![Electrolux ESF8730ROX User Manual Download Page 47](http://html.mh-extra.com/html/electrolux/esf8730rox/esf8730rox_user-manual_92324047.webp)
12. MENYELESAI MASALAH
AMARAN!
Pembaikan perkakas yang
tidak betul boleh
menimbulkan bahaya
keselamatan kepada
pengguna. Apa-apa
pembaikan mesti dijalankan
oleh kakitangan yang layak.
Sebahagian besar masalah yang
boleh berlaku boleh diselesaikan
tanpa perlu menghubungi Pusat
Servis Sah.
Rujuk jadual di bawah untuk
mendapatkan maklumat tentang
masalah yang mungkin.
Apabila terdapat masalah, paparan akan
menunjukkan kod penggera.
Masalah dan kod peng‐
gera
Punca mungkin dan penyelesaian
Anda tidak dapat mengak‐
tifkan perkakas.
• Pastikan bahawa palam sesalur disambungkan pada
soket sesalur.
• Pastikan tiada fius yang rosak di dalam kotak fius.
Program tidak bermula.
• Pastikan bahawa pintu perkakas ditutup.
• Jika mula tunda telah ditetapkan, batalkan tetapan
atau tunggu sehingga kira detik itu tamat.
• Perkakas mengecas semula resin di dalam pelembut
air. Tempoh prosedur adalah kira-kira 5 minit.
Perkakas tidak diisi de‐
ngan air.
Paparan menunjukkan
atau
.
• Pastikan bahawa paip air dibuka.
• Pastikan tekanan bekalan air tidak terlalu rendah.
Untuk maklumat ini, hubungi pihak berkuasa air tem‐
patan.
• Pastikan bahawa air paip tidak tersumbat.
• Pastikan penuras di dalam hos salur masuk tidak ter‐
sumbat.
• Pastikan hos saluran masuk tidak terbelit atau beng‐
kok.
Perkakas tidak menyalir‐
kan air.
Paparan menunjukkan
.
• Pastikan bahawa keran singki tidak tersumbat.
• Pastikan penuras di dalam hos salur keluar tidak ter‐
sumbat.
• Pastikan sistem penapis dalaman tidak tersumbat.
• Pastikan hos saliran masuk tidak terbelit atau beng‐
kok.
Alat antibanjir dihidupkan.
Paparan menunjukkan
.
• Tutup pili air dan hubungi Pusat Servis Sah.
Perkakas terhenti dan ber‐
mula semula banyak kali
semasa operasi.
• Ini adalah biasa. Keadaan ini menyediakan hasil
pembersihan yang optimum dan menjimatkan tena‐
ga.
47