2. Gunakan playar untuk memicit tab (B, Rajah 16) pada pengapit (C), kemudian
gerakkan pengapit jauh dari penapis bahan api (A). Pulas dan tarik talian bahan api
(D) dari penapis bahan api.
3. Periksa saluran bahan api (D, Rajah 16) untuk mengesan retakan atau bocoran.
Gantikan jika perlu.
4. Gantikan penapis bahan api (A, Rajah 16) dengan penapis ganti peralatan yang
asal.
5. Lekatkan saluran bahan api (D, Rajah 16) dengan pengapit (C).
Menservis Sistem Penyejukan
AMARAN
Semasa operasi, enjin dan peredam bunyi menjadi panas. Jika anda menyentuh
enjin panas, lecuran terma boleh berlaku.
Serpihan mudah terbakar, seperti daun, rumput, dan belukar, boleh terbakar.
•
Sebelum anda menyentuh enjin atau peredam bunyi, hentikan enjin dan tunggu
dua (2) minit. Pastikan enjin dan peredam bunyi selamat untuk disentuh.
•
Buang serpihan daripada peredam bunyi dan enjin.
NOTIS
Jangan gunakan air untuk membersihkan enjin. Air boleh menyebabkan pencemaran
sistem bahan api. Gunakan berus atau kain kering untuk membersihkan enjin.
Ini ialah enjin yang disejukkan oleh udara. Kotoran atau serpihan boleh menghalang
aliran udara dan menyebabkan enjin terlalu panas serta mengakibatkan prestasi yang
tidak memuaskan dan hayat enjin berkurang.
1. Gunakan berus atau kain kering untuk membuang serpihan dari jeriji ambilan
udara.
2. Pastikan rangkaian, pegas, dan alat kawalan sentiasa bersih.
3. Pastikan kawasan di sekitar dan di belakang peredam bunyi, jika dilengkapi, bebas
daripada sebarang serpihan yang boleh terbakar.
4. Pastikan sirip penyejuk minyak, jika dilengkapi, adalah bersih.
Selepas satu tempoh masa, sirip penyejuk silinder boleh mengumpulkan serpihan
dan menyebabkan enjin terlampau panas. Bahan yang tidak diingini ini tidak boleh
dikeluarkan tanpa membuka sebahagian daripada pemasangan enjin. Pastikan
Pengedar Servis Sah Briggs & Stratton memeriksa dan mencuci sistem penyejukan
udara sebagaimana yang disyorkan dalam
Jadual Penyelenggaraan
.
Penyimpanan
Sistem Bahan Api
Rujuk Rajah: 17.
AMARAN
Bahan api dan wapnya adalah mudah terbakar dan mudah meletup. Kebakaran
atau letupan boleh menyebabkan luka terbakar atau kematian.
Penyimpanan Bahan Api
•
Memandangkan api pandu atau atau punca nyalaan lain boleh menyebabkan
letupan, simpan bahan api atau peralatan jauh dari relau, dapur, pemanas air
atau perkakas lain yang mempunyai api pandu.
Pastikan enjin berada pada kedudukan rata dalam posisi pengendalian biasa. Isi tangki
bahan api (A, Rajah 17) dengan bahan api. Untuk pengembangan bahan api, jangan isi
bahan api melebihi bahagian leher tangki bahan api (B).
Bahan api boleh menjadi basi apabila disimpan dalam bekas penyimpanan selama lebih
daripada 30 hari. Penggunaan penstabil bahan api bebas alkohol dan rawatan etanol
dalam bekas penyimpanan bahan api adalah disyorkan. Ini memastikan bahan api
segar dan mengurangkan masalah yang berkaitan dengan bahan api atau pencemaran
dalam sistem bahan api.
Apabila anda mengisi bekas dengan bahan api, tambahkan penstabil bahan api bebas
alkohol seperti yang ditetapkan dalam arahan pengeluar. Jika petrol dalam enjin tidak
dirawat dengan penstabil bahan api, ia mesti disalirkan ke dalam bekas yang diluluskan.
