31
Bahasa Melayu
Pengenalan
●
Jika anda mengesan kebocoran gas (seperti gas rumah), jangan sentuh peti sejuk dan buka
tingkap untuk pengudaraan di dapur.
●
Bahan pendingin mudah terbakar digunakan. Jika anda telah merosakkan litar penyejukan
(perpaipan), buka tingkap untuk pengudaraan di dapur dan hubungi wakil pengedar.
●
Kerja penyenggaraan hanya boleh dilakukan di bengkel oleh kakitangan penyenggaraan yang
terlatih.
(Jika tidak ia boleh menyebabkan kejutan elektrik, nyalaan api dan letupan.)
PERINGATAN
Menunjukkan risiko kecederaan atau kerosakan harta benda.
Ketika menyimpan makanan...
●
Jangan mengenakan impak tinggi pada dulang kaca.
(Jika tidak, dulang kaca tersebut boleh pecah dan mencederakan anda.)
●
Jangan membiarkan makanan terjulur dari rak kaca.
●
Jangan simpan bekas makanan di rak pintu jika ia tidak menyentuh bahagian bawah rak.
(Makanan mungkin terjatuh dan menyebabkan kecederaan.)
●
Jangan membekukan botol.
(Jika cecair dalam botol kaca membeku, botol mungkin pecah dan cecair boleh keluar.)
●
Jangan menyentuh makanan beku atau bekas (terutama logam), plat aluminium dengan tangan
yang basah.
(Jika tidak, anda boleh mengalami luka beku.)
●
Jangan makan makanan yang mempunyai bau pelik atau berubah warna.
(Makanan busuk boleh menyebabkan penyakit.)
Ketika membuka/menutup pintu...
●
Jangan buka/tutup pintu jika sesuatu tersentuh dengan peti sejuk.
●
Jangan masukkan jari anda pada rongga di bahagian sisi pintu petak peti
sejuk ketika membuka/menutup pintu.
●
Jangan buka/tutup petak Ais dan petak Pembekuan Segar (Fresh Freezing)
dengan memegang bahagian atas laci.
●
Jangan meletakkan kaki anda di bawah laci sebelah bawah.
(Jika tidak, jari-jari anda mungkin tersepit.)
●
Jangan membuka atau menutup pintu dengan kuat.
(Makanan mungkin terjatuh dan menyebabkan kecederaan.)
Ketika membersihkan...
●
Berhati-hati ketika anda memasukkan atau mengeluarkan rak kaca.
(Menjatuhkan dulang kaca boleh menyebabkan kerosakan dulang atau kecederaan akibat
lebam.)
●
Jangan menyentuh rel logam.
●
Jangan meletak tangan atau kaki di bawah bahagian bawah peti sejuk.
(Sisi panel logam boleh menyebabkan kecederaan.)
Ketika memindah atau mengangkut peti sejuk...
●
Betulkan kedudukan peti sejuk pada kaki boleh laras di atas lantai rata dan kuat.
(Jika tidak peti sejuk boleh bergoyang atau terbalik dan boleh menyebabkan
kecederaan.)
●
Guna lapik perlindungan, dll. untuk permukaan lantai yang mudah rosak.
●
Semasa mengangkut peti sejuk, pegang pemegang dan pindahkan dengan
bantuan sekurang-kurangya dua orang.
(Jika tidak, tangan anda mungkin terlepas dan menyebabkan kecederaan.)