BM
9
Maklumat Keselamatan
Maklumat Keselamatan dan Amaran
1. Baca semua arahan dengan teliti sebelum menggunakan perkakas ini.
2. Jangan gunakan perkakas ini jika talikod kuasa telah rosak, atau berlaku kerosakan pada unit ini.
3. Perkakas ini bukan untuk digunakan oleh orang ( termasuk kanak-kanak ) yang kurang upaya fizikal,
deria atau kecacatan mental, atau kurang pengalaman dan pengetahuan, melainkan mereka diberi
perhatian atau tunjuk ajar berkaitan penggunaan perkakas oleh orang yang bertanggungjawab
untuk keselamatan mereka.
Kanak-kanak haruslah diperhatikan untuk memastikan mereka tidak bermain dengan perkakas ini.
4. Jika talikod telah rosak, ia mesti digantikan oleh pengilang, ejen perkhidmatan atau pihak yang
berkelayakan untuk mengelakkan sebarang bahaya.
5. AMARAN! Suhu pada pintu oven, permukaan luar atau permukaan yang
dapat disentuh mungkin tinggi apabila perkakas beroperasi. Jangan sentuh
permukaan perkakas semasa dan selepas beroperasi, ia akan sangat panas!
Sentiasa memakai sarung tangan berpenebat semasa memasukkan atau
mengeluarkan makanan dari perkakas.
6. Perkakas ini bertujuan untuk kegunaan dalam rumah sahaja. Jangan gunakan perkakas ini selain
daripada kegunaannya.
7. Perkakas ini tidak bertujuan untuk dikendalikan dengan menggunakan pemasa luaran atau sistem
kawalan jauh yang berasingan.
8. Jangan letakkan perkakas berhampiran gas panas atau penunu elektrik.
9. Sediakan / biarkan jarak 4 inci dari semua sisi apabila mengendali perkakas bagi membenarkan
kitaran udara di dalamnya.
10. Jangan menutup dulang pembakar atau sebarang bahagian pada perkakas dengan kerajang logam
(untuk mengelakkan terlampau panas). Kerajang logam boleh digunakan untuk membungkus
makanan yang ingin dibakar di atas dulang pembakar.
11. Ambil langkah berjaga-jaga apabila mengalihkan dulang yang panas atau ketika membuang
minyak.
12. Jangan biarkan perkakas tanpa pengawasan ketika memanggang atau membakar makanan.
13. Jangan masukkan makanan yang terlalu besar atau bekas logam yang terlalu besar ke dalam
perkakas kerana ia boleh menyebabkan kebakaran atau kejutan elektrik.
14. Jangan letakkan sebarang benda di atas perkakas ketika sedang menggunakannya. Cecair yang
mudah terbakar boleh menyebabkan kebakaran.
15. Berhati-hati ketika menggunakan bekas selain daripada seramik atau logam ke dalam perkakas.
16. Jangan letakkan bahan-bahan berikut di dalam ketuhar ketika mengendalikan perkakas:
1) Kadbod 2) Beg plastik 3) Bahan-bahan mudah terbakar.
17. Jangan simpan sebarang perkakas dapur yang lain selain daripada aksesori yang dibekalkan di
dalam ketuhar.
AMARAN! Permukaan panas
Содержание OT4030
Страница 16: ...www khind com my...