Ms-9
● ARAHAN PENGENDALIAN ●
Walaupun jika item-item ini sudah diperiksa, jika unit ini tidak pulih
daripada masalahnya, berhenti menggunakan penyaman udara ini dan
sila berunding dengan wakil penjual anda.
Simptom
Penjelasan & Perkara semakan
Unit Dalaman
Unit ini tidak boleh
dikendalikan.
• Adakah pemutus dihidupkan?
• Adakah palam bekalan kuasa disambungkan?
• Adakah pemasa ditetapkan kepada ON?
Halaman 6
Semua lampu LED pada unit
dalaman berkelip.
• Adakah ram melintang dipasang dengan betul?
Halaman 8
Ram melintang tidak
bergerak.
• Adakah ram melintang dan ram menegak
dipasang dengan betul?
Halaman 8
• Adakah pengadang kipas berubah bentuknya?
Unit ini tidak boleh dikendalikan
selama lebih kurang 3 minit
apabila dimulakan semula.
• Ini melindungi unit mengikut arahan daripada
mikropemproses. Sila tunggu.
Kabut dikeluarkan dari salur
keluar udara unit dalaman.
• Udara sejuk daripada unit ini menyejukkan
lembapan dalam udara di dalam bilik dengan
pantas, dan ia bertukar menjadi kabut.
Operasi ayun RAM MELINTANG
digantung sementara, kemudian
dimulakan semula.
• Ia bertujuan agar operasi ayun RAM
MELINTANG dijalankan secara normal.
Arah aliran udara berubah
semasa operasi.
Arah ram melintang
tidak boleh dilaraskan
menggunakan alat kawalan
jauh.
• Apabila unit dikendalikan dalam mod COOL
atau DRY, jika operasi diteruskan dengan
udara menghembus ke bawah selama
0.5 hingga 1 jam, arah aliran udara secara
automatik ditetapkan kepada kedudukan
melintang bagi menghalang pemeluwapan
dan titisan air menitik ke bawah.
Unit memulakan operasi
sendiri apabila kuasa utama
dihidupkan, tetapi tidak
menerima isyarat dari alat
kawalan jauh.
• Model ini dilengkapi dengan fungsi mula
semula auto. Apabila kuasa utama dimatikan
tanpa menghentikan unit ini dengan alat
kawalan jauh dan dihidupkan semula, unit
ini memulakan operasi secara automatik
dalam mod yang sama dengan mod yang
ditetapkan menggunakan alat kawalan jauh
sejurus sebelum kuasa utama dimatikan.
Sila rujuk “Fungsi mula semula auto”
Halaman 4
.
Unit dalaman berubah warna
lama-kelamaan.
• Walaupun plastik menjadi kuning disebabkan
oleh pengaruh beberapa faktor seperti
cahaya ultraviolet dan suhu, ini tidak
mempunyai kesan terhadap fungsi produk.
Unit Luaran
Kipas unit luaran tidak
berputar walaupun pemampat
berjalan. Walaupun jika kipas
mula berputar, ia berhenti
tidak lama kemudian.
• Apabila suhu di luar rendah semasa perasi
penyejukan, kipas beroperasi sekejap-
sekejap bagi mengekalkan kapasiti
penyejukan yang mencukupi.
Air bocor keluar dari unit
luaran.
• Semasa operasi COOL dan DRY, paip atau
bahagian penyambungan paip disejukkan dan
ini menyebabkan berlakunya pemeluwapan.
Alat kawalan jauh
Paparan pada alat kawalan
jauh tidak muncul atau malap.
Unit dalaman tidak bertindak
balas terhadap isyarat alat
kawalan jauh.
• Adakah bateri sudah lemah?
Halaman 3
• Adakah kekutuban (+, -) bateri betul?
Halaman 3
• Adakah sebarang butang pada alat kawalan jauh
bagi perkakas elektrik lain sedang ditekan?
Tidak menyejukkan
Bilik tidak boleh disejukkan
secukupnya.
• Adakah tetapan suhu betul?
Halaman 4
• Adakah tetapan kipas betul? Sila tukar
kelajuan kipas kepada tetapan yang lebih
tinggi.
