Jangan letakkan sebarang objek ke dalam bukaan.
Jangan gunakan perkakas ini jika semua penapis tidak dipasang dengan baik atau dengan
mana-mana penapis yang tersumbat.
Sebelum penggunaan, sila periksa bagi memastikan bekas debu adalah kosong, dan
kosongkannya dengan kerap semasa penggunaan.
Padamkan kuasa perkakas ini sebelum pasang atau cabut plagnya daripada soket sesalur.
Gunakan perkakas ini dengan berhati-hati apabila memvakum di atas tangga.
Pastikan semua lubang bukaan dan alat tambahan bebas daripada habuk, lint, rambut dan
apa-apa benda yang boleh mengurangkan pengaliran udara.
Jauhkan hujung hos dan semua alat tambahan daripada wajah dan badan anda.
Jika perkakas ini tersumbat, matikan suis dan cabut kord kuasa sebelum membersihkan
kotoran tersebut.
PENTING – SILA BACA
Untuk pengendalian yang cekap, adalah penting untuk memastikan semua saluran udara
dan penapis dibersihkan secara berkala dan bekas debu dikosongkan sebelum ia menjadi
penuh dan selepas setiap penggunaan. Kegagalan untuk berbuat demikian boleh
menyebabkan pengaliran udara tersekat dan menjejaskan prestasi perkakas ini.
Kerosakan yang disebabkan oleh kegagalan untuk mengosongkan bekas debu dan
membersihkan penapis dan saluran udara sebagaimana yang dinyatakan dalam arahan ini
tidak akan terlindung oleh jaminan produk.
TERMOSTAT PEMADAMAN AUTOMATIK
Pembersih vakum ini hadir dengan termostat keselamatan bagi mengelakkan unit ini
beroperasi pada kadar vakum yang terlalu tinggi. Jika saluran udara atau penapis tersumbat,
tekanan dalam pembersih vakum akan menjadi berlebihan dan termostat akan diaktifkan.
Dengan itu, perkakas ini akan berhenti beroperasi untuk melindungi motor daripada
menjadi terlalu panas.
Jika keadaan ini berlaku, matikan suis dan cabut plag pembersih vakum dengan serta-merta.
Biarkan motor menyejuk selama satu jam dan bersihkan saluran udara dan penapis dengan
teliti. Pasang plag pembersih vakum semula dan hidupkan suis, pembersih vakum akan
beroperasi secara normal.
Содержание MVC-13M-B
Страница 2: ......