
7
Sila baca dengan teliti panduan penggunaan dan langkah-langkah keselamatan sebelum
menggunakan alat ini dan simpan panduan penggunaan ini.
AMARAN
Untuk keselamatan anda, alat ini mematuhi piawaian dan peraturan yang berkaitan (Voltan
Rendah, Kesesuaian Elektromagnet, Persekitaran...).
Sebelum setiap penggunaan, pastikan alat, plag dan wayar berkeadaan baik.
Alat ini tidak sesuai digunakan oleh mereka (termasuk kanak-kanak) yang mempunyai
kekurangan secara fizikal, deria atau mental, atau mereka yang kurang pengalaman atau
pengetahuan, melainkan mereka telah mendapat pengawasan atau arahan berkenaan
penggunaan alat ini oleh orang yang bertanggungjawab terhadap keselamatan mereka.
Awasi kanak-kanak bagi memastikan mereka tidak bermain dengan alat ini.
Alat ini boleh digunakan oleh kanak-kanak berumur tidak kurang 8 tahun dan mereka yang
mempunyai kekurangan secara fizikal, deria atau mental, atau mereka yang kurang pengalaman
atau pengetahuan, jika mereka diawasi secara betul atau jika arahan berkenaan penggunaan
alat ini telah diberikan kepada mereka dan jika risiko-risiko berkaitan telah difahami. Kanak-
kanak tidak boleh bermain dengan alat ini. Pembersihan dan penyelenggaraan oleh pengguna
tidak boleh dilakukan oleh kanak-kanak tanpa pengawasan.
Awasi kanak-kanak bagi memastikan mereka tidak memasukkan jari melepasi jerjak
perlindungan.
Jangan gunakan alat anda di dalam bilik berdebu atau di dalam bilik yang mempunyai risiko
kebakaran.
Jangan tarik kabel kuasa atau kabel alat, walaupun untuk mencabut plag kuasa dari soket
dinding.
Buka gulungan wayar sepenuhnya sebelum setiap penggunaan.
Jika kabel kuasa rosak, ia perlu diganti oleh pengilang, perkhidmatan selepas jualan mereka atau
seorang yang mempunyai kelayakan serupa untuk mengelak bahaya.
Jangan gunakan alat anda berdekatan dengan objek dan produk yang mudah terbakar dan
secara umumnya, patuhi jarak minimum sebanyak 50 cm antara alat anda dan semua objek
(dinding, langsir, aerosol, dll...).
Alat ini hanya sesuai untuk kegunaan di rumah sahaja. Oleh itu ia tidak boleh digunakan untuk
aplikasi industri.
Jangan sentuh alat dengan tangan yang basah.
Jangan masukkan apa-apa objek ke dalam alat (cth: jarum...)
JAMINAN
Jaminan akan terbatal sekiranya kerosakan disebabkan oleh penggunaan yang tidak betul.
SANGAT PENTING
JANGAN SESEKALI BIARKAN AIR MASUK KE DALAM ALAT.
JANGAN SENTUH ALAT DENGAN TANGAN YANG BASAH.
Alat anda tidak mempunyai sistem perlepasan.
JANGAN PAKSA AYUNAN MENGGUNAKAN TANGAN
MS
VU6140_1800131497-01_CLASSIC_1800131497/01 24/12/13 11:45 Page7
Summary of Contents for CLASSIC VU6140
Page 2: ...2 B A 1 VU6140_1800131497 01_CLASSIC_1800131497 01 24 12 13 11 45 Page2...
Page 3: ...4 3 6 5 VU6140_1800131497 01_CLASSIC_1800131497 01 24 12 13 11 45 Page3...
Page 4: ...8 7 10 9 VU6140_1800131497 01_CLASSIC_1800131497 01 24 12 13 11 45 Page4...
Page 8: ...4 8 50 TH VU6140_1800131497 01_CLASSIC_1800131497 01 24 12 13 11 45 Page4...
Page 10: ...6 B B 1 2 3 B 1 2 3 TH VU6140_1800131497 01_CLASSIC_1800131497 01 24 12 13 11 45 Page6...