62
Tetapan
•
Data mudah alih
– Tanda semak untuk mendayakan akses data melalui
rangkaian mudah alih.
•
Kad SIM hendak digunakan
– Anda boleh menukar rangkaian data lalai. Semua
perkhidmatan paket mudah alih (Web, MMS, E-mel, dsb) akan menggunakan SIM
yang dipilih sebagai rangkaian asalan. Apabila hanya satu kad SIM dimasukkan,
rangkaian data lalai ditetapkan sebagai SIM yang dimasukkan dan penukaran tidak
dibenarkan.
•
Perayauan data
– Tanda semak untuk membolehkan anda menggunakan
sambungan data mudah alih apabila anda berada dalam perayauan di luar
kawasan rangkaian negara anda.
Wi-Fi
Hidupkan Wi-Fi untuk menyambung kepada rangkaian Wi-Fi yang tersedia.
Bluetooth
Hidupkan atau matikan ciri wayarles Bluetooth untuk menggunakan Bluetooth.
Data mudah alih
Memaparkan penggunaan data dan had penggunaan data mudah alih.
Tetapan panggilan
Konfigurasikan tetapan panggilan telefon seperti pemajuan panggilan dan ciri istimewa
lain yang ditawarkan oleh pembawa rangkaian anda.
[Tab
Kad SIM 1/Kad SIM 2
]
•
Mel suara
– Membolehkan anda memilih perkhidmatan mel suara pembawa
rangkaian anda.
•
Nombor dail tetap
– Hidupkan dan kumpulkan senarai nombor yang boleh
dihubungi daripada telefon anda. Anda memerlukan PIN2 anda, yang boleh
didapati daripada operator anda. Hanya nombor dalam senarai dail tetap yang
boleh dipanggil daripada telefon anda.
•
Mengalihkan panggilan
– Membolehkan anda menetapkan pilihan pemajuan
panggilan.
Summary of Contents for LGH324T.ASEAKG
Page 1: ...www lg com MFL69163501 1 0 USER GUIDE 简体中文 BAHASA MELAYU ENGLISH LG H324t ...
Page 2: ......
Page 58: ...56 实用工具 提示 必须插入耳机作为天线方可使用 备注 此应用程序可能无法使用 具体取决于您所在的地区或您的服务提供 商 ...
Page 86: ......
Page 180: ......
Page 266: ......
Page 267: ......
Page 268: ......