9
Pemukul telur
ms
Pemukul telur
Sila lipat keluar halaman ilustrasi.
X
Rajah
A
11 Lekapan gear untuk pemukul telur
12 Pemukul telur
Pemukul telur boleh dipesan
melalui perkhidmatan pelanggan
(no. pesanan: 657379).
Pengendalian
Untuk memukul krim putar, putih telur yang
telah dipukul dan buih susu daripada susu
panas (maks. 70°C) dan susu sejuk (maks.
8°C) dan juga untuk menyediakan sos dan
pencuci mulut.
W
Risiko lecur!
Untuk penyediaan daripada susu panas,
gunakan bekas adunan yang tinggi dan
sempit. Susu panas boleh terpercik dan
menyebabkan lecur.
X
Rajah
F
■ Masukkan bahan makanan di dalam
bekas adunan.
■ Letakkan lekapan gear di atas unit asas
kunci kedudukannya.
■ Tolak pemukul telur masuk ke dalam
lekapan gear sehingga berbunyi klik.
Perhatian!
Jangan sesekali memasang pemukul pada
unit asas tanpa lekapan gear
(Rajah
F
-3).
■ Pasangkan plag.
■ Setkan (jika ada) kelajuan yang
diperlukan dengan kawalan kelajuan
(Pengesyoran: kelajuan tinggi).
■ Pegang unit asas dan bekas adunan
dan tekan butang menghidupkan yang
diperlukan.
■ Selepas penyediaan, lepaskan butang
menghidupkan.
Selepas menggunakan perkakas
■ Tanggalkan plag.
■ Tekan butang-butang pelepas dan
tanggalkan unit asas dari lekapan gear.
■ Tanggalkan pemukul telur daripada
lekapan gear.
Pembersihan
Perhatian!
Jangan sesekali merendam lekapan gear
ke dalam cecair dan jangan mencuci di
bawah air yang mengalir atau di dalam
mesin basuh pinggan mangkuk. Bilas
lekapan gear dengan kain lembap.
Perhatian:
Pemukul telur boleh dibasuh
dalam mesin basuh pinggan mangkuk.
Kemungkinan terdapat perubahan.