![IKEA KLAMMIG Скачать руководство пользователя страница 37](http://html.mh-extra.com/html/ikea/klammig/klammig_manual_2038467037.webp)
37
BAHASA MALAYSIA
Penting! Baca maklumat ini dengan teliti.
Simpan untuk rujukan.
Umur yang disyorkan
Beg tidur ini disyorkan untuk kanak-kanak
berumur 0-6 bulan (mempunyai berat badan
dari 4.5 kg/10 paun)
Bagaimana menggunakannya
Beg tidur untuk bayi dan kanak-kanak
digunakan menggantikan katil biasa dan
ia mempunyai beberapa faedah untuk
anda dan bayi anda. Pergerakan bayi yang
terhad dapat meminimakan risiko bayi
berguling, mengelongsor ke bawah cadar
atau memanjat keluar daripada katil bayi.
Selain daripada menggunakan selimut yang
selalunya ditendang, beg tidur menjadikan
lebih mudah untuk anda mengekalkan suhu
tidur yang stabil dan sesuai untuk bayi dan
oleh itu memperbaiki tabiat tidurnya. Beg
tidur boleh digunakan di mana sahaja pada
bila-bila masa - semasa anda melancong
atau semasa anda mengambil bayi keluar
daripada katil bayi untuk menyusukan atau
memberinya makan. Bayi sentiasa dalam
keadaan persekitaran selesa dan biasa.
Penting!
Suhu yang sesuai bagi persekitaran tidur
untuk kanak-kanak ialah 16-20 darjah
Celsius (61-68 darjah Fahrenheit). Beberapa
faktor yang mungkin mempengaruhi suhu
beg tidur ialah cuaca, suhu bilik, suhu badan
dan berapa lapis pakaian yang dipakai.
Semasa di dalam beg tidur, bayi anda
boleh memakai baju tidur oleh kerana beg
tidur bukannnya sebagai ganti baju tidur.
Sesuaikan pakaian mengikut suhu bilik.
Beg tidur ini tidak boleh digunakan dengan
selimut tambahan atau kuilt. Pastikan bayi
tidur terlentang.
Beg tidur adalah panas dan sesuai
digunakan pada suhu bilik yang standard,
lebih kurang 18-20 darjah Celsius (61-68
darjah Fahrenheit).
Maklumat keselamatan
─ Jangan gunakan beg tidur jika kepala
kanak-kanak boleh melalui lubang leher
setelah produk diketatkan.
─ Beg tidur tidak sepatutnya digunakan
dengan selimut tambahan atau kuilt, ini
adalah perlu untuk mengelak anak anda
daripada risiko pemanasan melampau.
─ Jauhkan daripada api.
─ Keselamatan kanak-kanak adalah
tangungjawab ibu bapa atau penjaga.
Sentiasa ingat untuk memeriksa bayi
anda dengan kerap.
─ JANGAN gunakan jika mana-mana
bahagian rosak, koyak atau hilang.