Halaman 5
• Adakah penapis bersih?
Halaman 8
• Adakah kipas atau penukar haba bagi unit
dalaman bersih?
Halaman 8
• Adakah terdapat sebarang halangan yang
menghalang salur masuk atau keluar udara
bagi unit dalaman atau luaran?
• Adakah tingkap atau pintu terbuka?
• Apabila kipas pengudaraan atau dapur gas
digunakan di dalam bilik, beban penyejukan
bertambah, lalu menyebabkan kesan
penyejukan yang tidak mencukupi.
• Apabila suhu di luar tinggi, kesan penyejukan
mungkin tidak mencukupi.
Simptom
Penjelasan & Perkara semakan
Aliran udara
Udara dari unit dalaman
berbau pelik.
• Adakah penapis bersih?
Halaman 8
• Adakah kipas atau penukar haba bagi unit
dalaman bersih?
Halaman 8
• Unit ini mungkin menyedut bau yang melekat
pada dinding, karpet, perabot, kain, dll. dan
menghembuskannya bersama udara.
Bunyi
Bunyi retakan kedengaran.
• Bunyi ini dihasilkan oleh pengembangan/
pengecutan panel depan, dll. disebabkan
oleh perubahan suhu.
Bunyi “menggelegak”
kedengaran.
• Bunyi ini kedengaran apabila udara di
luar diserap dari hos saliran dengan
menghidupkan hud dapur atau kipas
pengudaraan, membuatkan air yang mengalir
ke hos saliran memancut keluar.
Bunyi ini juga kedengaran apabila udara
di luar bertiup masuk ke dalam hos saliran
sekiranya angin di luar bertiup kencang.
Bunyi mekanikal kedengaran
dari unit dalaman.
• Ini adalah bunyi menghidupkan/mematikan
kipas atau pemampat.
Bunyi air mengalir
kedengaran.
• Ini ialah bunyi bahan penyejuk atau air
pemeluwapan yang mengalir di dalam unit ini.
Bunyi desis kadangkala
kedengaran.
• Ini ialah bunyi apabila aliran bahan penyejuk
di dalam unit ini diubah.
Pemasa
Pemasa mingguan tidak
beroperasi mengikut tetapan.
• Adakah pemasa ditetapkan kepada ON/OFF?
Halaman 6
• Hantar maklumat tetapan bagi pemasa
mingguan ke unit dalaman sekali lagi. Apabila
maklumat ini berjaya diterima, bunyi bip
panjang akan dikeluarkan dari unit dalaman.
Jika maklumat gagal diterima, bunyi bip
pendek akan kedengaran sebanyak 3 kali.
Pastikan maklumat tetapan berjaya diterima.
Halaman 7
• Apabila bekalan kuasa terputus dan kuasa
utama dimatikan, jam bina dalam bagi unit
dalaman akan menjadi tidak tepat. Akibatnya,
pemasa mingguan tidak akan berfungsi
dengan normal.
Pastikan anda meletakkan alat kawalan jauh di
mana isyarat boleh diterima oleh unit dalaman.
Halaman 3
Unit ini memulakan/
menghentikan operasi
dengan sendirinya.
• Adakah pemasa mingguan ditetapkan?
Halaman 7
Dalam kes-kes berikut, berhenti menggunakan penyaman udara dan sila
berunding dengan wakil penjual anda.
• Apabila air bocor atau menitis dari unit dalaman.
• Apabila lampu penunjuk operasi atas berkelip.
• Apabila pemutus teraktif dengan kerap.
• Isyarat alat kawalan jauh tidak diterima di dalam bilik di mana lampu
pendarfl uor elektronik jenis ON/OFF (lampu pendarfl uor jenis penyongsang,
dll.) digunakan.
• Operasi penyaman udara mengganggu penerimaan radio atau TV. Amplifi er
mungkin diperlukan untuk peranti yang terjejas.
• Apabila bunyi yang tidak normal kedengaran.
A
PABILA ANDA FIKIR MASALAH BERLAKU
JG79A731H02_MS.indd 9
9/14/2016 14:29:45