![TEFAL Rice Xpress IH Manual Download Page 18](http://html.mh-extra.com/html/tefal/rice-xpress-ih/rice-xpress-ih_manual_1075038018.webp)
35
34
MY
• Awas: permukaan elemen pemanasan tertakluk
pada sisa haba selepas digunakan.
• Awas: terdapat risiko disebabkan oleh penggunaan
alat perkakas.
• Awas: jika alat perkakas anda mempunyai kord
kuasa boleh tanggal, jangan tumpahkan cecair
pada penyambung.
• Selalu cabut alat perkakas daripada soket:
– selepas digunakan
– apabila menggerakkannya
– sebelum membasuh atau penyelenggaraan
– jika ia gagal untuk berfungsi dengan betul
• Lecur mungkin berlaku dengan memegang
permukaan panas pada alat perkakas, air panas,
stim atau makanan.
• Ketika memasak, alat perkakas akan mengeluarkan
haba dan wap. Jauhi dari muka dan tangan.
• Jangan menghalang saluran keluar wap.
• Untuk sebarang masalah atau pertanyaan, sila
hubungi perkhidmatan pelanggan kami atau
rujuk kepada tapak web kami.
• Alat perkakas boleh digunakan sehingga
ketinggian altitud 2000 m.
PENGGUNAAN
• Guna permukaan yang rata, penebat haba yang jauh dari percikan air.
• Jangan biarkan tapak alat perkakas bersentuhan dengan air.
• Jangan cuba menggunakan alat perkakas apabila periuk kosong atau
tanpa periuk.
• Fungsi/tombol memasak harus dibenarkan untuk beroperasi dengan
bebas. Jangan mencegah atau menghalang fungsi daripada bertukar
secara automatik kepada fungsi kekal panas.
• Jangan keluarkan periuk ketika alat perkakas sedang berfungsi.
• Jangan letak alat perkakas terus kepada permukaan panas atau lain-lain
sumber haba atau api, ia boleh menyebabkan kegagalan atau bahaya.
SAMBUNG KEPADA SUMBER KUASA
• Jangan gunakan alat perkakas jika:
– alat perkakas atau kord rosak
– alat perkakas telah jatuh atau menunjukkan kerosakan atau tidak
berfungsi dengan baik
– Jika berlaku perkara di atas, alat perkakas harus dihantar ke pusat
perkhidmatan yang diperakui. Jangan buka alat perkakas sendiri.
• Jangan biar kord tergantung.
• Selalu pasang alat perkakas ke dalam soket bumi.
• Jangan gunakan kepala sambungan. Jika anda menerima
tanggungjawab untuk berbuat demikian, hanya gunakan wayar
penyambung yang dalam keadaan berfungsi, mempunyai palam yang
dibumikan dan sesuai dengan kuasa alat perkakas.
• Jangan cabut alat perkakas dengan menarik kord.
• Untuk keselamatan anda, alat perkakas ini mematuhi peraturan
keselamatan dan arahan yang berkuatkuasa ketika dikilang (Arahan
Voltan-rendah, Kesesuaian Elektromagnet, Peraturan Bahan Sentuhan
Makanan, Persekitaran...).
• Pastikan bahawa voltan sumber kuasa adalah bersesuaian dengan
yang tertera pada alat perkakas (arus ulang-alik).
• Disebabkan terdapat pelbagai tahap standard, jika alat perkakas
digunakan di negara selain tempat ia dibeli, semak dengan pusat
perkhidmatan yang diperakui.
Summary of Contents for Rice Xpress IH
Page 1: ...Rice Xpress IH www tefal com EN ZH MY ...
Page 26: ......
Page 27: ...EN p 5 18 p p 19 30 MY p 31 45 1520009953 02 EN ZH MY ...