– 4
Sila bacakan buku panduan asal ini
sebelum kali pertama menggunakan
mesin anda ini. Sila simpankannya
dengan baik untuk digunakan pada masa depan atau
untuk pengguna yang lain.
Selain daripada nota yang terkandung dalam dokumen
ini, peruntukan dan peraturan keselamatan am yang
ditetapkan oleh penggubal undang-undang bagi
mencegah kemalangan juga hendaklah dipatuhi.
Amaran dan nota yang dilekatkan pada perkakas
memberikan nota penting untuk operasi yang selamat.
BAHAYA
Penunjuk bahaya serta-merta, yang boleh
mengakibatkan kecederaan teruk atau kematian.
몇
PERINGATAN
Penunjuk keadaan mungkin berbahaya, yang boleh
mengakibatkan kecederaan teruk atau kematian.
몇
BERHATI-HATI
Penunjuk keadaan yang mungkin berbahaya, yang
boleh membawa kepada kecederaan ringan.
PERHATIAN
Penunjuk keadaan mungkin berbahaya, yang boleh
mengakibatkan kerosakan harta benda.
BAHAYA
Risiko kejutan elektrik.
Jangan sekali-kali menyentuh palam elektrik dan
soket dengan tangan yang basah.
Periksa kerosakan yang terdapat pada wayar
penyambung dengan plag setiap kali sebelum
menggunakannya. Lakukan penggantian wayar
penyambung yang rosak dengan segera melalui
wakil perkhidmatan pelanggan / juruelektrik yang
diiktiraf. Jangan menggunakan perkakas yang telah
mempunyai kerosakan pada wayar penyambung.
Semua bahagian yang mengalirkan arus di
kawasan kerja hendaklah dilindungi daripada jet air.
Palam sesalur dan soket gandingan kabel
pemanjang mesti kedap air dan tidak boleh berada
di dalam air. Selain itu gandingan tidak boleh
berada di atas lantai. Penggunaan gelendong
kabel adalah disyorkan untuk memastikan soket
dan palam terletak sekurang-kurangnya 60 mm
dari lantai.
Pastikan bahawa kabel kuasa atau kabel
sambungan tidak rosak dengan cara melindas,
mencubit, menyeret atau seumpamanya. Lindungi
kabel kuasa daripada panas, minyak dan tepi yang
tajam.
Matikan perkakas dan keluarkan plag sebelum
melakukan kerja penyelenggaraan.
Kerja pembaikan dan pemeriksaan komponen
elektrik hanya boleh dilakukan oleh wakil
perkhidmatan pelanggan yang diiktiraf.
몇
PERINGATAN
Perkakas hanya boleh disambungkan kepada
soket elektrik yang dipasang oleh juruelektrik
mengikut IEC 60364.
Perkakas hanya boleh disambungkan ke arus
ulang-alik. Voltan mesti sesuai dengan plat jenis
perkakas.
Atas sebab keselamatan, kami mencadangkan
agar anda menggunakan perkakas melalui
pemutus litar kebocoran bumi (maksimum 30 mA).
Kabel sambungan elektrik yang tidak sesuai boleh
membahayakan. Hanya gunakan kabel
sambungan elektrik yang telah diluluskan dan
dilabel untuk tujuan ini dan mempunyai keratan
rentas kabel yang mencukupi di luar rumah:
1 - 10 m: 1.5 mm
2
; 10 - 30 m: 2.5 mm
2
Sentiasa uraikan sepenuhnya kabel sambungan
daripada gelendong kabel.
BAHAYA
Pengguna mestilah menggunakan perkakas
mengikut tujuannya. Individu itu mestilah
mempertimbangkan keadaan setempat dan
mestilah memperhatikan orang lain di sekitarnya
ketika bekerja dengan perkakas.
Periksa kerosakan pada komponen penting,
seperti hos tekanan tinggi, penyembur tangan dan
pemasangan keselamatan, sebelum setiap
operasi. Ganti komponen yang rosak dengan
segera. Jangan kendalikan perkakas dengan
komponen yang rosak.
Jet tekanan tinggi boleh jadi berbahaya jika tidak
digunakan dengan betul. Jet ini tidak boleh
dihalakan kepada orang, haiwan, peralatan elektrik
hidup atau perkakas itu sendiri.
Jet tekanan tinggi tidak boleh ditujukan pada orang
lain atau diri pengguna sendiri untuk
membersihkan pakaian atau kasut.
Tayar kenderaan/injap tayar mudah rosak
disebabkan jet tekanan tinggi dan boleh pecah.
Tanda pertama kerosakan ialah perubahan warna
tayar. Tayar kenderaan/injap tayar yang rosak
adalah sangat berbahaya. Kekalkan jarak jet
minimum 30 cm semasa pembersihan!
몇
PERINGATAN
Jangan gunakan perkakas ketika terdapat orang
lain di sekeliling kecuali mereka juga memakai
pakaian pelindung.
Perkakas ini tidak boleh dikendalikan oleh kanak-
kanak, remaja atau orang yang tidak diarahkan
dengan sewajarnya.
Perkakas ini tidak dimaksudkan untuk digunakan
oleh individu yang kurang upaya dari segi fizikal,
deria atau mental atau kurang berpengalaman
dan/atau pengetahuan, melainkan mereka diawasi
oleh individu yang bertanggungjawab atas
Isi Kandungan
Arahan keselamatan . . . . . . . . . . . . . . . . . . . MS
4
Penggunaan yang betul . . . . . . . . . . . . . . . . MS
6
Perlindungan alam sekitar. . . . . . . . . . . . . . . MS
6
Penerangan Mesin . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . MS
6
Pemasangan . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . MS
6
Penggunaan permulaan . . . . . . . . . . . . . . . . MS
6
Operasi . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . MS
7
Pengangkutan . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . MS
7
Simpanan . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . MS
7
Penyelenggaraan dan penjagaan . . . . . . . . . MS
7
Bantuan untuk Gangguan . . . . . . . . . . . . . . . MS
8
Aksesori dan Barang Ganti . . . . . . . . . . . . . . MS
8
Jaminan. . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . MS
8
Spesifikasi teknikal . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . MS
8
Arahan keselamatan
Tahap-tahap bahaya
Komponen elektrik
Kendalikan dengan selamat
38
MS
Summary of Contents for K Mini
Page 2: ...3 2 1 5 4 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 17 16 2...
Page 3: ...L A H G F D E C B I 3...
Page 20: ...5 EN 12729 BA FFP 2 20 KO...
Page 22: ...7 2 2 30 cm 90 90 I 5 0 0 1 22 KO...
Page 26: ...6 3 K RCHER 4 730 059 2 2 30 90 90 I ON 5 0 OFF 0 OFF 1 26 ZH...
Page 29: ...5 0 C EN 12729 BA FFP 2 29 TH...
Page 31: ...7 2 2 30 90 9 0 I ON 5 0 OFF 0 OFF 1 31 TH...
Page 44: ...5 EN 12729 Type BA FFP 2 44 KM...