1. Prakata
1.1 Amaran Keselamatan
Keselamatan anda adalah keutamaan kami. Sila baca
maklumat ini sebelum anda gunakan hob ini.
1.2 Pemasangan
1.2.1 Bahaya Kejutan Elektrik
Putuskan sambungan perkakas dengan bekalan elektrik
utama sebelum menjalankan apa-apa kerja atau
penyelenggaraan.
Sambungan kepada sistem pendawaian bumi yang baik
adalah penting dan diwajibkan.
Pengubahsuaian terhadap sistem pendawaian domestik
hanya boleh dilakukan oleh juruelektrik bertauliah.
Gagal untuk mengikuti nasihat ini boleh menyebabkan
kejutan elektrik atau kematian.
1.2.2 Bahaya Terhiris
Berhati-hati, tepi panel adalah tajam.
Gagal untuk berhati-hati boleh mengakibatkan kecederaan
atau luka terhiris.
1.2.3 Arahan Keselamatan Yang Penting
Baca arahan penggunaan ini dengan teliti sebelum
memasang atau menggunakan unit ini.
Jangan letak sebarang bahan atau produk mudah terbakar
di atas unit ini pada bila-bila masa.
Sila berikan maklumat ini kepada orang yang
bertanggungjawab untuk memasang unit ini kerana ia akan
mengurangkan kos pemasangan anda.
Untuk mengelakkan kebahayaan, unit ini mesti dipasang
mengikut arahan pemasangan ini.
Unit ini hendaklah dipasang dengan betul dan dibumikan
MY-3