![Hitachi RAC-10C9G Скачать руководство пользователя страница 37](http://html.mh-extra.com/html/hitachi/rac-10c9g/rac-10c9g_instruction-manual_139530037.webp)
– 37 –
B
AHASA MALA
YSIA
PENJAGAAN
Sebelum kerja pembersihan, pastikan unit bukan dalam keadaan operasi dan semua wayar bekalan kuasa
telah dikeluarkan.
PERHATIAN
Skrin Penapis Habuk
Skrin penapis habuk berfungsi untuk menyedut habuk-habuk di dalam bilik. Oleh itu, ia perlu dijaga supaya bersih
sepanjang masa. Ia hendaklah dibersihkan setiap kali peredaran 100 jam operasi. Pengumpulan habuk yang
terlalu banyak pada skrin penapis habuk akan menghalang aliran udara, mengurangkan keupayaan penyejukan
dan boleh menghasilkan bunyi bising.
Arahan bagi kerja-kerja pembersihan
(1) Mengeluarkan skrin penapis habuk
Sambil memegang kedua sisi panel depan, buka dan angkat panel depan lalu tolak ia ke atas sehingga ia
berada dalam posisi yang selamat.
Panel depan
Kabinet hadapan
Angkat sedikit ke atas skrin penapis habuk dan lepaskan klip pemegang (2 tempat) yang terletak pada
bahagian bawah kabinet hadapan. Tarik skrin penapis habuk ke bawah untuk menanggalkannya daripada unit.
(2) Gunakan pembersih vakum untuk membersihkan habuk yang terkumpul pada skrin penapis habuk. Jika
terdapat terlalu banyak habuk, gunakan sedikit sabun dan bilas skrin penapis habuk dengan air. Setelah
dibilas dengan air, biarkan skrin penapis habuk kering di bawah tempat yang teduh.
(3) Masukkan semula skrin penapis habuk pada posisinya yang asal (bahagian yang bertanda “FRONT” menghala
ke depan). Angkat sedikit ke atas panel depan yang terbuka dan tutuplah ia dengan mengembalikannya ke
posisinya yang asal.
(4) Setiap tahun sebelum menggunakan unit penghawa dingin, bersihkan alat penyejat (evaporator) dengan
menggunakan berus yang lembut atau pembersih vakum. Elakkan daripada merosakkan sirip alat penyejat
(evaporator).
Panel depan
Skrin penapis
habuk
Klip pemegang
PERHATIAN
Jangan gunakan air panas yang suhunya lebih daripada 40°C untuk membersihkan skrin penapis habuk
kerana ia akan menyebabkannya memencong dan terherot. Setelah dibilas, goncangkan skrin penapis
habuk untuk menghilangkan saki baki titisan air dan keringkannya di tempat yang teduh. Elakkan
daripada meletakkan skrin penapis habuk di bawah cahaya matahari secara langsung kerana ia akan
menyebabkannya memencong dan terherot.
Jangan hidupkan unit penyaman udara tanpa memasukkan skrin penapis habuk. Ini kerana habuk yang
akan masuk ke dalam unit penghawa dingin akan menyebabkan kerosakan.