M-4
MALA
YSIA
AMARAN BERKAITAN OPERASI :
• J
angan sentuh bahagian logam pada penyesuai kereta (atau pada soket
aksesori).
(Bahagian logam penyesuai kereta mungkin panas sejurus selepas kereta
berhenti, dan boleh menyebabkan lecur jika disentuh.)
• Jangan gunakan unit dalam pemegang cawan yang boleh didapati secara
komersial, pada permukaan bergoyang atau tidak rata atau di tempat lain yang
tidak stabil. (Unit boleh jatuh, menyebabkan kecederaan atau kerosakan.)
• Keluarkan unit dari kereta apabila menggunakan pewasapan bilik jenis racun
serangga atau penyahbau. Jika tidak, bahan kimia boleh masuk ke dalam
unit dan kemudiannya dikeluarkan dari salur keluar udara yang mungkin akan
menjejaskan kesihatan anda.
• Jika unit berisiko terkeluar dari pemegang cawan (semasa memandu di atas
jalan yang tidak rata, berbonggol, dll.), perlahankan kenderaan atau keluarkan
unit dari pemegang cawan terlebih dahulu. (Kegagalan melakukan sedemikian
boleh menyebabkan kecederaan atau kerosakan pada unit.)
• Jangan gunakan item daripada produk berasaskan silikon* berhampiran
dengan unit.
Bahan
fl
uororesin atau silikon boleh tersumbat di dalam produk, menghalangnya
daripada mengeluarkan ion Plasmacluster.
Jika perkara ini berlaku, buang habuk daripada bahagian elektrod Unit Penjana
Ion Plasmacluster. (Lihat M-10)
*Produk penjagaan rambut (rambut bercabang, rambut tidak terurus, rawatan
rambut, dll.),
kosmetik, antipeluh, agen antistatik, penyembur kalis air, pengilat, pembersih
kaca, bahan kimia pada baju, lilin, dll.
IG-GC2_MY.indd 4
IG-GC2_MY.indd 4
6/13/2559 BE 6:32 PM
6/13/2559 BE 6:32 PM