MY2
Sila baca "langkah-langkah keselamatan" berikut dengan teliti sebelum menggunakan produk:
Untuk mengelakkan daripada berlakunya sebarang kecederaan kepada diri sendiri dan orang lain atau kerosakan harta benda, arahan
yang berikut hendaklah dipatuhi.
■
Penyalahgunaan disebabkan kegagalan untuk mematuhi arahan yang berikut akan menyebabkan kecederaan atau kerosakan.
Tahap keseriusannya boleh dibahagikan seperti yang berikut:
AMARAN
Penunjuk ini memberi
amaran tentang
kematian atau
kecederaan parah.
PERHATIAN
Penunjuk ini memberi
amaran tentang
kecederaan pengguna
atau kerosakan harta
benda.
■
Arahan yang perlu dipatuhi boleh dibahagikan kepada simbol-simbol yang berikut:
Simbol ini (dengan latar belakang putih)
menunjukkan perbuatan yang DILARANG.
Simbol ini (dengan latar belakang hitam) menunjukkan
perbuatan yang WAJIB DILAKUKAN.
LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN
Sila patuhi sepenuhnya
AMARAN
●
Jika Tuas Set Semula ELB tidak boleh berfungsi walaupun anda tolak ia ke atas atau Tuas Set Semula ELB terus
menggelongsor ke bawah semasa kendalian, jangan gunakan Unit tersebut dan sila hubungi wakil penjual dengan segera
untuk mengelakkan bahaya kepada pengguna seperti kerosakan kepada harta benda, kecederaan parah atau kematian.
Jangan mengikat Tuas Set Semula ELB secara paksa dengan pita pelekat dan sebagainya.
●
Jangan masukkan jari atau objek lain ke dalam Unit Pancuran Mandi Elekrik untuk mengelakkan bahaya fi zikal dan kejutan
elektrik.
●
Jangan menggantikan Kepala Pancuran, Hos Pancuran atau mana-mana bahagian Unit yang lain dengan alat gantian selain
daripada alat gantian asli.
Kepala Pancuran
Hos Pancuran
• Barangan dari model lain tidak sesuai dengan model ini dan boleh menyebabkan
perkara berbahaya berlaku kepada pengguna.
●
Jangan sembur air pada Unit, atau meletakkan tuala basah di atasnya bagi
Safe
Pump
+
-
U-Mode
Pump
Set
1
2
3
U-Memory
JET PUMP
U-Memory
Safe
Pump
+
-
U-Mode
Pump
Set
1
2
3
U-Memory
JET PUMP
U-Memory
mengelakkan dari bersentuh dengan bahagian hidup untuk menghalang dari
bahaya berasap, nyalaan api, kebakaran dan kejutan elektrik.
●
Hos logam / krom dan injap kawalan konduktif tidak boleh digunakan.
●
Produk ini tidak boleh digunakan untuk bekalan air yang boleh diminum.
●
Unit ini mesti dibumikan.
• Pembumian yang tidak sempurna boleh menyebabkan kejutan elektrik.
●
Jangan gunakan Unit ini sekiranya anda mendapati sebarang kerosakan atau keadaan luar biasa berlaku dan pastikan
Pemutus Litar Elektrik berada dalam keadaan "OFF".
(Risiko berasap / kebakaran / kejutan elektrik / melecur)
Contoh kerosakan / keadaan luar biasa:
• Tuas Set Semula ELB tidak boleh berfungsi walaupun anda tolak ia ke atas atau Tuas Set Semula ELB terus menggelongsor ke
bawah semasa kendalian. Sila rujuk ke bahagian no. 3. CARA-CARA MENGUJI di muka surat MY15.
• Bau sesuatu terbakar atau asap keluar semasa kendalian.
• Penutup Set / Penutup Belakang berubah bentuk atau panas yang luar biasa.
• Suhu air pancuran menjadi terlalu panas dan tidak dapat di kawal dengan menggunakan butang - dan + di Panel Kawalan.
→
Sila hubungi wakil penjual anda dengan segera untuk penyenggaraan / pembaikian.
●
Pastikan Pemutus Litar Elektrik (MCB) dimatikan sebelum penyelenggaraan untuk mengelakkan bahaya kejutan elektrik.
●
Semasa berlaku kilat / petir, matikan Pemutus Litar Elektrik terlebih dahulu untuk melindungi Unit Pancuran Mandi anda dari
sebarang kerosakan.
●
Pemeriksaan ke atas Pemutus Litar Bocor ke Bumi (ELB) terbina hendaklah dilakukan sebulan sekali untuk mengelakkan
bahaya kepada pengguna seperti kerosakan kepada harta benda, kecederaan parah atau kematian. Sila rujuk ke bahagian no.
3. CARA-CARA MENGUJI di muka surat MY15.
●
Setiap kali pancuran air dimulakan, periksa suhu air dengan tangan sebelum mandi.
●
Semasa Pancuran Air Mandi digunakan oleh golongan seperti kanak-kanak, orang tua, orang sakit dan
orang cacat anggota, orang yang mendampingi mereka adalah dinasihatkan supaya memeriksa suhu
pancuran dengan tangan dari semasa ke semasa.
●
Beri perhatian kepada suhu pancuran apabila mengurangkan pengaliran air.
• Suhu pancuran akan menjadi sangat panas sekiranya pengaliran air terlalu rendah.
●
Produk ini tidak boleh digunakan oleh pengguna (termasuk kanak-kanak) yang kurang upaya dari segi fi zikal atau mental,
atau kekurangan pengalaman dan pengetahuan, kecuali diberikan arahan atau panduan tentang produk oleh pihak yang
bertanggungjawab terhadap keselamatan mereka. Kanak-kanak hendaklah diawasi untuk memastikan bahawa mereka tidak
bermain dengan produk.
SEBELUM MENGGUNAKAN PANCURAN MANDI ELEKTRIK
Summary of Contents for DH-3UD1
Page 31: ......
Page 32: ...MEMO ...