
83
Waranti berikut hanya terpakai di negara ini di mana produk ini dijual oleh
peruncit kepada pelanggan pada mula-mulanya.
1. Waranti meliputi segala kecacatan pembuatan dan kecacatan bahan, tidak
kira sedia ada dan muncul, pada tarikh pembelian atau muncul dalam tempoh
dua tahun dari tarikh pembelian daripada peruncit yang menjual produk terse-
but pada mula-mulanya kepada seseorang pengguna (jaminan pengilang). Sila
periksa produk berkenaan dengan kesempurnaan dan kecacatan pembuatan
atau kecacatan bahan pada tarikh pembelian atau selepas penerimaan dengan
serta-merta. Sila sentiasa simpan bukti tarikh pembelian anda.
2. Sekiranya berlaku kecacatan, berhenti menggunakan produk dengan segera.
Untuk mendapatkan waranti, sila mengambil atau menghantar produk tersebut
kepada peruncit asal, yang menjual produk ini kepada anda pada mula-mula-
nya dalam keadaan bersih dan lengkap dan mengemukakan bukti pembelian
(resit jualan atau invois) asal. Jangan mengambil atau menghantar produk
tersebut kepada pengilang secara langsung.
3. Waranti ini tidak merangkumi sebarang kerosakan yang disebabkan oleh
penyalahgunaan, pengaruh alam sekitar (air, api, kemalangan dan lain-lain),
kehausan dan kelusuhan biasa atau kegagalan untuk mematuhi arahan yang
diberikan dalam manual pengguna ini. Waranti ini tidak dapat terpakai jika pen-
gubahsuaian dan perkhidmatan dilakukan oleh orang yang tidak diberi kuasa
untuk berbuat demikian atau jika komponen dan aksesori tidak asli digunakan.
4. Waranti ini tidak mempengaruhi mana-mana hak pengguna berkanun,
termasuk tuntutan tort dan tuntutan berkenaan dengan pelanggaran kontrak,
yang pembeli mungkin ada terhadap penjual atau pengilang produk.
WARANTI
Содержание HY5 Series
Страница 7: ...1 2 4 5 6 3 CLICK 7 ...
Страница 84: ...C101_801 5_B ...