28
Robert Bosch Hausgeräte GmbH
ms
Kandungan
Untuk keselamatan anda . . . . . . . . . . . . 28
Gambaran Keseluruhan . . . . . . . . . . . . . 30
Pengendalian . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . 31
Pembersihan dan servis . . . . . . . . . . . . 34
Penyimpanan . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . 35
Penyelesaian masalah . . . . . . . . . . . . . . 35
Resipi/Bahan/Pemprosesan . . . . . . . . . 35
Arahan tentang pelupusan . . . . . . . . . . . 37
Syarat-syarat waranti . . . . . . . . . . . . . . . 37
Untuk keselamatan anda
Sebelum penggunaan, sila baca arahan ini dengan teliti untuk
membiasakan diri dengan arahan penting tentang keselamatan
dan pengendalian perkakas ini.
Jika arahan bagi penggunaan perkakas yang betul tidak dipatuhi,
liabiliti pengeluar bagi apa-apa kerosakan yang terjadi akan
dikecualikan.
Perkakas ini direka bentuk untuk memproses kuantiti isi rumah
biasa di rumah atau kuantiti yang serupa dalam penggunaan
bukan perindustrian. Penggunaan bukan perindustrian termasuklah
umpamanya penggunaan dalam dapur pekerja di kedai, pejabat,
pertanian dan perniagaan komersial yang lain, dan juga digunakan
oleh tetamu di rumah penginapan, hotel kecil dan tempat kediaman
yang serupa. Penggunaan perkakas untuk memproses kuantiti
makanan yang biasa untuk kegunaan domestik; lihat bahagian
“Contoh resipi”
Perkakas ini sesuai untuk mengadun, menguli, memukul, memotong
dan memayang makanan. Penggunaan lain boleh dilakukan jika
aksesori yang diluluskan oleh pengeluar digunakan. Ia tidak boleh
digunakan untuk memproses objek atau bahan yang lain.
Gunakan perkakas dengan aksesori asal sahaja.
Sila simpan Arahan pengendalian di tempat yang selamat.
Jika menyerahkan perkakas kepada pihak ketiga, jangan lupa
memasukkan arahan Pengendalian sekali.
,
Arahan keselamatan am
Risiko kejutan elektrik
Perkakas tidak harus digunakan oleh kanak-kanak.
Perkakas dan kord kuasa mesti dijauhkan daripada kanak-kanak.
Perkakas boleh digunakan oleh orang yang kurang keupayaan fizikal,
deria atau mental atau kurang berpengalaman dan pengetahuan jika
mereka telah diberi penyeliaan atau arahan berkenaan penggunaan
perkakas dengan cara yang selamat dan jika mereka memahami
bahaya yang terlibat.
Tahniah atas pembelian perkakas BOSCH
baru anda.
Anda boleh mendapatkan maklumat lanjut
tentang produk kami di halaman web kami.
MCM3_GB.book Seite 28 Freitag, 13. Februar 2015 8:23 08
Robert Bosch Hausgeräte GmbH
29
ms
Kanak-kanak tidak harus bermain dengan perkakas.
Sambung dan kendalikan perkakas hanya mengikut spesifikasi
pada plat kadaran. Gunakan di dalam bangunan sahaja. Jangan
menggunakan perkakas jika kord kuasa dan/atau perkakas telah
rosak.
Sebelum menggantikan aksesori atau alat ganti tambahan,
yang bergerak semasa operasi, matikan perkakas dan putuskan
sambungan bekalan kuasa. Sentiasa cabut palam perkakas dari
bekalan jika ia ditinggalkan tanpa dijaga dan sebelum memasang,
menyahpasang atau membersihkannya.
Jangan meletakkan kord kuasa pada pinggir yang tajam atau
permukaan yang panas. Untuk mengelakkan kecederaan, kord kuasa
yang rosak mestilah digantikan oleh pengeluar atau perkhidmatan
pelanggannya atau orang yang sama kelayakannya.
Hanya perkhidmatan pelanggan kami boleh membaiki perkakas.
,
Arahan keselamatan untuk perkakas ini
Risiko kecederaan
Risiko kejutan elektrik
Jika bekalan kuasa terganggu, perkakas masih hidup dan dimulakan
semula apabila bekalan pulih.
Jangan merendamkan unit tapak dalam cecair atau meletakkannya di
bawah air yang mengalir dan jangan membasuhnya dalam pembasuh
pinggan mangkuk.
Sebelum membaiki kerosakan, tarik keluar palam sesalur.
Risiko kecederaan daripada alat yang berputar!
Semasa perkakas sedang dikendalikan, jauhi jari dari mangkuk adun.
Sentiasa gunakan penolak untuk menambah bahan.
Selepas dimatikan, pemacu akan terus berputar untuk masa yang
singkat. Tukar alat hanya apabila pemacu telah berhenti sepenuhnya.
Risiko kecederaan daripada bilah tajam/pemacu berputar!
Jangan sekali-kali mencapai tangan ke dalam jag pengadun yang
terpasang!
Jangan menanggalkan/memasang jag pengadun sehingga pemacu
telah berhenti.
Jangan menanggalkan/memasang jag pemotong universal sehingga
pemacu telah berhenti.
Risiko kecederaan daripada bilah tajam!
Jangan menyentuh mata bilah pemotong universal dengan tangan
terdedah. Apabila tidak digunakan, sentiasa simpan bilah universal
dalam adang bilah. Bersihkannya dengan berus.
Jangan menggenggam bilah tajam atau pinggir cakera pemotong.
Genggam cakera pada bahagian plastik di tengah-tengah sahaja!
MCM3_GB.book Seite 29 Freitag, 13. Februar 2015 8:23 08
28