AC apabila berada di akasan RF yang
dihadkan.
MS
2.1 Peringatan
Menandakan situasi yang mungkin
berbahaya, yang dapat menyebabkan
kematian atau cedera serius apabila
tidak dihindari.