61
MELAYU
Cat berasaskan minyak:
lembapkan
dengan penghapus kotoran benzin,
bentangkan pakaian di atas kain lembut
dan pedapkan kotoran tersebut;
bersihkan beberapa kali.
Kotoran gris kering:
lembapkan dengan
turpentin, bentangkan pakaian tersebut di
atas permukaan yang lembut dan
pedabkan tanda kotoran dengan hujung
jari dan sehelai kain kapas.
Karat:
asid oksalik dilarutkan dalam air
panas atau produk penghapus karat
digunakan dalam air sejuk. Berhati-hati
dengan tanda karat yang sudah lama
kerana struktur selulosanya telah rosak
dan pakaian mudah berlubang.
Kotoran kulat:
bersihkan dengan
peluntur, bilas dengan betul(kain putih
dan kain berwarna tahan luntur sahaja).
Rumput:
letak sedikit sabun dan
bersihkan dengan peluntur (kain putih
dan kain berwarna tahan luntur sahaja).
Pena mata bola dan gam:
lembapkan
dengan aseton(*), bentangkan di atas
kain lembut dan pedapkan tanda kotoran
itu.
Gincu:
lembapkan dengan aseton (*)
seperti di atas, kemudian bersihkan
kotoran dengan spirit bermetil. Hapuskan
sisa tanda daripada kain putih dengan
peluntur.
Wain merah:
rendam dalam air dan
detergen, bilas dan bersihkan dengan
asid asetik atau sitrik, kemudian bilas.
Bersihkan sebarang tanda sisa dengan
peluntur.
Dakwat:
bergantung pada jenis dakwat,
lembapkan pakaian dahulu dengan
aseton (*), kemudian dengan asid asetik;
bersihkan sebarang tanda sisa pada
pakaian putih dengan peluntur dan
kemudian bilas dengan bersih.
Kotoran tar:
bersihkan dahulu dengan
penghapus kotoran, spirit bermetil atau
benzin, kemudian gosokkannya dengan
pes detergen.
(*) jangan gunakan aseton pada sutera
buatan.
Detergen kurang buih diperlukan untuk
mesin basuh ini bagi mencegah masalah
buih yang terlalu banyak, hasil basuhan
yang tidak memuaskan hati dan
kemudaratan terhadap mesin.
Detergen kurang buih yang dihasilkan
untuk mesin basuh muatan depan
dilabelkan sebagai “Muatan Depan”,
“kecekapan tinggi”, “HE”, misalnya Kuasa
Sejuk untuk Pemuat Depan atau “Matic”.
6.6 Jenis Bahan Pencuci dan
Kuantiti Bahan Pencuci
Jangan gunakan jenis detergen yang
salah misalnya Muatan Atas, detergen
Basuhan Tangan atau produk
Berasaskan Sabun di dalam mesin
basuh muatan depan anda. Ini boleh
menghasilkan buih sabun yang terlalu
banyak, masa kitaran yang lebih lama,
kelajuan putaran yang rendah, bilasan
yang lemah dan menyebabkan motor
menampung bebanan yang
berlebihan.
Kuantiti bahan pencuci untuk
digunakan
Pilihan dan kuantiti bahan pencuci
bergantung kepada ;
jenis fabrik (halus, bulu, kapas, dan
lain-lain.) ;
tahap kotoran;
saiz muatan;
suhu cucian; dan
kekuatan air yang digunakan.
warna pakaian;
Kekerasan air dikelaskan mengikut
“tahap” kekerasan.
Pilihan bahan pencuci dan penggunaan
kuantiti yang betul bukan sahaja memberi
kesan kepada prestasi cucian anda,
malah membantu mengelakkan pemba-
ziran dan melindungi persekitaran.
Walaupun boleh diuraikan melalui
tindakan biologi, bahan pencuci
mengandungi bahan-bahan dimana,
dalam kuantiti yang banyak, boleh
merosakkan keseimbangan halus alam
sekitar.
Summary of Contents for EWF1141AEWA
Page 115: ......