
4.5 Cara-cara mengendalikan unit ini
Ujian kebocoran
Melaraskan aliran air
Putar pemegang injap pelaras aliran air untuk melaraskan aliran air.
Perlindungan kebocoran elektrik
Melaraskan suhu air
NOTA
Penggunaan selepas perlindungan pemanasan melampau
Mengaktifkan fungsi pam (untuk MWH-38EU3-**)
11
Apabila bekalan kuasa dihidupkan, skrin paparan dan lingkaran angka digital akan
menyala, unit ini akan menjalankan pemeriksaan kendiri selama 2 saat, “ELCB”.
Apabila aliran air melebihi 1.5L/min, putar tombol mengikut arah ikut jam untuk
menghidupkan suis tombol kuasa, dengan itu lampu petunjuk pemanasan akan
menyala dan unit ini mula berfungsi.
Ketika unit ini berfungsi secara normal (termasuk pam dalam keadaan bekerja),
tekan butang “TEST” (Ujian). Jika ujian kebocoran menunjukkan litar dalam
keadaan baik, paparan akan dipadam, dan unit ini tidak akan menjalankan
proses pemanasan. Tekan butang “RESET”, ujian berkenaan akan dibatalkan
dan paparan akan menyala, dengan itu unit ini akan kembali kepada keadaan
bekerja mengikut tetapan sebelumnya. Jika berlakunya litar bocor, ujian kebocoran
tidak dapat dibatalkan dengan menekan butang “RESET”, dan paparan tidak
akan menyala. Ini bermakna unit ini mengalami masalah dan tidak boleh
digunakan. Jika keadaan ini berlaku, semua butang tidak dapat berfungsi,
proses pemanasan akan berhenti dan pam akan dimatikan. Jika “Tanda Keselamatan”
berkelip-kelip, maka bermakna penyambungan pembumian alat pemanas air
tidak lengkap. Sila periksa penyambungan pembumian sebelum penggunaan.
Ketika ujian kebocoran elektrik berfungsi secara normal, jika kebocoran arus elektrik melebihi
nilai tertentu, iaitu antara 7.5mA dan 15mA, paparan akan dipadam, dan tiada proses
pemanasan dijalankan. Unit ini hanya boleh digunakan semula apabila masalah tersebut diatasi.
(Apabila kebocoran arus elektrik dikesan, lampu petunjuk merah dan hijau akan padam, proses
pemanasan akan berhenti dan sistem pam akan dimatikan.)
Putar pemegang injap pelaras aliran air untuk melaraskan aliran air yang bersesuaian. Putar
tombol untuk melaraskan kuasa. Kuasa akan meningkat dan suhu air akan bertambah apabila
tombol diputar mengikut arah ikut jam, dan sebaliknya.
Jika aliran air menjadi perlahan dan kuasa adalah tinggi apabila unit ini digunakan, suhu air
yang mengalir keluar akan menjadi sangat tinggi, maka unit ini akan menghentikan proses
pemanasan secara automatik. Jika keadaan ini berlaku, sila rendahkan kuasa dan
mempercepatkan aliran air bagi mengelakkan masalah ketidakmantapan suhu air.
Ketika unit ini berfungsi secara normal, jika “PAM” ditekan, pam akan mula berfungsi dengan
serta merta, dan ia akan berhenti jika ditekan sekali lagi.
Untuk penggunaan kali pertama, pastikan arus elektrik dihidupkan setelah unit ini diisi
penuh dengan air dan aliran air yang mengalir keluar dari kepala pancuran adalah mantap.
Alat pemanas air elektrik mungkin menjadi rosak jika kekerasan air terlalu tinggi. Bagi
memastikan jangka hayat penggunaan yang normal, unit ini harus dipasang dan
digunakan di tempat di mana kekerasan air tempatan tidak melebihi 450 mg/L (CaCO3).
Summary of Contents for MWH-38EU3-GR
Page 14: ......