![Electrolux ENN2754AOW Скачать руководство пользователя страница 48](http://html.mh-extra.com/html/electrolux/enn2754aow/enn2754aow_user-manual_93628048.webp)
sewaktu penggunaan normal. Air
nyahfros mengalir keluar melalui palung
ke dalam bekas khas di belakang
perkakas, pada pemampat motor, di
mana ia menyejat.
Lubang saluran air nyahfros di bahagian
tengah saluran ruang peti sejuk perlu
dicuci sekali-sekala untuk menghalang
air terlebih mengalir dan menitis ke atas
makanan di dalamnya.
6.4 Menyahfros penyejuk beku
Ruang penyejuk beku bebas daripada
fros. Ini bermakna tiada pembentukan
fros semasa ia beroperasi, mahupun,
pada dinding dalaman atau pada
makanan.
6.5 Menggantikan penapis
TASTEGUARD
Penapis udara karbon ialah penapis
karbon aktif yang menyerap bau busuk
dan membenarkan untuk mengekalkan
perasa dan bau yang terbaik untuk
semua bahan makanan tanpa risiko
pencemaran silang bau.
Semasa beroperasi,
sentiasa pastikan kelepak
pengalihudaraannya ditutup.
Penapis air hendaklah
dikendalikan dengan berhati-
hati untuk mengelakkan
permukaannya daripada
tercalar.
Semasa penghantaran,
penapis karbon berada di
dalam beg plastik untuk
memelihara prestasi.
Letakkan penapis dalam slot
sebelum mengaktifkan alat.
1. Tarik keluar daripada slot penapis
udara yang telah digunakan.
Penapis udara diletakkan di belakang
kelepak dan boleh dicapai dengan
menarik kelepak keluar.
2. Masukkan penapis udara ke dalam
slot.
3. Tutup kelepak.
Untuk mendapatkan prestasi yang
terbaik penapis TASTEGUARD
hendaklah ditukar sekali setiap tahun.
Penapis air ialah aksesori
pakai buang dan dengan itu
tidak diliputi oleh jaminan.
Penapis udara aktif baharu
boleh dibeli daripada wakil
penjual tempatan anda.
Untuk menukar penapis
udara ulang prosedur.
6.6 Tempoh tiada operasi
Apabila perkakas tidak digunakan dalam
tempoh masa yang lama, ambil langkah
berjaga-jaga berikut:
1. Putuskan sambungan perkakas
daripada bekalan elektrik.
2. Keluarkan semua makanan.
3. Cuci perkakas dan semua aksesori.
4. Biarkan pintu/pintu-pintu terbuka
untuk mengelakkan bau yang tidak
menyenangkan.
www.electrolux.com
48