17
Awas
- Sambungkan perkakas hanya kepada soket dinding yang dibumikan.
- Sentiasa letakkan dan gunakan perkakas di atas permukaan yang stabil,
rata dan mendatar. Jika anda gemar meletak seterika pada tumitnya,
pastikan anda meletakkannya pada permukaan yang stabil.
- Periksa kord sesalur kuasa secara tetap untuk mencari apa-apa
kerosakan.
- Buka lilitan kord sesalur kuasa sepenuhnya sebelum anda masukkan plag
ke dalam soket dinding.
- Bahagian plat tapak seterika boleh menjadi amat panas dan mungkin
menyebabkan kelecuran jika tersentuh.
- Apabila anda selesai menyeterika, semasa anda membersihkan perkakas,
apabila anda meninggalkan seterika walaupun buat seketika dan semasa
mengisi air: letakkan seterika pada kedudukan mendatar atau di atas
tumitnya pada permukaan yang stabil dan tanggalkan plag sesalur kuasa
dari soket dinding.
- Jangan masukkan minyak wangi, cuka, kanji, agen penanggal kerak, bahan
bantu penyeterikaan atau bahan kimia lain ke dalam tangki air.
- Perkakas ini dimaksudkan untuk penggunaan di dalam rumah sahaja.
Medan elektromagnet (EMF)
Perkakas Philips ini mematuhi semua standard berkenaan medan
elektromagnet (EMF). Jika perkakas ini dikendalikan dengan betul
dan mengikut arahan dalam manual pengguna ini, ia selamat untuk
digunakan berdasarkan bukti saintifik yang terdapat pada hari ini.
Pelupusan
- Jangan buang perkakas dengan sampah rumah yang biasa pada akhir
hayatnya, sebaliknya serahkan ke pusat pungutan rasmi untuk dikitar
semula. Dengan berbuat demikian, anda membantu memelihara alam
sekitar.
- Untuk membolehkan kitaran semula, bahagian plastik yang digunakan
untuk perkakas ini telah dikodkan. Pembungkus kadbod dibuat dengan
90% bahan kitar semula dan boleh dikitar semula sepenuhnya.
Pengenalan
Terima kasih kerana membeli parkakas Philips ini.
- Seterika stim Philips PerfectCare Xpress baru menawarkan cara inovatif
untuk menyeterika pakaian anda. Kita sedar akan kerunsingan dengan
seterika tradisional: memilih suhu yang betul untuk fabrik yang kasar dan
halus, menunggu seterika memanas dan menyejuk untuk mengelakkan
risiko pakaian rosak dengan seterika terlalu panas. Semua kesukaran ini
telah berlalu dengan seterika stim Philips PerfectCare Xpress baru.
- Pada dasarnya, kedutan dihilangkan dengan memindahkan haba pada
fabrik. Mengikut sejarah, ini dilakukan dengan plat tapak yang sangat
panas. Kemudian stim ditambahkan untuk menggalakkan peralihan
haba dan menjadikan kerja menyeterika lebih pantas. Kajian kami
mengesahkan bahawa cara terbaik untuk menghilangkan kedutan
dengan berkesan adalah dengan kombinasi stim yang terlalu kuat dan
suhu plat tapak yang optimum. Kunci untuk menghilangkan kedutan
dengan berkesan ialah stim dan bukannya suhu plat tapak. Suhu plat
tapak perlukan suhu lebih tinggi sedikit daripada suhu stim untuk
menghilangkan sebarang kelembapan. Inilah suhu optimum.
Bahasa MElayu
Bahasa MElayu
17
Summary of Contents for PerfectCare Xpress GC5000 series
Page 1: ...GC5000 series User manual 用户手册 ...
Page 2: ......
Page 3: ...1 ...
Page 4: ......
Page 5: ...GC5000 series English 6 Bahasa Melayu 16 繁體中文 27 简体中文 37 ...
Page 51: ......
Page 52: ......
Page 53: ......
Page 54: ...4239 000 8080 2 ...