
30 BAHASA MELAYU
NOTIS:
Jangan cuba memotong dahan yang
lebih tebal daripada 10 mm diameter dengan
alat.
Ricih dahan ke ketinggian yang diingini dengan
menggunakan gunting dahan sebelum menggunakan
alat.
NOTIS:
Jangan potong pokok mati atau objek
keras seumpamanya.
Gagal berbuat demikian boleh
merosakkan alat.
NOTIS:
Jangan pangkas rumput atau rumpai.
Bilah mungkin menyebabkan rumput atau rumpai
tersangkut.
Sentiasa pegang alat dengan kukuh menggunakan
satu tangan pada bahagian genggaman hadapan dan
tangan lain pada bahagian genggaman belakang. Tarik
pemicu suis sambil menarik tuil buka kunci, kemudian
gerakkan ia ke hadapan badan anda.
►
Rajah19
Sebagai operasi asas, condongkan bilah ke arah
pemangkasan dan gerakkan ia dengan tenang dan
perlahan pada kadar kelajuan 3 hingga 4 saat semeter.
►
Rajah20
Untuk memotong bahagian atas secara sama rata, ia
membantu dengan mengikat tali pada ketinggian yang
diingini dan untuk memangkas di sepanjang tali itu,
menggunakan tali sebagai garis rujukan.
►
Rajah21
Jika penadah serpihan dipasang pada bilah, ia
menerima daun yang dipotong dan mengurangkan
daun yang dibuang.
Untuk memotong sisi tanaman pagar secara sama rata,
potong dari bawah ke atas.
►
Rajah22
Apabila memangkas untuk membuat bentuk bulat
(memangkas kayu pak atau rhododendron dsb.),
pangkas dari akar ke atas untuk hasil yang cantik.
►
Rajah23
PENYELENGGARAAN
PERHATIAN:
Sentiasa pastikan alat
dimatikan dan palamnya dicabut sebelum cuba
menjalankan pemeriksaan atau penyelenggaraan.
Untuk mengekalkan KESELAMATAN dan
KEBOLEHPERCAYAAN produk, pembaikan, apa-apa
penyelenggaraan atau penyesuaian lain perlu dilakukan
oleh Kilang atau Pusat Servis Makita yang Diiktiraf,
sentiasa gunakan alat ganti Makita.
Membersihkan alat
Bersihkan alat dengan menyapu habuk dengan kain
kering atau kain yang dicelup dalam air sabun dan
diperah.
NOTIS:
Jangan gunakan petrol, benzin, pencair,
alkohol atau bahan yang serupa. Ia boleh
menyebabkan perubahan warna, bentuk atau
keretakan.
Penyelenggaraan bilah
Sebelum operasi atau sejam sekali semasa operasi,
sapukan minyak berkelikatan rendah (minyak mesin,
atau minyak pelincir jenis semburan) pada bilah.
►
Rajah24
Selepas operasi, keluarkan habuk daripada kedua-dua
belah bilah dengan berus berwayar, lapkan dengan
kain, kemudian sapukan minyak berkelikatan rendah
(minyak mesin atau minyak pelincir jenis semburan)
pada bilah.
►
Rajah25
NOTIS:
Jangan basuh bilah menggunakan air.
Gagal berbuat demikian boleh merosakkan alat atau
menjadi berkarat.
Penyimpanan
Lubang cangkuk pada bawah alatan memudahkan
untuk menggantung alat pada paku atau skru di
dinding.
Pasangkan penutup bilah pada bilah ricih supaya bilah
tidak terdedah. Simpan alat jauh daripada kanak-kanak
dengan berhati-hati. Simpan alat di tempat yang tidak
terdedah kepada air dan hujan.
►
Rajah26:
1.
Lubang
AKSESORI PILIHAN
PERHATIAN:
Aksesori-aksesori atau
lampiran-lampiran ini adalah disyorkan untuk
digunakan dengan alat Makita anda yang
ditentukan dalam manual ini.
Penggunaan mana-
mana aksesori-aksesori atau lampiran-lampiran lain
mungkin mengakibatkan risiko kecederaan kepada
orang. Hanya gunakan aksesori atau lampiran untuk
tujuan yang dinyatakannya.
Jika anda memerlukan sebarang bantuan untuk
maklumat lebih lanjut mengenai aksesori ini, tanya
Pusat Perkhidmatan Makita tempatan anda.
•
Pemasangan bilah ricih
•
Penutup bilah
•
Set pemasangan penadah serpihan
•
Kord sambungan
•
Set lengkap tali lengan
•
Set lengkap pemegang kord
NOTA:
Beberapa item dalam senarai mungkin
disertakan dalam pakej alat sebagai aksesori
standard. Item mungkin berbeza mengikut negara.
Summary of Contents for UH3502
Page 2: ...2 1 2 3 Fig 1 1 Fig 2 Fig 3 1 1 Fig 4 1 Fig 5 1 2 3 Fig 6 1 Fig 7 Fig 8 ...
Page 3: ...3 1 2 3 4 Fig 9 1 Fig 10 1 Fig 11 1 Fig 12 1 1 Fig 13 1 1 2 Fig 14 1 Fig 15 1 2 3 Fig 16 ...
Page 4: ...4 3 1 2 Fig 17 3 1 2 Fig 18 Fig 19 Fig 20 Fig 21 Fig 22 Fig 23 Fig 24 ...
Page 5: ...5 Fig 25 1 Fig 26 ...