
33 BAHASA MELAYU
Simbol
Berikut menunjukkan simbol-simbol yang boleh
digunakan untuk alat ini. Pastikan anda memahami
maksudnya sebelum menggunakan.
Baca manual arahan.
Sila gunakan dengan berhati-hati dan
penuh perhatian.
Amaran! Pembersih ini mungkin
mengandungi debu yang berbahaya.
Jangan sekali-kali berdiri di atas
pembersih.
Debu kelas L (ringan). Pembersih ini
mampu menyedut debu kelas L. Ikut
peraturan negara anda berkaitan dengan
debu dan kesihatan dan keselamatan
pekerjaan.
Ni-MH
Li-ion
Hanya untuk negara-negara EU
Disebabkan kehadiran komponen
berbahaya dalam peralatan, sisa peralatan
elektrik dan elektronik, akumulator dan
bateri boleh memberi kesan negatif
terhadap persekitaran dan kesihatan
manusia.
Jangan buang alat elektrik dan elektronik
atau bateri bersama dengan bahan
buangan isi rumah!
Mengikut Arahan Eropah mengenai sisa
peralatan elektrik dan elektronik dan
mengenai akumulator dan bateri dan sisa
akumulator dan bateri serta penyesuaian
dengan undang-undang negara, sisa
peralatan elektrik, bateri dan akumulator
hendaklah disimpankan secara berasingan
dan dihantar ke tempat pengumpulan
berasingan untuk sisa perbandaran,
beroperasi mengikut peraturan
perlindungan persekitaran.
Ini ditunjukkan oleh simbol tong sampah
beroda yang bersilang pada peralatan.
Tujuan penggunaan
Tujuan penggunaan alat ini untuk mengumpul debu
kering dan basah. Alat ini sesuai untuk kegunaan
komersial, sebagai contoh di hotel, sekolah, hospital,
kilang, kedai, pejabat dan perniagaan sewaan.
AMARAN KESELAMATAN
Amaran keselamatan pembersih
hampagas tanpa wayar
AMARAN:
PENTING! BACA DENGAN TELITI
semua amaran keselamatan dan semua arahan
SEBELUM GUNA.
Kegagalan mematuhi amaran
dan arahan boleh menyebabkan kejutan elektrik,
kebakaran dan/atau kecederaan serius.
1.
Sebelum digunakan, pastikan yang pembersih
ini mestilah digunakan oleh individu yang
telah diberi arahan yang secukupnya tentang
kegunaan pembersih ini.
2.
Sebelum guna, pengendali hendaklah
diberikan maklumat, arahan dan latihan untuk
penggunaan mesin dan bahan yang akan
digunakan, termasuk kaedah penyingkiran dan
pelupusan bahan yang dikumpulkan.
3.
Jika buih/cecair keluar, matikan dengan
serta-merta.
4.
Bersihkan peranti pengehad paras air secara
kerap dan periksa ia bagi sebarang tanda
kerosakan.
5.
Jangan gunakan pembersih ini tanpa penapis.
Gantikan penapis yang rosak dengan
serta-merta.
6.
ELAKKAN PERMULAAN YANG TIDAK
DISENGAJAKAN. Pastikan suis OFF apabila
memasang bateri.
7.
Jangan cuba untuk menyedut bahan mudah
terbakar, bunga api, puntung rokok yang
menyala, abu panas, serpihan logam panas,
bahan tajam seperti pisau cukur, jarum, gelas
yang pecah atau yang sama sepertinya.
8.
JANGAN SEKALI-KALI GUNAKAN
PEMBERSIH DI SEKITAR GASOLIN, GAS,
CAT, PEREKAT ATAU LAIN-LAIN BAHAN
YANG SANGAT MUDAH MELETUP. Suis
menghasilkan percikan semasa ON dan OFF.
Penukar tertib motor juga begitu semasa
operasi. Letupan yang berbahaya mungkin
berlaku.
9.
Jangan sekali-kali menyedut bahan toksik,
karsinogenik, bahan mudah terbakar atau
berbahaya yang lain seperti asbestos,
arsenik, barium, berilium, plumbum, racun
serangga, atau bahan lain yang memudaratkan
kesihatan.
10.
Sentiasa letakkan pembersih di permukaan
rata yang mendatar untuk mengelakkan
pembersih daripada terjatuh atau bergerak
secara tidak sengaja.
11.
Jangan sekali-kali menggunakan pembersih di
luar dalam hujan.
12.
Untuk Finland, mesin ini tidak boleh digunakan
di luar pada suhu rendah.
13.
Jangan gunakan berhampiran dengan sumber
haba (dapur dan sebagainya).
14.
Jika udara ekzos kembali ke bilik, kadar
perubahan udara yang mencukupi perlu
diberikan di dalam bilik. Rujukan kepada
peraturan Kebangsaan diperlukan.
15.
Jangan halang sedutan salur masuk/
salur keluar/lohong penyejukan. Injap ini
membenarkan penyejukan motor. Halangan
harus dielakkan dengan berhati-hati jika tidak
motor akan terbakar disebabkan kekurangan
pengudaraan.
16.
Pastikan pijakan dan keseimbangan yang betul
pada setiap masa.
17.
Jangan lipat, tarik atau pijak hos.
Содержание DVC865LZX2
Страница 2: ...2 3 4 5 1 Fig 1 2 1 Fig 2 1 Fig 3 1 2 Fig 4 1 2 Fig 5 Fig 6 2 1 3 Fig 7 2 ...
Страница 3: ...1 2 3 4 Fig 8 Fig 9 2 1 Fig 10 1 2 3 4 5 6 6 6 Fig 11 1 2 3 Fig 12 1 Fig 13 3 ...
Страница 4: ...1 2 Fig 14 1 2 Fig 15 1 Fig 16 Fig 17 Fig 18 Fig 19 Fig 20 1 3 2 Fig 21 4 ...
Страница 5: ...1 2 3 Fig 22 1 Fig 23 Fig 24 Fig 25 Fig 26 1 Fig 27 Fig 28 5 ...