9
ms
Pengendalian mengikut peraturan
Pengendalian mengikut peraturan
Baca arahan pengendalian dengan teliti, patuhinya dan
simpan! Sertakan arahan ini semasa penyerahan alat.
Ketidakpatuhan terhadap arahan bagi penggunaan peralatan
dengan betul akan mengecualikan pengeluar dari liabiliti kerosakan
yang berlaku.
Peralatan ini direka bentuk untuk memproses kuantiti isi rumah
biasa di rumah atau kuantiti yang serupa dalam penggunaan
bukan perindustrian. Penggunaan bukan perindustrian termasuklah
umpamanya penggunaan dalam dapur pekerja di kedai, pejabat,
pertanian dan perniagaan komersial yang lain, dan juga digunakan
oleh tetamu di rumah penginapan, hotel kecil dan tempat kediaman
yang serupa.
Peralatan ini adalah sesuai untuk pemerahan buahan sitrus, seperti
lemon, oren, limau gedang. La tidak boleh digunakan untuk mem-
proses objek / bahan yang lain. Gunakan peralatan ini hanya di
dalam bangunan pada suhu bilik dan ketinggian sehingga 2000 m
di atas paras laut. Jangan letak peralatan di atas atau berdekatan
dengan permukaan panas, seperti plat panas.
Peralatan ini boleh digunakan oleh kanak-kanak berumur 8 tahun
dan keatas dan orang dengan kekurangan keupayaan fizikal, deria
atau metal, atau kekurangan pengalaman dan/atau pengetahuan
dibawah selian atau telah dilatih mengikut keselamatan pengenda-
lian peralatan ini dan memahami kesan bahayanya. Kanak-kanak
yang berumur dibawah 8 tahun hendaklah dijauhkan daripada pera-
latan dan kabel penyambungan serta tidak dibenarkan mengenda-
likan peralatan ini. Pembersihan dan penyelenggaraan pengguna
tidak boleh dilakukan oleh kanak-kanak, melainkan mereka berumur
lebih dari 8 tahun dan diselia. Kanak-kanak tidak dibenarkan
bermain dengan peralatan ini.
Summary of Contents for MCP7 GB Series
Page 2: ...en English 3 ms Bahasa Melayu 9 zh 简体中文 15 zf 繁體中文 19 ar العربية 28 ...
Page 34: ...C B MCP72GPWGB G G ...
Page 35: ...E D ...
Page 36: ...F G ...