4
Sila baca garis panduan yang mudah ini. Tidak mengikut
garis panduan ini mungkin merbahaya atau tidak sah.
Sekiranya kesilapan berlaku, sebuah alat perisian dibina di
dalam peranti anda akan mengumpulkan log kesilapan.
Alat ini hanya mengumpulkan data yang khusus kepada
kesilapan, seperti kekuatan isyarat, cell ID position
(kedudukan ID sel) dalam kegagalan panggilan dan
aplikasi yang dimuatkan secara tiba-tiba. Log hanya
digunakan untuk membantu menentukan punca bagi
kesilapan. Log ini dienkripsi dan hanya boleh diakses
oleh Pusat pembaikan LG yang sah, sekiranya anda perlu
mengembalikan peranti anda untuk dibaik pulih.
Pendedahan kepada tenaga frekuensi radio
Maklumat pendedahan kepada gelombang radio dan
Kadar Penyerapan Khusus (SAR).
Telefon mudah alih model LG-H502f ini telah direka
bentuk untuk mematuhi keperluan keselamatan yang
dikenakan bagi pendedahan kepada gelombang radio.
Keperluan ini adalah berdasarkan garis panduan saintifik
yang termasuk margin keselamatan yang direka bentuk
untuk memastikan keselamatan semua orang tanpa
mengira umur dan kesihatan.
• Garis panduan bagi pendedahan kepada gelombang
radio menggunakan unit ukuran yang disebut sebagai
Kadar Penyerapan Khusus, atau SAR. Ujian bagi SAR
dijalankan menggunakan kaedah yang dipiawaikan
dengan telefon memancarkan pada aras kuasa diperakui
yang tertinggi dalam semua jalur frekuensi.
• Walaupun terdapat perbezaan antara tahap SAR
pelbagai model telefon LG, semuanya direka bentuk
untuk memenuhi garis panduan yang berkaitan bagi
pendedahan kepada gelombang radio.
• Had SAR yang disyorkan oleh Suruhanjaya mengenai
Perlindungan Sinaran Bukan-Ion (Commission on Non-
Garis panduan untuk penggunaan selamat dan efisien