32
MS
Baca arahan ini dengan teliti sebelum menggunakan mesin
kopi baru anda buat kali pertama. Simpankannya di tempat
yang anda dapat mencarinya dan rujuk kepadanya kelak.
Penggunaan mesin yang tidak sempurna melepaskan
Nespresso
dari apa-apa tanggungjawab.
• Jika berlaku kecemasan: tanggalkan palam dari soket
kuasa serta merta.
• Kanak-kanak dilarang menggunakan perkakas ini tanpa
diawasi dengan rapat oleh orang dewasa.
• Perkakas ini bukan untuk diguna oleh orang (termasuk
kanak-kanak) yang kurang upaya dari segi fizikal, deria atau
kemampuan mental atau kurang pengalaman dan pengetahuan
melainkan telah diberikan arahan atau diselia terlebih dahulu
mengenai penggunaan perkakas berkenaan oleh seorang yang
bertanggungjawab ke atas keselamatan mereka.
• Periksa sama ada voltan yang dinyatakan pada plat kadaran
sama dengan voltan bekalan anda.
• Gunakan hanya kord kuasa spesifik yang disertakan dengan
mesin, pasangkannya di bahagian bawah mesin seperti
yang dinyatakan dalam manual pengguna dan sambungkan
perkakas anda hanya kem soket kuasa yang terbumi.
Penggunaan sambungan yang tidak betul membatalkan
jaminan!
• Mesin anda dibuat untuk penggunaan dalaman sahaja.
• Tiub air panas dan aliran air panas dan kopi adalah sangat
panas. Elak dari terkena pada kulit. Bahaya terbakar/melecur!
• Sentiasa isikan tangki air dengan air yang boleh diminum.
• Kosongkan tangki air jika mesin kopi tidak akan digunakan
untuk jangka panjang (cuti dsbnya).
• Gantikan air di dalam tangki air sebelum mesin kopi digunakan
selepas hujung minggu atau bagi tempoh masa yang sama.
• Tanggalkan palam dari soket bekalan jika anda tidak akan
menggunakan mesin untuk tempoh yang berpanjangan (cuti).
Sebelum membersih dan membuat servis, tanggalkan palam
dari soket bekalan dan biarkan mesin menjadi sejuk. Jangan
tanggalkan palam dengan menarik kabel.
• Jangan gunakan mesin jika ia tidak berfungsi dengan baik atau
terdapat tanda kerosakan. Jika berlaku apa-apa kerosakan
sila laporkan di pusat selepas jualan
Nespresso
diiktiraf yang
terdekat dengan anda.
• Semua operasi selain penggunaan biasa, pembersihan dan
membuat servis mesti dikendalikan oleh pusat selepas jualan
Nespresso
yang diiktiraf.
• Jangan masukkan mesin, kabel atau palam ke dalam air atau
apa-apa cecair lain.
• Jauhkan dari capaian kanak-kanak.
• Jangan tinggalkan kabel dekat atau bersentuhan degan
bahagian panas mesin, suatu sumber haba atau hujung yang
tajam.
• Apabila kabel atau palam rosak, anda tidak boleh
menggunakan mesin. Untuk mengelak dari bahaya, baiki
atau gantikan bahagian yang rosak di pusat selepas jualan
Nespresso
yang diiktiraf.
• Jangan letakkan mesin pada permukaan yang panas, cth. plat
pemanas. Jangan gunakannya dekat api terbuka.
• Letakkan mesin pada permukaan yang datar, tahan haba dan
jauhi dari percikan air.
• Bagi keselamatan diri anda, anda hendaklah hanya
menggunakan alat ganti atau aksesori dari
Nespresso
yang
dibuat untuk mesin anda.
• Jangan gunakan mesin tanpa dulang titisan atau grid titisan.
• Semua mesin
Nespresso
mesti lulus kawalan yang ketat. Ujian
keandalan di bawak keadaan praktikal dikendalikan pada unit
yang dipilih secara rawak. Ini dapat menunjukkan jejakan bagi
penggunaan sebelumnya.
• Pengeluar tidak boleh dipertanggungjawabkan bagi apa-apa
kerosakan akibat salah guna atau kendalian mesin yang tidak
betul.
• Penyahkerakan:
1. Penyediaan: sila baca dengan teliti tentang arahan
keselamatan pada pek ejen penyahkerakan dan ikuti arahan
penyahkerakan dari manual penyahkerakan.
2. Penyahkerakan: jangan gunakan mesin bagi apa-apa tujuan
lain semasa proses penyahkerahan.
3. Bilas: bilas tangki air dan bersihkan mesin untuk mengelak
apa-apa mendakan larutan penyahkerakan.
• Pembuangan: Bawa perkakas anda ke pusat pembuangan sisa
awam atau pusat perkhidmatan pelanggan anda.