15
ms
Pembersihan dan penjagaan
Pembersihan dan penjagaan
Nasihat penting
Perkakas tidak perlu diselenggara.
Membersih dengan teliti dapat mengelak
perkakas daripada kerosakan dan
mengekalkan kefungsiannya.
W
Risiko kejutan elektrik!
–
Sebelum semua pekerjaan pada
perkakas, tarik plag kuasa.
–
Jangan sesekali merendam unit asas
ke dalam cecair dan jangan mencuci di
dalam mesin basuh pinggan mangkuk.
W
Risiko kecederaan
–
Jangan sentuh bilah pemarut / bilah di
lantai penapis.
–
Untuk membersihkannya, gunakan berus.
Perhatian!
Jangan gunakan agen pembersih yang
melelas. Permukaan mungkin rosak.
■ Bersihkan penapis terlebih dahulu
dengan berus, kemudian cuci di bawah
air yang mengalir atau di dalam mesin
pencuci pinggan mangkuk. Perwarnaan
pada penapis dan bilah pemarut
seramik (cth. daripada lobak, ubi bit)
boleh dihilangkan dengan mudah
menggunakan sedikit minyak tumbuhan.
■ Lap unit motor dengan kain lembap,
jika perlu gunakan sedikit agen
pembilas. Keringkan unit motor dengan
serta-merta.
■ Semua bahagian lain sesuai untuk
mesin pencuci pinggan mangkuk.
Perwarnaan pada bahagian plastik (cth.
daripada lobak, ubi bit) boleh dihilangkan
dengan mudah menggunakan sedikit
minyak tumbuhan. Akhir sekali, masukkan
bahagian ke dalam mesin pencuci pinggan
mangkuk (selagi sesuai)
Menukar penapis
Tukar penapis jika ia menunjukkan tanda
lelas atau rosak, bagi mengelakkan
sebarang risiko pecah. Jika kerap
digunakan, penapis perlu ditukar selepas
lebih kurang 5 tahun.
Nasihat penting
Penapis boleh dipesan melalui khidmat
pelanggan (no. item 00754210).
Resipi
Yogurt Smoothie Tembikai
(Untuk 4 hidangan)
–
200 g yogurt asli
–
2 cubit biji vanila
–
2 sudu besar madu, secukup rasa
–
400 g isi buah tembikai, tanpa kulit
dan biji
■ Kacau yogurt dengan biji vanila dan
madu dengan sekata dan masukkan ke
dalam gelas tinggi.
■ Potong isi tembikai mengikut
kesesuaian dan perah.
■ Tuang ke atas yogurt dan jika perlu,
hidangkan dengan sepotong tembikai
sebagai hiasan
Minuman Timun Kefir
(Untuk 4 hidangan)
–
2 biji timun
–
800 g kefir
–
200 g yogurt
–
2 sudu kecil minyak zaitun
–
2 sudu besar jus lemon
–
4 sudu besar dil yang dicincang halus
–
Garam
–
Lada yang telah dikisar
■ Basuh dan cuci timun, kemudian potong
kepada empat cakera memanjang
menggunakan pengupas.
■ Peras lebihan timun.
■ Kemudian campur jus dengan kefir,
yogurt, minyak dan jus lemon.
■ Kemudian masukkan dil dan kacau, dan
masukkan garam dan lada ke dalam
minuman secukup rasa.
■ Cucuk jalur timun secara beralun ke
lidi kayu. Masukkan minuman ke dalam
gelas dan letakkan lidi dengan timun di
atasnya.
Содержание MES4000GB
Страница 2: ...en English 3 ms Bahasa Melayu 10 zh 简体中文 17 ar العربية 27 ...
Страница 31: ......
Страница 33: ......
Страница 34: ......
Страница 35: ......