21
Masalah
Penyebab yang mungkin
Penyelesaian
MS
Penjana stim menghasilkan bunyi
pengepaman.
Air dipam ke dalam dandang di
dalam penjana stim. Ini adalah
biasa.
Jika bunyi pengepaman berterusan tanpa henti,
matikan penjana stim dan tanggalkan plag dari-
pada soket dinding. Hubungi pusat servis Philips
yang disahkan.
Penjana stim tidak mengeluarkan
sebarang stim.
Tidak terdapat cukup air di
dalam tangki air (lampu ‘tangki air
kosong’ berkelip).
Isi tangki air.
Penjana stim tidak cukup panas
untuk menghasilkan stim.
Tunggu sehingga lampu ‘stim sedia’ menyala
berterusan.
Anda tidak menekan pencetus
stim.
Tekan pencetus stim dan tahan sambil anda
menyeterika.
Perkakas tidak dihidupkan.
Masukkan plag ke dalam soket dinding dan tekan
butang hidup/mati untuk menghidupkan perkakas.
Perkakas ditetapkan kepada
tetapan ‘tiada stim’.
Tetapkan perkakas kepada tetapan stim.
Penjana stim telah mati./lampu
pada butang hidup/mati berkelip.
Fungsi pematian auto/mod eko
diaktifkan secara automatik
apabila penjana stim telah tidak
digunakan selama lebih daripada
10 minit.
Tekan butang hidup/mati untuk menghidupkan
kembali penjana stim.
Titisan air menitik keluar dari
plat tapak.
Apabila anda memulakan
penyeterikaan stim dan apabila
anda menyambung penyeteri-
kaan selepas diganggu, stim yang
masih berada di dalam hos telah
menjadi sejuk dan memeluwap
menjadi air. Ini menyebabkan
titisan air keluar dari plat tapak.
Ini adalah perkara biasa. Pegang seterika di atas
kain buruk dan tekan pencetus stim. Kain itu akan
menyerap titisan tersebut. Selepas beberapa saat,
stim dan bukannya air akan keluar dari plat tapak.
Bintik basah kelihatan pada kain
semasa menyeterika.
Titik-titik basah yang kelihatan
pada pakaian anda setelah anda
selesai menyeterika dengan stim
buat beberapa ketika mungkin
disebabkan oleh stim yang telah
memeluwap pada papan seterika.
Untuk mengelakkan bintik basah akibat pemelu-
wapan, seterika kain dengan stim terlebih dahulu
dan kemudian dengan penyeterikaan kering untuk
mengeringkan kain dan alas papan seterika di
bawahnya. Ganti alas papan seterika jika lapisan
busanya telah haus. Anda juga boleh menambah
lapisan tambahan bahan felt di bawah alas papan
seterika untuk mengelakkan pemeluwapan pada
papan seterika. Kain felt dapat dibeli di kedai kain.
Titik-titik air kelihatan pada pak-
aian semasa penggunaan fungsi
pancutan stim.
Titik-titik air pada pakaian anda
adalah disebabkan oleh peme-
luwapan di dalam hos bekalan.
Apabila hos bekalan menjadi
sejuk, stim yang masih ada di
dalam hos telah menjadi sejuk dan
memeluwap menjadi air.
Titisan air tidak lagi keluar dari plat tapak apabila
anda telah menggunakan fungsi pancutan stim
buat beberapa ketika.
Suhu seterika ditetapkan terlalu
rendah.
Tetapkan dail suhu kepada
2
atau lebih tinggi.
Emping dan kotoran keluar dari
plat tapak atau plat tapak kotor.
Kotoran atau bahan kimia yang
ada di dalam air mungkin telah
termasuk di dalam bolong stim
dan/atau plat tapak.
Bersihkan plat tapak dengan kain lembap.
Terlalu banyak kerak dan galian
telah terkumpul di dalam penjana
stim.
Tanggalkan kerak pada penjana stim dengan
berkala, lihat CALC CLEAN dalam menual ini.
Air bocor daripada penjana stim. Jika anda mencondongkan penja-
na stim semasa memindahkannya
atau meletakkannya pada permu-
kaan yang tidak rata semasa tangki
air penuh, air mungkin tertumpah
keluar daripada tangki air.
Jangan sengetkan penjana stim apabila tangki
airnya penuh.
Stim terlepas dari bawah tombol
bilasan Calc-Clean
Anda telah tidak mengetatkan
tombol bilasan Calc-Clean dengan
betul selepas menyahkerak.
Matikan perkakas dan ketatkan tombol bilasan
Calc-Clean dengan betul.
4239_000_7981_1_DFU-Booklet_A5_v3.indd 21
08-11-11 11:20
Summary of Contents for InstantCare GC7480/02
Page 3: ...3 4239_000_7981_1_DFU Booklet_A5_v3 indd 3 08 11 11 11 19 ...
Page 6: ...6 4239_000_7981_1_DFU Booklet_A5_v3 indd 6 08 11 11 11 20 ...
Page 12: ...12 4239_000_7981_1_DFU Booklet_A5_v3 indd 12 08 11 11 11 20 ...
Page 15: ...15 4239_000_7981_1_DFU Booklet_A5_v3 indd 15 08 11 11 11 20 ...
Page 17: ...17 4239_000_7981_1_DFU Booklet_A5_v3 indd 17 08 11 11 11 20 ...
Page 26: ...26 FA 4239_000_7981_1_DFU Booklet_A5_v3 indd 26 08 11 11 11 20 ...
Page 27: ...27 4239_000_7981_1_DFU Booklet_A5_v3 indd 27 08 11 11 11 20 ...