
7
MALA
Y
Jangan sentuh palam kuasa dengan tangan yang basah.
Semasa ketuhar sedang digunakan, jangan matikannya dengan mencabut kord
kuasa.
Jangan masukkan jari atau bahan asing. Jika bahan asing memasuki ketuhar,
cabut palam kord kuasa dan hubungi pusat perkhidmatan Samsung tempatan.
Jangan kenakan tekanan atau hentaman berlebihan pada alat.
Jangan letakkan ketuhar pada objek yang rapuh.
Pastikan voltan kuasa, frekuensi dan litar sepadan dengan pengelasan produk.
Pasang palam kuasa pada soket dinding dengan kukuh. Jangan gunakan
penyesuai berbilang palam, kord pemanjang atau pengubah elektrik.
Jangan cangkuk kord kuasa pada objek logam. Pastikan kord berada di antara
objek atau di belakang ketuhar.
Jangan gunakan palam kuasa yang rosak, kord kuasa yang rosak atau soket
dinding yang longgar. Untuk palam kuasa atau kord yang rosak, hubungi pusat
perkhidmatan Samsung tempatan.
Jangan tuang atau sembur air pada ketuhar.
Jangan letakkan objek atas ketuhar, di dalam atau di pintu ketuhar.
Jangan semburkan bahan meruap seperti ubat serangga pada ketuhar.
Jangan simpan bahan-bahan mudah terbakar di dalam ketuhar. Disebabkan
oleh wap alkohol boleh menyentuh bahagian panas ketuhar, berjaga-jaga
semasa memanaskan makanan atau minuman yang mengandungi alkohol.
Kanak-kanak mungkin terlanggar sesama sendiri atau tersepit jari di pintu.
Semasa membuka/menutup pintu, jauhi dari kanak-kanak.
Amaran gelombang mikro
Memanaskan minuman menggunakan gelombang mikro boleh mengakibatkan
pendidihan meluap tertunda; sentiasa berhati-hati apabila memegang bekas.
Sentiasa biarkan minuman selama sekurang-kurangnya 20 saat sebelum
memegangnya. Jika perlu, kacau semasa pemanasan. Sentiasa kacau selepas
pemanasan.
Sekiranya kulit anda melecur, ikut arahan PERTOLONGAN CEMAS ini:
1.
Rendam bahagian yang melecur dalam air sejuk selama sekurang-
kurangnya 10 minit.
2.
Balut dengan pembalut yang bersih dan kering.
3.
Jangan sapu sebarang krim, minyak atau losen.
Untuk mengelakkan kerosakan tray atau rak, jangan letakkan tray atau rak
dalam air sebaik sahaja selepas memasak.
Jangan kendalikan ketuhar untuk menggoreng dengan minyak yang banyak
kerana suhu minyak tidak boleh dikawal. Ini boleh menyebabkan cecair yang
panas itu mendidih berlebihan.
Langkah berjaga-jaga ketuhar gelombang mikro
Hanya gunakan peralatan selamat untuk gelombang mikro. Jangan gunakan
bekas metalik, set makan malam diperbuat daripada emas atau perak,
pencucuk, dll.
Betulkan ikatan berpintal wayar. Pengarkan elektrik boleh berlaku.
Jangan gunakan ketuhar untuk mengeringkan kertas atau kain.
Gunakan masa yang lebih singkat untuk makanan yang sedikit bagi
mengelakkan pemanasan berlebihan dan menghanguskan makanan.
Pastikan kord kuasa dan palam kuasa jauh dari sumber air dan pemanasan.
Untuk mengelakkan risiko letupan, jangan panaskan telur dengan kulit atau
telur separuh masak. Jangan panaskan bekas kedap udara atau ditutup vakum,
kacang, tomato dll.
Jangan tutup lubang-lubang alur pengalihan udara dengan kain atau
kertas. Ini bahaya kebakaran. Ketuhar juga boleh menjadi terlalu panas dan
dimatikan secara automatik, dan akan kekal dimatikan sehingga ia telah sejuk
secukupnya.
Sentiasa gunakan sarung tangan untuk ketuhar semasa mengeluarkan
makanan.
Kacau cecair separuh masa semasa memanas atau selepas pemanasan tamat
dan biarkan cecair sekurang-sekurangnya 20 saat selepas pemanasan untuk
mencegah didihan yang membuak-buak.
Berdiri sejauh kira-kira dua kaki dari ketuhar apabila membuka pintunya
untuk mengelakkan melecur disebabkan udara atau wap panas yang keluar.
Jangan kendalikan ketuhar semasa ia kosong. Ketuhar akan dimatikan secara
automatik selama 30 minit untuk tujuan keselamatan. Kami menyarankan
meletakkan segelas air di dalam ketuhar sepanjang masa untuk menyerap
gelombang mikro jika ketuhar dihidupkan secara tidak sengaja.
Pasang ketuhar dengan mematuhi kelulusan yang dinyatakan di dalam manual
ini. (Lihat memasang ketuhar gelombang mikro anda.)
Berhati-hati semasa menyambung peralatan elektrik lain pada soket
berhampiran ketuhar.
Langkah berjaga-jaga pengendalian gelombang mikro
Kegagalan mematuhi langkah-langkah keselamatan berikut boleh
mengakibatkan pendedahan kepada tenaga gelombang mikro yang
memudaratkan.
• Jangan kendalikan ketuhar dengan pintu terbuka. Jangan ubah saling
kunci keselamatan (selak pintu). Jangan masukkan apa jua ke dalam
lubang saling kunci keselamatan.
• Jangan letakkan sebarang objek di antara pintu ketuhar dengan
GE83K-1_XSP_DE68-04283C-00_MS.indd 7
10/29/2015 12:59:17 PM
Summary of Contents for GE83K
Page 30: ...30 MALAY MEMO MEMO GE83K 1_XSP_DE68 04283C 00_MS indd 30 10 29 2015 12 59 25 PM ...
Page 31: ...31 MALAY MEMO MEMO GE83K 1_XSP_DE68 04283C 00_MS indd 31 10 29 2015 12 59 25 PM ...
Page 62: ...30 简体中文 备忘录 备忘录 GE83K 1_XSP_DE68 04283C 00_ZH indd 30 10 29 2015 12 55 49 PM ...
Page 63: ...31 简体中文 备忘录 备忘录 GE83K 1_XSP_DE68 04283C 00_ZH indd 31 10 29 2015 12 55 49 PM ...
Page 94: ...30 ENGLISH MEMO MEMO GE83K 1_XSP_DE68 04283C 00_EN indd 30 10 29 2015 12 58 14 PM ...
Page 95: ...31 ENGLISH MEMO MEMO GE83K 1_XSP_DE68 04283C 00_EN indd 31 10 29 2015 12 58 14 PM ...