Flirt
HP6406
BAHASA MELAYU
3
4203 000 30882
Pendahuluan
.
Dengan Flirt baru anda, yang telah dibuat khas
untuk baris ketiak dan bikini, anda bolh
menghapuskan bulu dengan cepat, mudah dan
berkesan. Cakera berputar menangkap walau bulu
yang terpendek sekalipun (sehingga 0.5mm) dan
mencabut dari akarnya. Bulu yang tumbuh semula
adalah lembut dan halus. Maka tiada lagi bulu
pendek! Menyahbulu dengan peralatan baru ini
menjadikan kulit anda lembut dan bebas-bulu untuk
beberapa minggu.
Gambaran umum (gamb. 1)
.
A
Cakera menyahbulu
B
Elemen mengurut
C
Gelangsar on/off
D
Bateri (LR6 AA 1.5v beralkali)
Penting
.
Baca arahan-arahan ini dengan teliti sebelum
menggunakan peralatan dan simpan untuk rujukan
di masa depan.
◗
Pembersihan yang tetap dan penyeggeraan yang
betul memastikan hasil optimum dan peralatan
berkenaan akan tahan lebih lama.
◗
Pastikan peralatan ini tidak terkena pada air
◗
Jangan gunakan peralatan pada kulit yang
terengsa atau kulit dengan vena varikos, ruam,
titik merah, tahi lalat (berambut) atau luka
tanpa merujuk kepada doktor anda dahulu. Bagi
mereka yang mempunyai daya imun yang
rendah, misalnya, semasa hamil, atau orang
yang menghidapi penyakit melitus diabetes,
penyakit Raynaud atau imuno kedefisienan
hendaklah merujuk doktor mereka dahulu.
◗
Kulit anda mungkin menjadi merah sedikit atau
terengsa pada beberapa kali yang pertama anda
menggunakan penyahbulu. Kejadian ini akan
segera hilang apabila kulit anda telah terbiasa
dengan penyahbuluan dan rambut yang tumbuh
kembali menjadi lebih halus dan lembut. Jika
kerengsaannya tidak hilang dalam masa tiga
hari, kami menasihati anda supaya merujuk
pada doktor anda.
◗
Untuk mengelakkan kerosakkan dan
kecederaan, jauhkan peralatan yang hidup
daripada rambut, bulu kening, bulu mata,
pakaian, benang, kord, berus dan sebagainya.
◗
Jauhkan alat daripada capaian kanak-kanak.
◗
Hanya gunakan peralatan dengan bateri LR6
AA 1.5V beralkali.
Menggunakan peralatan
.
B
Pastikan kulit anda bersih, betul-betul kering dan
bebas daripada minyak. Jangan gunakan mana-
mana krim sebelum memulakan menyahbulu.
B
Apabila anda menggunakan peralatan buat kali
pertama, kami menasihati agar anda mencuba
dahulu pada bahagian yang tidak banyak bulu
untuk membiasakan proses penyahbuluan.
B
Ketika bulu dihapuskan dari akarnya,
penyahbuluan mungkin menyebabkan kulit tidak
selesa pada beberapa kali pertama anda
menggunakan peralatan. Kesan ini akan berkurang
dengan setiap penggunaan.
1
Keluarkan penuntup ruang bateri dengan
menolaknya ke bawah sehingga ia longgar dari
peralatan dan mudah dikeluarkan (gamb. 2).
2
Masukkan bateri beralkali LR6 AA 1.5V
seperti yang ditunjukkan dalam gambar (gamb.
3).
3
Hidupkan peralatan dengan menggunakan
gelangsar on/off (gamb. 4).
4
Letakkan kepala penyahbulu tegak di atas kulit
suapaya kepala penyahbulu dan elemen
mengurut tersentuh dengan betul pada kulit
dan tarik kulit dengan tangan anda untuk
menegakkan rambut (gamb. 5).
Gerakkan peralatan dengan perlahan, dengan
elemen mengurut mengarah ke depan, ke arah
lawan bertumbuhnya rambut. Jangan diberikan apa-
apa tekanan.
B
Elemen mengurut menarik kulit semasa
penyahbuluan, yang membuat peralatan sesuai
untuk bahagian lembut di badan.
◗
Nyahbulu garisan bikini seperti yang
ditunjukkan dalam gambar (gamb. 6).
◗
Nyahbulu bawah lengan seperti yang
ditunjukkan dalam gambar (gamb. 7).
◗
Peralatan ini sesuai juga untuk menyahbulu kaki
(gamb. 8).
Pembersihan
.
Jangan cuba keluarkan cakera menyahbulu daripada
kepala menyahbulu.
Jangan gunakan pembersih yang keras, agen
menggosok, petrol, asetona dan sebagainya untuk
membersihkan penyimpan plastik peralatan.
B
Bersihkan cakera menyahbulu setiap kali setelah
digunakan.
B
Hidupkan peralatan dan tiup dengan kuat pada
cakera menyahbulu atau kesat dengan kain kering.
B
Elemen mengurut boleh dikeluarkan agar mudah
untuk membersihkan cakeranya.
Alam sekitar
.
Bateri mengandungi bahan yang mungkin
mencemarkan alam sekitar.
◗
Jangan buang bateri yang kosong bersama
sampah biasa di rumah, tetapi hantarkan ke
pusat pengumpulan yang resmi.
- Pastikan bateri benar-benar kosong ketika anda
membuangnya.
- Ketika membuang peralatan apabila sampai
masanya, letakkan unit motor dan bahagian
logam yang lain di pusat logam sekerap.
- Semua bahagian plastik ditandakan dengan
simbol kitar semula.
Jaminan & perkhidmatan
.
Jika anda perlukan maklumat atau jika anda
mempunyai masalah, sila lawati laman web Philips di
www.philips.com
atau hubungi Pusat Jagaan
Pelanggan Philips di negara anda.
Содержание Flirt HP6406
Страница 7: ...Flirt HP6406 7 4203 000 30882 1 A B C D B B B B B B B ...
Страница 8: ...Flirt HP6406 8 4203 000 30882 1 A B C D B B B B B B B ...
Страница 9: ...Flirt HP6406 9 4203 000 30882 1 A B C D B B B B B B B ...
Страница 10: ...Flirt HP6406 JAPANS 10 4203 000 30882 ...
Страница 11: ...Flirt HP6406 JAPANS 11 4203 000 30882 ...
Страница 12: ...Flirt HP6406 JAPANS 12 4203 000 30882 ...
Страница 13: ...Flirt HP6406 JAPANS 13 4203 000 30882 ...