Pengaktifan fungsi
FreeStore meningkatkan
penggunaan tenaga.
Jika fungsi diaktifkan secara
automatik penunjuk
FreeStore tidak akan
dipaparkan (rujuk
"Penggunaan harian").
3.14 Penggera suhu tinggi
Peningkatan suhu dalam ruang sejuk
beku (contohnya disebabkan oleh
kegagalan kuasa sebelum ini atau pintu
dibuka) ditunjukkan melalui:
• penunjuk penggera berkelip dan suhu
ruang sejuk beku;
• bunyi pembaz.
Untuk menetapkan semula penggera
tekan mana-mana butang.
Pembaz akan dimatikan.
Penunjuk suhu sejuk beku menunjukkan
suhu paling tinggi dicapai selama
beberapa saat. Kemudian suhu yang
ditetapkan akan ditunjukkan semula.
Penunjuk penggera terus berkelip
sehingga keadaan kembali normal.
Apabila penggera dimatikan,
penunjuk penggera juga
dimatikan.
3.15 Penggera pintu dibuka
Penggera akustik akan berbunyi jika
pintu dibiar terbuka selama beberapa
minit. Keadaan penggera pintu buka
ditunjukkan melalui:
• lampu Penggera berkelip
• pembaz akustik
Apabila keadaan biasa dikembalikan
(pintu ditutup), penggera akan berhenti.
Semasa penggera berbunyi, pembaz
boleh dimatikan dengan menekan
butang penggera.
4. PENGGUNAAN HARIAN
AMARAN
Rujuk bab Keselamatan.
4.1 Mencuci bahagian dalam
Sebelum menggunakan perkakas buat
pertama kali, cuci bahagian dalam dan
semua aksesori bahagian dalam dengan
air suam dan sedikit sabun neutral untuk
menanggalkan bau umum produk
baharu, kemudian keringkannya.
AWAS
Jangan gunakan detergen
atau serbuk pelelas, kerana
ini akan merosakkan
bahagian siap.
4.2 Meletakkan rak pintu
Untuk membolehkan penyimpanan
bungkusan makanan pelbagai saiz, rak
pintu boleh diletakkan pada ketinggian
berlainan.
1. Tarik rak perlahan-lahan dalam arah
anak panah sehingga ia tertanggal.
2. Letakkan semula mengikut keperluan
anda.
Model ini dilengkapi dengan kotak
simpanan pelbagai yang boleh
digerakkan sisinya.
4.3 Rak boleh alih
Dinding peti sejuk dilengkapi dengan
satu siri pelari agar rak boleh diletakkan
mengikut kemahuan anda.
Untuk penggunaan ruang yang lebih
baik, rak separuh di hadapan (A) boleh
diletakkan di bawah rak tepi. (B)
43