![TEFAL RK6011TH Manual Download Page 38](http://html1.mh-extra.com/html/tefal/rk6011th/rk6011th_manual_1075047038.webp)
40
LINDUNGI ALAM SEKITAR
• Perkakas anda direka bentuk untuk bertahan selama beberapa
tahun. Bagaimanapun, apabila anda membuat keputusan untuk
menggantinya, ingat untuk fikirkan cara agar anda boleh menyumbang
bagi melindungi alam sekitar.
• Sebelum melupuskan perkakas anda, anda perlu mengeluarkan bateri
dari pemasa dan melupuskannya di pusat kutipan sisa masyarakat
tempatan (mengikut model).
Utamakan perlindungan alam sekitar !
Perkakas anda mengandungi bahan bernilai yang boleh dipulihkan
atau dikitar semula.
Tinggalkannya di stesen kutipan sisa masyarakat tempatan.
• Jangan keluarkan mangkuk semasa perkakas sedang berfungsi.
• Jangan letakkan perkakas secara terus atas permukaan panas, atau
sebarang sumber haba atau nyalaan yang lain, kerana ia akan
menyebabkan kegagalan atau membahayakan.
• Mangkuk dan plat pemanas perlu bersentuhan secara terus. Sebarang
objek atau makanan yang dimasukkan di antara dua bahagian ini akan
mengganggu pengendalian yang betul.
• Jangan letakkan perkakas berdekatan dengan sumber haba atau dalam
ketuhar panas, kerana kerosakan serius mungkin berlaku.
• Jangan letakkan sebarang makanan atau air ke dalam perkakas
sehingga mangkuk dimasukkan
• Ikuti tahap yang dinyatakan dalam resipi.
• Sekiranya mana-mana bahagian perkakas terbakar, jangan cuba untuk
memadamnya menggunakan air. Untuk memadam nyalaan gunakan
pengelap pinggan mangkuk yang lembap.
• Sebarang intervensi perlu dibuat hanya oleh pusat servis dengan alat
ganti tulen.
• Perkakas ini direka bentuk untuk kegunaan domestik sahaja. Sekiranya
digunakan untuk kegunaan profesional, kegunaan tidak wajar atau
kegagalan untuk mematuhi arahan, pengilang tidak bertanggungjawab
dan jaminan tidak terpakai.