![Samsung WD8122CVB User Manual Download Page 56](http://html.mh-extra.com/html/samsung/wd8122cvb/wd8122cvb_user-manual_1197624056.webp)
20_
membasuh sebeban kain kotor
Kunci Keselamatan Kanak-Kanak
Fungsi Kunci Keselamatan Kanak-Kanak membolehkan anda
mengunci butang-butang supaya kitaran basuh yang anda
telah pilih tidak boleh diubah.
Mengaktifkan/Menyahaktifkan
Jika anda mahu mengaktifkan atau menyahaktifkan fungsi
Kunci Keselamatan Kanak-Kanak, tekan butang
Temp. (Suhu)
dan
Rinse (Bilas)
pada masa yang sama
selama 3 saat. “
Kunci Keselamatan Kanak-Kanak
” akan
bernyala apabila ciri ini diaktifkan.
Apabila fungsi Kunci Keselamatan Kanak-Kanak
diaktifkan, hanya butang
Power (Kuasa)
yang berfungsi.
Fungsi Kunci Keselamatan Kanak-Kanak tetap aktif
walaupun selepas kuasa dihidupkan dan dimatikan atau
selepas memutuskan sambungan dan menyambungkan
semula kord kuasa.
Tunda tamat
Anda boleh melaras mesin basuh untuk menghabiskan pembasuhan anda secara automatik
pada lain kali, dengan memilih penundaan sehingga 19 jam (dalam penambahan-penambahan 1
jam). Jam yang dipaparkan menunjukkan masa apabila kitaran akan selesai.
1.
Laraskan mesin basuh anda secara manual atau automatik menurut jenis kain yang hendak
anda basuh.
2.
Tekan butang
Delay End (Tunda Tamat)
berulang kali sehingga masa tundaan dilaraskan.
3.
Tekan butang
Start/Pause (Mula/Berhenti Sebentar)
. Penunjuk “
Tunda Tamat
” akan
bernyala, dan jam akan mula mengira undur sehingga ia mencapai masa yang ditetapkan.
4.
Untuk membatalkan fungsi Tunda Tamat, tekan butang
Power (Kuasa)
dan kemudian
hidupkan mesin basuh semula.
Berhenti&Tambah
Apabila mesin basuh sedang berfungsi, pintu akan dikunci, dan lampu “Berhenti&Tambah”
dimatikan, anda tidak akan dapat menambah kain. Anda hanya boleh menambah kain apabila
lampu Berhenti&Tambah dinyalakan.
1.
Tekan butang
Stop&Add (Berhenti&Tambah)
.
Mesin basuh akan berhenti sebentar secara automatik.
2.
Tunggu sekitar 30 saat dan periksa keadaan lampu “Berhenti&Tambah”.
•
Berkelip: Air di dalam mesin basuh disalirkan ke bawah ke paras yang selamat untuk kain
tambahan dimasukkan.
•
Mati: Boleh menambah kain.
3.
Tambahkan kain.
4.
Tekan butang
Start/Pause (Mula/Berhenti Sebentar)
.
• Elakkan menambah kain apabila mesin telah berbuih atau penuh dengan air. Jika tidak,
buih atau air boleh bocor dari pintu. Periksa sebelum membuka pintu.
• Kami mengesyorkan agar anda memilih fungsi Berhenti&Tambah 5 minit sebelum satu
kitaran dilaksanakan.
• Jika suhu dalaman lebih tinggi daripada 55 °C semasa kitaran basuh atau 70 °C semasa
kitaran mengering, fungsi Berhenti&Tambah tidak boleh dipilih.
• Jangan buka pintu secara paksa kerana ini boleh mengakibatkan kecederaan atau
kerosakan pada pembasuh.
membasuh sebeban kain kotor
3 SAAT
WARNING
WD8122CVB-02574C_MA.indd 20
2008-06-09 ¿ÀÈÄ 3:57:14
Summary of Contents for WD8122CVB
Page 34: ...memo WD8122CVB 02574C_EN indd 34 2008 06 05 ÀÈÄ 2 09 53 ...
Page 35: ...memo WD8122CVB 02574C_EN indd 35 2008 06 05 ÀÈÄ 2 09 54 ...
Page 70: ...memo WD8122CVB 02574C_MA indd 34 2008 06 09 ÀÈÄ 3 57 27 ...
Page 71: ...memo WD8122CVB 02574C_MA indd 35 2008 06 09 ÀÈÄ 3 57 27 ...
Page 106: ...备忘录 WD8122CVB 02574C_SC indd 34 2008 06 05 ÀÈÄ 6 16 20 ...
Page 107: ...备忘录 WD8122CVB 02574C_SC indd 35 2008 06 05 ÀÈÄ 6 16 20 ...
Page 142: ...bản ghi nhớ WD8122CVB 02574C_VN indd 34 2008 06 05 ÀÈÄ 6 20 50 ...
Page 143: ...bản ghi nhớ WD8122CVB 02574C_VN indd 35 2008 06 05 ÀÈÄ 6 20 50 ...