3
Apabila menggunakan:
●
Jangan
rosakkan litar penyejukan (paip pada bahagian belakang).
●
Jangan
sentuh mesin pemampat atau paip, kawasan ini bersuhu tinggi.
●
Jangan
biarkan kanak-kanak bergayut pada pintu peti sejuk, ia boleh
terbalik dan menghempap kanak-kanak itu.
●
Jangan
letak sebarang bekas air di atas peti sejuk kerana tumpahan
air boleh menyebabkan kejutan elektrik atau pembakaran.
●
Jangan
letakkan pelbagai soket mudah alih atau bekalan mudah alih
di bahagian belakang perkakas.
●
Pastikan pembukaan pengudaraan peti sejuk luaran atau struktur
terbina dalam tidak terhalang.
●
Perkakas ini tidak bertujuan untuk digunakan oleh individu (termasuk kanak-kanak)
yang kekurangan kebolehan fizikal, deria atau mental, atau kurang pengalaman dan
pengetahuan, melainkan mereka diawasi atau diberi arahan berkenaan penggunaan
perkakas ini oleh individu yang bertanggungjawab ke atas keselamatan mereka.
●
Kanak-kanak hendaklah diawasi bagi memastikan mereka tidak
bermain dengan perkakas ini.
Memasang:
●
Betulkan peti sejuk untuk
mengelakkan bahaya akibat
ketidakseimbangan.
●
Apabila meletakkan perkakas,
pastikan kord bekalan tidak
terperangkap atau rosak.
●
Pastikan peti sejuk
dipasangkan ke soket yang
disambungkan dengan
sambungan pembumian.
AMARAN
Jika tidak, ia boleh
menyebabkan kebakaran,
kecederaan dan kejutan
elektrik.
Untuk palam dan kord kuasa:
●
Jangan
pasang atau cabut palam menggunakan tangan yang basah.
●
Jangan
biarkan kord atau palam rosak.
●
Cabut palam kuasa semasa membersihkan peti sejuk.
●
Pasangkan terus ke soket dinding dengan voltan terkadar arus terkadar
yang sesuai dan pasangkan palam sepenuhnya.
●
Khususkan satu soket untuk peti sejuk sahaja. Elakkan daripada menyambung
banyak perkakas kepada soket yang sama dan buka sepenuhnya gulungan kord.
●
Buang habuk yang terlekat pada palam kuasa dari semasa ke semasa.
●
Jika kord kuasa rosak, ia mesti diganti oleh pengilang, wakil servisnya,
Pusat Servis Panasonic yang Sah atau orang yang berkelayakan bagi
mengelakkan bahaya.
●
Jika anda mengesan bau terbakar, cabut palam kuasa dan alirkan udara di dapur.
●
Sila berhenti
menggunakan peti sejuk dengan serta-merta jika sesuatu yang luar
biasa atau kegagalan berlaku. Contoh sesuatu yang luar biasa dan kegagalan.
- Kord atau palam kuasa panas luar biasa.
- Kord kuasa ada kesan torehan yang dalam dan cacat bentuknya.
- Anda dapat rasakan arus elektrik yang berdenyut denyut.
Summary of Contents for inverter NR-BW530X
Page 12: ...Pengenalpastian Bahagian 23 24 12 ...
Page 48: ...各部名稱 23 12 ...
Page 84: ...3DUWV LGHQWL FDWLRQ 23 12 ...