- Perkakas ini tidak dimaksudkan untuk digunakan oleh orang (termasuk kanak-kanak) yang kurang
upaya dari segi fizikal, deria atau mental, atau kurang berpengalaman dan pengetahuan, kecuali
mereka telah diberi pengawasan atau arahan berkenaan penggunaan perkakas ini oleh orang
yang bertanggungjawab atas keselamatan mereka.
- Kanak-kanak hendaklah diawasi untuk memastikan bahawa mereka tidak bermain dengan
perkakas ini.
- Jangan biarkan kord sesalur kuasa dan hos bekalan bersentuhan dengan plat tapak seterika
yang panas.
- Jika stim keluar dari bawah tukup bilas Pembersihan Kerak semasa perkakas menjadi panas,
matikan perkakas dan ketatkan tukup bilas Pembersihan Kerak. Jika stim terus keluar semasa
perkakas menjadi panas, matikan perkakas dan hubungi pusat servis yang diluluskan oleh Philips.
- Jangan sekali-kali tanggalkan tukup bilas Pembersihan Kerak apabila penjana stim panas.
- Jangan gunakan tukup lain pada penjana stim selain daripada tukup bilas Pembersihan Kerak yang
telah dibekalkan bersama perkakas ini, kerana tukup ini juga berfungsi sebagai injap keselamatan.
awas
- Sambungkan perkakas hanya ke soket dinding yang terbumi.
- Periksa kord dan hos bekalan dengan kerap untuk mencari apa-apa kerosakan.
- Sentiasa letak dan gunakan seterika dan penjana stim pada permukaan yang stabil, rata dan mendatar.
-
Bahagian plat tapak seterika boleh menjadi amat panas dan mungkin menyebabkan kelecuran jika
tersentuh.
- Selepas anda selesai menyeterika, semasa anda membersihkan perkakas, semasa anda mengisi
atau mengosongkan tangki air dan juga semasa anda membiarkan perkakas tanpa dijaga
walaupun sebentar: letakkan seterika di atas platform seterika, matikan perkakas dan cabut plag
sesalur kuasa daripada soket dinding.
-
Bilas penjana stim dengan tetap menurut arahan dalam bab ‘Membersih dan menyelenggara’.
- Perkakas ini dimaksudkan untuk penggunaan rumah tangga sahaja.
Medan elektromagnet (EMF)
Perkakas Philips ini mematuhi semua standard berkenaan medan elektromagnet (EMF). Jika perkakas
ini dikendalikan dengan betul dan mengikut arahan dalam manual pengguna ini, ia selamat untuk
digunakan berdasarkan bukti saintifik yang terdapat pada hari ini.
sebelum penggunaan pertama
Nota: Seterika mungkin mengeluarkan sedikit asap semasa anda menggunakannya pada kali pertama.
Ini adalah perkara biasa dan akan berhenti selepas beberapa ketika.
Nota: Sedikit empingan mungkin terkeluar dari plat tapak apabila anda menggunakan seterika buat kali
pertama. Ini adalah perkara biasa; empingan itu tidak membahayakan dan akan berhenti keluar dari
seterika selepas beberapa ketika.
Nota: Apabila anda menghidupkan perkakas, penjana stim mungkin menghasilkan bunyi mengepam. Ini
adalah perkara biasa; bunyi tersebut memberitahu anda bahawa air sedang dipam masuk ke dalam
penjana stim.
1
Menanggalkan pelekat atau kerajang pelindung dari plat tapak dan bersihkannya dengan kain
lembut.
Bersedia untuk menggunakan
1
Letakkan penjana stim di atas permukaan yang stabil dan rata, cthnya pada bahagian keras
papan menyeterika atau di atas meja (Gamb. 2).
Bahasa MElayu
31
Summary of Contents for EasyCare GC8328
Page 1: ...GC8351 GC8350 GC8340 GC8330 GC8328 EasyCare ...
Page 2: ......
Page 3: ...1 EasyCare ...
Page 4: ......
Page 68: ...68 ...
Page 69: ...69 ...
Page 70: ...70 ...
Page 71: ...71 ...
Page 72: ...72 ...
Page 73: ...73 ...
Page 74: ...74 ...
Page 75: ...75 ...
Page 76: ...76 ...
Page 77: ...77 ...
Page 78: ...78 ...
Page 79: ...79 ...
Page 80: ...80 ...
Page 81: ...81 ...
Page 82: ......
Page 83: ......
Page 84: ......
Page 85: ......
Page 86: ...2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 ...
Page 87: ......
Page 88: ...4239 000 7742 3 ...