![TEFAL FUZZY ELECTRONIC RK703170 Manual Download Page 46](http://html1.mh-extra.com/html/tefal/fuzzy-electronic-rk703170/fuzzy-electronic-rk703170_manual_1075028046.webp)
• Peralatan ini bukan untuk digunakan oleh orang (termasuk kanak-kanak) yang kurang
keupayaan fizikal, deria atau mental, atau kurang pengalaman dan pengetahuan, kecuali
mereka telah diberikan pengawasan atau arahan mengenai penggunaan peralatan oleh orang
yang bertanggungjawab ke atas keselamatan mereka.
• Kanak-kanak hendaklah diawasi untuk memastikan yang mereka tidak bermain dengan peralatan.
• Lecuran boleh berlaku jika permukaan peralatan yang panas, air panas, wap atau makanan
panas disentuh.
• Jangan cuba untuk mengendalikan peralatan apabila mangkuknya kosong atau tanpa mangkuk.
• Fungsi/tombol memasak perlu dibiarkan beroperasi sendiri. Jangan halang atau ganggu
fungsinya daripada bertukar secara otomatik kepada fungsi kekal hangat.
• Jangan alihkan mangkuk semasa peralatan sedang digunakan.
• Jangan letakkan peralatan secara terus di atas permukaan yang panas, atau apa-apa sumber
haba atau api yang lain, kerana ia akan menyebabkan kegagalan fungsi atau bahaya.
• Mangkuk dan plat pemanas hendaklah bersentuhan secara terus. Sebarang objek atau makanan
yang dimasukkan di antara kedua-dua bahagian ini akan dikendalikan dengan betul.
• Jangan masukkan apa-apa makanan atau air ke dalam peralatan sehingga mangkuk diletakkan
di kedudukan yang betul.
• Patuhi tahap yang ditunjukkan dalam resipi.
• Semasa memasak, peralatan akan mengeluarkan haba dan wap. Jauhkan wajah dan tangan
anda. Jangan dekatkan wajah dan tangan dengan saluran keluar wap. Jangan halang saluran
keluar wap.
• Jangan rendam badan peralatan dalam air ataupun mencurahkan air ke dalamnya. Air hanya
boleh dimasukkan ke dalam mangkuk.
• Jika mana-mana bahagian peralatan anda terbakar, jangan padamkannya dengan air. Untuk
memadamkan api, gunakan tuala kecil yang basah.
• Sebarang penukaran peralatan ganti hanya harus dilakukan oleh pusat servis dengan
menggunakan peralatan ganti yang asli.
•
Jika peralatan anda dilengkapi dengan kord kuasa yang boleh ditanggalkan:
jika kord
kuasa rosak, ia mesti digantikan dengan kord khas atau unit yang boleh didapati dari pusat
servis Tefal yang bertauliah.
•
Jika peralatan anda dilengkapi dengan kord kuasa yang kekal:
jika kord bekalan kuasa
rosak, ia mesti digantikan oleh pusat servis Tefal yang bertauliah atau orang yang berkelayakan
untuk mengelakkan sebarang bahaya.
Melindungi alam sekitar
• Peralatan anda telah direka untuk tahan selama beberapa tahun. Walau bagaimanapun,
apabila anda membuat keputusan untuk menukarnya, fikirkan bagaimana anda boleh
menyumbang kepada perlindungan alam sekitar.
• Sebelum membuang peralatan anda, anda harus mengeluarkan bateri daripada penentu masa
dan lupuskannya di pusat pengumpulan sampah sivik tempatan (mengikut model).
Perlindungan alam sekitar terlebih dulu !
i
Peralatan anda mengandungi bahan berharga yang boleh didapati semuka atau dikitar
semula.
‹
Tinggalkannya di tempat pengumpulan sampah sivik tempatan.
EN
ZH
TH
MS
40
Rice Cooker Fuzy Electronic_Mise en page 1 17/08/11 07:47 Page40
Summary of Contents for FUZZY ELECTRONIC RK703170
Page 21: ...15 Rice Cooker Fuzy Electronic_Mise en page 1 17 08 11 07 47 Page15...
Page 24: ...EN ZH TH MS 18 1 160 Fig 5 Rice Cooker Fuzy Electronic_Mise en page 1 17 08 11 07 47 Page18...
Page 27: ...21 Fig 9 Fig 10 2 2 15 14 5 b Rice Cooker Fuzy Electronic_Mise en page 1 17 08 11 07 47 Page21...
Page 33: ...27 Rice Cooker Fuzy Electronic_Mise en page 1 17 08 11 07 47 Page27...
Page 34: ...i EN ZH TH MS 28 Rice Cooker Fuzy Electronic_Mise en page 1 17 08 11 07 47 Page28...
Page 36: ...EN ZH TH MS 30 160 Fig 5 Rice Cooker Fuzy Electronic_Mise en page 1 17 08 11 07 47 Page30...