MY
9
MY
• Bilangan imej di atas berkenaan apabila pek bateri tercas sepenuhnya. Bilangan
imej mungkin berkurangan bergantung pada keadaan penggunaan.
• Bilangan imej yang boleh dirakam adalah untuk dirakam dalam keadaan berikut:
– Menggunakan Sony “Memory Stick PRO Duo” (Mark2) (dijual berasingan)
– Pek bateri digunakan pada suhu ambien 25°C.
• Bilangan untuk “Merakam (imej pegun)” adalah berdasarkan piawaian CIPA, dan
adalah untuk rakaman dalam keadaan yang berikut:
(CIPA: Camera & Imaging Products Association)
– DISP (Seting Paparan) disetkan pada [HIDUP].
– Mengambil gambar sekali setiap 30 saat.
– Zum ditukar berselang seli antara hujung-hujung W dan T.
– Strob berkelip sekali setiap dua kali.
– Kuasa hidup dan mati sekali setiap sepuluh kali.
• Hayat bateri untuk wayang adalah berkenaan apabila dirakam dalam keadaan yang
berikut:
– Kualiti wayang: AVCHD HQ
– Jika rakaman berterusan terhenti disebabkan oleh had yang ditetapkan (muka
surat 19), tekan butang MOVIE (Wayang) sekali lagi dan teruskan merakam.
Fungsi rakaman seperti zum tidak beroperasi.
x
Membekalkan kuasa
Kamera boleh dibekalkan dengan kuasa dari salur keluar dinding dengan
menyambungkan Penyesuai AU, menggunakan kabel USB terminal berbilang
guna (yang dibekalkan).
Anda boleh mengimport imej ke komputer tanpa bimbang tentang pek bateri
kehabisan kuasa dengan menyambungkan kamera ke komputer menggunakan
kabel USB terminal berbilang guna.
• Kuasa tidak boleh dibekalkan jika pek bateri tidak dimasukkan dalam kamera.
• Bekalan kuasa dari salur keluar dinding hanya tersedia apabila kamera berada
dalam mod main balik atau apabila sambungan dibuat antara kamera dengan
komputer. Jika kamera berada dalam mod rakaman atau semasa anda menukar
pengesetan kamera, kuasa tidak dibekalkan walaupun anda membuat sambungan
USB menggunakan kabel USB terminal berbilang guna.
• Jika anda menyambungkan kamera dengan komputer menggunakan kabel USB
terminal berbilang guna semasa kamera berada dalam mod rakaman, paparan pada
kamera berubah dari skrin main balik kepada skrin sambungan USB. Tekan
butang
(Main balik) untuk beralih kepada skrin main balik.
Perhatian
Perhatian
Summary of Contents for Cybershot,cyber-shot dsc-wx10
Page 29: ...GB 29 GB ...
Page 51: ...CT 23 CT ...
Page 121: ...ID 25 ID ...
Page 149: ...TH 29 TH ...
Page 150: ...TH 30 ...
Page 151: ...TH 31 TH ...
Page 175: ...AR 25 AR ...
Page 199: ...PR 25 PR ...