Operasikan enjin sehingga ia kehabisan bahan api.
NOTA:
JANGAN operasikan enjin Suntikan Bahan Api Elektronik tanpa bahan api.
Kerosakan pam bahan api boleh berlaku. Pastikan anda menambah jumlah penstabil
bahan api yang betul ke tangki bahan api, dan operasikan enjin selama 30 minit.
Minyak Enjin
Semasa enjin masih panas, tukar minyak enjin. Rujuk bahagian
Tukar Minyak Enjin
.
Penyelesaian Masalah
Bantuan
Untuk bantuan, hubungi wakil pengedar setempat anda atau pergi ke
BRIGGSandSTRATTON.COM
atau hubungi
1-800-444-7774
(di AS).
Spesifikasi
Spesifikasi dan Alat Ganti Servis
MODEL: 290000, 300000
Sesaran
29.23 ci (479 cc)
Gerek
2.677 in (68 mm)
Lejang
2.598 in (66 mm)
Kapasiti Minyak
46 - 48 oz (1,36 - 1,42 L)
Jarak Palam Pencucuh
.030 in (,76 mm)
Kilas Palam Pencucuh
180 lb-in (20 Nm)
Sela Udara Armatur
.008 - .012 in (,20 - ,30 mm)
Kelegaan Injap Pengambilan
.004 - .006 in (,10 - ,15 mm)
Kelegaan Injap Ekzos
.004 - .006 in (,10 - ,15 mm)
MODEL: 350000
Sesaran
34.78 ci (570 cc)
Gerek
2.835 in (72 mm)
Lejang
2.756 in (70 mm)
Kapasiti Minyak
46 - 48 oz (1,36 - 1,42 L)
Jarak Palam Pencucuh
.030 in (,76 mm)
Kilas Palam Pencucuh
180 lb-in (20 Nm)
Sela Udara Armatur
.008 - .012 in (,20 - ,30 mm)
Kelegaan Injap Pengambilan
.004 - .006 in (,10 - ,15 mm)
Kelegaan Injap Ekzos
.004 - .006 in (,10 - ,15 mm)
MODEL: 380000
Sesaran
38.26 ci (627 cc)
Gerek
2.972 in (75,5 mm)
Lejang
2.756 in (70 mm)
Kapasiti Minyak
46 - 48 oz (1,36 - 1,42 L)
Jarak Palam Pencucuh
.030 in (,76 mm)
Kilas Palam Pencucuh
180 lb-in (20 Nm)
Sela Udara Armatur
.008 - .012 in (,20 - ,30 mm)
Kelegaan Injap Pengambilan
.004 - .006 in (,10 - ,15 mm)
Kelegaan Injap Ekzos
.004 - .006 in (,10 - ,15 mm)
Kuasa enjin akan berkurangan 3.5% bagi setiap 1,000 kaki (300 meter) di atas paras
laut dan 1% bagi setiap 10°F (5.6°C) di atas 77°F (25°C). Enjin akan beroperasi
dengan memuaskan pada sudut sehingga 15°. Rujuk Manual Pengendali peralatan
untuk had operasi yang dibenarkan dan selamat di lereng.
MODEL: 290000, 300000, 350000, 380000
Servis Bahagian
Nombor Bahagian
Penapis Udara (kecuali Model 358700,
380000)
394018
Penapis Udara (Model 358700, 380000) 692519
Penapis Udara, Prapembersih (kecuali
Model 358700, 380000)
272492
Penapis Udara, Prapembersih (Model
358700, 380000)
692520
Minyak – SAE 30
100028
Penapis Minyak
842921
Penapis Bahan Api - dengan tangki
bahan api
808116
Penapis Bahan Api - dengan pam bahan
api
84001895
Penapis Bahan Api - tanpa pam bahan
api
298090
Perintang Palam Pencucuh
491055S
Palam Pencucuh Platinum Yang Tahan
Lama
696202, 5066K
Perengkuh Palam Pencucuh
19576S
43
Not for
Reproduction