PERHATIAN
Baca peraturan-peraturan keselamatan dengan teliti.
AMARAN
1. Simpan alat-alat elektrik daripada jangkauan kanak-kanak. Jangan sesekali membiarkan mereka menggunakan
peralatan elektrik tanpa penyeliaan.
2. Pastikan kipas ditutup dan kord elektrik ditanggalkan dari soket sebelum pengalihan,
3. Jikalau kord elektrik rosak, ia mesti digantikan oleh pengeluar atau ejen perkhidmatannya atau seseorang yang
mahir demi mengelakkan bahaya.
4. Peralatan elektrik ini tidak sesuai untuk digunakan oleh pegguna yang mengalami kecacatan mental, fizikal, atau
mereka yang tidak mempunyai pengalaman atau pengetahuan yang tertentu, kecuali dengan penyeliaan.
PERATURAN-PERATURAN UNTUK OPERASI YANG SELAMAT
1. Kipas mesti dikendali bawah kadar voltan yang sesuai.
2. Sambungkan kord elektrik selepas kipas siap dipasang
3. Jangan sesekali menyisipkan jari, pensel atau benda-benda lain melalui jerjak besi apabila kipas sedang berayun.
4. Tanggalkan kord elektrik dari soket sebelum mengalih kipas ke tempat lain atau semasa penukaran
barang ganti dan proses pembersihan dijalankan.
5. Matikan kipas apabila jerjak besi dibuka untuk tujuan pembersihan
6. Pastikan kipas berada pada permukaan yang stabil untuk mengelakkannya daripada jatuh.
7. Jangan gunakan kipas berhampiran dengan tingkap kerana air hujan boleh mendatangkan
bahaya pada elektrik.
PANDUAN PEMASANGAN KOLOM KIPAS
1. Keluarkan tapak kipas dan bahagiannya dari kotak, membuka nat plastik dari badan tapak kipas
2. Masukkan badan tapak ke dalam tapak, tolak ia ke bawah untuk memastikannya menyelit dengan baik
3. Pasangkan nat plastik untuk menetapkan badan dan tapak kipas
PANDUAN PEMASANGAN BILAH KIPAS DAN JERJAK BESI
1. Keluarkan pemutar dan nat plastik dari bahagian depan motor kipas
2. Tentukan kedudukan jerjak besi belakang
dimana pemegangnya menghala ke atas
3. Pasangkan nat plastik mengikut putaran arah jam
untuk menetapkan jerjak besi belakang
4. Tanggal dan buangkan kepingan plastik yang
terlekat di tangkai motor.
5. Bahagian cekung di belakang bilah kipas hendaklah
ditetapkan dengan peniti kekal semasa
bilah kipas dipasangkan
6. Skru pemutar ke dalam tangkai motor secara putaran arah
lawan jam untuk menetapkan bilah kipas.
7. Kuncikan jerjak besi depan dan belakang dengan klip keselamatan.
ARAHAN PENGENDALIAN
1. Untuk membuat atau memberhentikan kepala kipas daripada berayun,
tarikkan tombol genggaman ke atas atau tekankan ke bawah
2. Aliran udara boleh dilaras keatas atau kebawah dengan menolak
bahagian jerjak besi kipas ke sudut yang dikehendaki.
3. Kelajuan angin boleh dikawal dengan menekan kunci-kunci piano. (4 kedudukan: 0 -1-2-3).
4. Plak patut disambungkan ke dalam soket dinding
PEMBERSIHAN
1. Pastikan plak dicabut keluar daripada soket sebelum kerja-kerja pembersihan dilakukan.
2. Bahagian-bahagian plastic haruslah dibersihkan dengan kain atau span yang lembap.
Singkirkan sabun dengan air yang bersih.
3. Pastikan air atau cecair lain tidak masuk ke dalam motor.
Jerjak Besi Depan
Jerjak Besi Belakang
KIip Keselamatan
longgar
Kerat
Pemutar
Gelung
Pengunci
Tapak Kipas
Bilah Kipas
Nat Plastik
Peniti Kekal
Butang Penghayun